Wanita…

Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan.




DAN BIDADARI PUN MENCINTAIMU

DAN BIDADARI PUN MENCINTIMU
begitulah tajuk novel yang baru jer selesai aku khatam dan telitikan
inilah novel ke-2 dari tanah seberang yang menarik perhatian dan menginsafi diri
benar2 membuatkan aku teruja dan membuatkan aku mengutip banyak ilmu yang tentang sesuatu makna hidup.walaupun gaya bahasanya dalam telo Indo. namun ianye masih mudah difahami....
dibawah ini aku titipkan sipnosip novel ini (wah...dah terikut lenggok bahasa pulak)

Novel ini mengisahkan kehidupan Abdurrachman Ghozali yang hidup dalam penyesalan disebabkan sejarah hitam masa lalunya. Meski sudah jauh berubah dan menjadi pujaan ramai gadis di sekeliling hidupnya, Ghozali tetap tidak dapat membuka hatinya kepada cinta yang baru. Dia bertaubat bersungguh-sungguh sehingga menepis cinta daripada anak seorang tokoh agama di kampung tempat dia menetap. 

'benarkah perempuan penzina/tidak baik itu jodohnye hanya dengan lelaki sepertinya, dan perempuan yang baik layaknye bersama lelaki yang baik jugak'?......fikirkanlah.
pengakhiran cerita bagi novel ini membuatkan saya kembali tersenyum...gembira. akhirnya bagi lelaki sebaik Ghozali sudah pasti Allah menganugerahinye dengan perempuan secantik budi dan bahasanye seperti puteri Pelangi(Bidadari)....itulah kuasa Allah..hanya Allah yang maha mengetahui segalanya....jadi percayalah bahawasanya JODOH, REZEKI,MAUT  itu hanya Allah yang berkuasa tentukan. 

bila mengenang kembali plot cerita DBPM ini, mengingati aku pada diri sendiri...ialah aku ini bukanlah perempuan yang baik sangat, tapi itulah kuasa Allah...aku ditemukan jodoh dengan lelaki yang bagi aku terlalu baik dan seakan aku ini tidak layak untuknya (perasaan yang sama seperti Ghozali pada Pelangi)

bagimu Ya Allah...aku panjatkan kesyukuran kepadamu.....Terima kasih Ya..Allah kerna kau menyayangiku dengan mengutuskan Abdul Wahab Abdul hamid buat ku...semoga Jodoh kami berpanjang ke Syurga.....AMIN



HARAMKAH - MELLY Goeslaw

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

(hayatilah lirik bersama lagu ini....):

polcodot + cotton

la ini semuanye dah kembali pada zaman dolo2 balik
kain jenis cotton balik jadi femes...
tengoklah aku yang begitu sukeeeee
dgn kain jenis cotton
baru2 ini terikutkan selera fiza (ofismate) 
aku yg mmg polcodotmania....
dia sekarang kena jangkitan polcodot....
kalu bole semua kain polcodot kat ternet ini dia nak borong
kata dia cuteee sangggat sampaikan
bby boy dia pun nak dibuatnye
baju raya polcodot...kelakarkan...
cian khalis

untuk raya tahun ini tema - Oren
mula2 ingat nak beli baju raya dah siap...last2
aku terbeli gak kain cotton berbunga kat jln. TAR
ok ler...semalam aku dah antar umah maksu...
pujuk2 punye pujuk akhirnye maksu nak jugak ambik kain aku itu
siap bersyarat lagi....nak suruh jahit pun bersyarat...haila
syaratnye maksu cuma potong + cantum jer
aku jahit semua klim....ok ler itu 
janjinye...siap baju raya aku + anak2

inilah corak polcodot aku...meriahkan...


city hunter


inilah drama terbaru yang dilakonkan 
hero kegemaran aku (LEE MIN HO)
'CITY HUNTER'

memang tak sabar nak pegi dapatkan DVD dia...
kalu ikut hati mggu ini nak pegi beli
kat kedai biasa itu
tapi tak lerlah buat masa sekarang ini...
bujet laaaariiii....
eiiii geram betul...
tapi walau apa pun...dapat tengok slot dia kat Viikii pun dah ok
sesangggggat....

kalu nak tahu drama 'personal taste' pun dah 
mula tayang kat TV8...pasti tak lepas peluang ler tengok...

tengok LEE MIN HO berlakon bole bikin hati aku cair beb...
teruja habis...cute giler dia....cooolll

hencommm kan...caaaiir aku...

lelaki idaman malaya kini Seth Tan - 'Nora Elena'

aku agak lerkan.....ranting cite 'Nora Elena' ini memang memuncak 
mana taknye...dah jadi buah mulut kekawan aku kat opis nun..
itu tak masuk lagi jiran tertangga ku yang dah 24jam dok umah
punyelah hebat nye drama itu...bagi yang pompuan tentulah
kehensome dan kemachoan Aaron Aziz bisa membuatkan hati berdenyut-denyut...
terpaku mata dikaca TV...sampai dah tak mahu berganjak bertambah
pulak dengan aksi Romantikanye...hebat kan
melihat watak lelaki sehebat Seth Tan...rasanyelah
semua pompuan tak kiralah yg.dah berstatus berkahwin ke
bujang dara ke...of couse...berangan2 inggin kan....
suami + boyfren cam ST....termasuk ler aku (Sebenornye) khi..hi gatal

TAPI isu nye kat sini...aku sebenarnye nak sampaikan / nak bincangkan 
isu pasal ada ke lelaki melayu seRomantik ST....
bagi aku lerkan...ini pada pandangan kabur dan kelam akulah
lelaki ini kebanyakannye lebih bersifat hipokrit jer
depa itu tak ler seromantik mana pun...
bukan tak leh nak bersifat romantik tapi...
saje maleh nak laayaannnn....
dorg kan tak suka nak layan benda remeh temeh ini...kononnye...
no..feeling..lah...
itu semua poooyooo jer 
ini info yang aku saje cari kat internet...

Lelaki Melayu dikatakan tak suka dgn perkara2 remeh...
Betul ker mereka ni tak suka mengingat tarikh2 penting seperti tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, mengungkapkan kata2 cinta juga dianggap remeh bagi sesetengah lelaki...dan membanding harga barangan antara kedai juga dianggap remeh, bagi mereka jumpa terus beli tanpa persoalkan ade kedai yg mungkin menawarkan harga yang lebih murah 

Mereka juga dikatakan tidak prihatin
Lelaki melayu kita ni dikatakan kurang prihatin akan perubahan isterinya, tak memahami bahasa, kiasan, body language,isyarat dari isteri..lambat menangkap apa yg isteri cuba sampaikan..lagi kita berkias lg dia tak faham atau buat2 tak faham..betul ker???  

Lelaki juga secara umumnya ego
Keegoan seoarang suami tu hingga ketahap sanggup menggantung isteri tanpa bertali, menidakkan hak seoarang isteri..tu bagi yg tahap kronik la..kalau yg biasa2 tu lelaki ni ego tak mahu mengaku kesalahan sendiri,ego tak mahu menerima bantuan isteri sendiri rasa diri mampu mengatasi apa jua masalah

Lelaki Melayu juga tak suka mengungkap kata2 cinta atau sayang
Bagi mereka apa yg dah mereka sediakan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, percutian tu dah cukup membuktikan mereka cinta dan sayang isteri mereka, tak perlu lagi ucapan cinta seperti yg biasa dibuat sewaktu bercinta dahulu...bagi mereka "sendiri mahu faham la"..bukan perlu berbahasa berbunga2 atau ayat berjela2 tapi bagi meraka betapa susah dan beratnya mulut mereka untuk mengucapkan 2 patah perkataan ni"sayang awak" atau "luv u"..kekadang isteri akan terasa amat dihargai walau hanya mendengar 2 patah perkataan tu saje, tak perlu emas atau intan permata dah..fikir2kan....

Kurang sikap bertolak ansur
hmmm...betul ke kurang bersikap tolak ansur, mana2 lelaki tolong jawab...
Susah mahu mengaku kesalahan dan memohon maaf
No komen la..ni pun melibatkan keegoan seorang lelaki juga, mungkin bagi mereka akan jatuh maruah seoarang lelaki jika dia mengaku kesalahan atau memohon maaf..ikutkan perempuan juga ade yg bersikap sebeginikan..

mereka juga tak suka membuat atau merancang kejutan buat yg tersayang
Ni pun antara elemen romantik juga, bagi sesetengah wanita lelaki yg suka memberi kejutan hadiah atau apa2 kejutan adalah lelaki yg romantik...

inilah antara fakta realiti yang ada sebenarnya pada lelaki melayu...kat luar sana
dan laki aku jugak...khi..hi4x

so..kalu ler ade pompuan kat luar sana yang dapat suami cam ST ini
memang bertuah badan...
tapi kalu baru berboyfren...huk alo...
itu tipu jer Dik..oiiiii
lelaki ini...selalunye begitu...sebelum dapat kalu dah dapat...
SENDIRI KENA PIKIR....
jadi buat adik2 kat luar sana
jgn mudah tertipu dgn lelaki romantik tak hengat dunia ini ok

2 monyet tua tak sedar diri

hah..terkezut tak baca tajuk diatas....
hahaha...ini bukan nak ceti pasal binatang itu...tapi orang yang serupa binatang itu
cuma bezanye...hah ada beza jugak tau
bezanye..aku rasalah binatang pun bole bezakan yang mana hak sendiri dan yang mana tak kot...

ini aku nak cite atau lain kata nak meluah kata dari perasaan yang ber+
aku biasa tengok dalam TV cite anak derhaka kat mak yang dah tua...
cite anak2 rebut harta pusaka setelah kematian org tua...
tapi yang sedihnye...perkara cam itu bole pulak berlaku didepan mata sendiri
dalam keluarga mak aku...Astafirullah Alazim...benar2 mengeciwakan
dan bikin hati jadi Hot...

2monyet tua ini (berahim+amat) betul tak sedar diri + nak mampos
mak yang baru sahaja meningal itu langsung tidak memberikan
erti apa pada monyet itu..sehingga sanggup monyet ini bergaduhkan harta
yang sekangkang kura2 itu..aku cakap kankang kura2 sebab...bagi akulah tanah
dan harta yg direbut itu
kalu nak dikirakan kangkang kera lagi besorlah dibandingkan dengan tanah2 itu

aku + abang2 + yang ada ini rasa dah berasap jer bile dengar macam2
kata yang dituturkan...siap ungkit2 benda2 yang tak sepatutnye kat mak+maksu aku
aku betul2 kesian kat mak + maksu...
mentang2lah diorg itu hanya perempuan yang banyak kekurangan...
bukan mains edap ajer 2 monyet itu bantai.

kalu ikut aku lah malam itu aku lagi suka tengok abang aku
humban ajer 2 monyet aku itu keluar dari rumah mak aku itu
biar pada denga muka...nye...biar monyet2 itu tahu diri sikit
mulut bukan main kurang ajor betul...memang kereng....
tapi tidak mengapalah....tuhan itu kan maha adil dan berkuasa
Allah lebih tahu....akan adalah satu hari nanti balasan
untuk orang sebegitu....Amin...

bila melihat keadaan begitu aku terfikir sendiri....
dan aku berdoa semoga aku hatiku tidak menjadi tamak dan haloba
seperti 2monyet itu ...Amin
dan semoga tiadalah anak2 ku mengikut jejak sedemikian....Amin
semoga Allah memakbulkan doaku yang satu ini

kepulangan opah ke rahmatullah...semoga Allah cucuri rahmat atas roh opah disana...

11.06.2011(Sabtu) jam 3.45petang...sedih...memang sedih
akhirnya opah telah kembali ke rumah barunya yang telah lama dinantikan
bila mengingati opah kali terakhir aku berramah mesra dengan dia minggu lepas 
sayu rasa hati...rupanye minggu lepaslah kali akhir aku bertemu sianak dara itu...
anak dara....niza doakan semoga Allah mengampunkan walau banyak mana
dosa dan semoga anak dara ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.....

hilanglah sudah rasa risau dan gudah dihati
hilanglah sudah rasa sakit yang sering menghantui
hilanglah sudah rasa keciwa yang lara
hilanglah segala rasa dalam hati .....
semoga anak dara terus tenang disana
dan berharap satu masa nanti 
kita akan bertemu kembali.....insyakAllah

terima kasih anak dara atas segala jasa 
selama ini....kasih dan sayang yang diberi akan 
dikenang dan dibawa hingga ke mati.....

balik kampung

oooohoooo...
balik kampung...dah lama aku tak balik
last ari itu masa cuti raya cina loooo...
balik kali ini...tak ler cuti panjang sangat
tapi bole..ler...4 ari dikampung

04.06.2011(sabtu) kenduri habis pantang La(adik cyg aku)
05.06.2011(ahad) pulak kenduri kawin sepupuku
huiii kiranye balik kali ini banyak betul kenduri kendara kat kampung
kenduri kawan sekolah aku pun tak sempat pegi
bagi rosmawati ariffin TAHNAH GIRL!
akhirnya berakhir jugak usia bujang kau itu...
aku sebagai kawan ini hanya
doakan selamat menjalani hidup berumahtangga
dan semoga berbahagia hingga keakhir hayat.....Amin

06.06.2011(isnin) akhirnya selesai jugak
hutang kete arwah apak...WIRA WHF5060
fuh...lega, lepas ini bolelah enjoy sikit dengan
duit bayar kete itu untuk belanja RAYA pulak...
yeah..yeah..nak raya
alahai sibuknye nak raya
hutang puasa tahun lepas pun tak berhabis bayar lagi cik kak oi...

walaupun seronok balik kampung
tapi satu jer yang aku tak suka kalu ada dikampung
cuaca yang panas...kenapalah panas sangatnye....
tak mampu sampaikan baby yang dah sihat pun kembali
batuk dan menunjukan tanda kurang sihatnye...

KURSUS PENGURUSAN EMOSI

20.05.2011 - 22.05.2011(jumaat - ahad)
3 hari kami bertandang dan bertamu di
PERMAISURI BEACH RESORT, PORT DIKSON
seronok itu seronoklah jugak...
tapi hatiku tetap tidak ceria bila memikirkan
keadaan Ain dirumah....

alhamdulilah banyak jugak ilmu yang dapat diperolehi
dan diambil dari kursus kali ini....
terutamanya ilmu yang diberi oleh fasi...PAK DIN
begitu bernas terumatanya ilmu pemakanan yang mengikut sunnah nabi S.A.W

sorry memang tada gambar yang nak aku lampirkan...
sebab aku sendiri tak der mood nak bergambor
apa pun mari aku beri beberapa tips2... apa yg aku dapat dr. kursus

1.JGN. MKN. bawang & ketang yg tlh. keluar akar-
ini akan mengakibatkan rosak saraf otak.
2. JGN ambil sayur kubis dalam kuantiti yang banyak-
boleh mengakibatkan batu karang.
3. Adab makan- buka /longgarkan kasut ktk. makan- sistem badan tertumpu pada kaki.
4. halia bagus utk otak TETAPI tidak boleh ambil dlm kuantiti yg banyak- bole mudarat.
5. JGN MKN b'sorangan-nnti diberak / dikencing syaitan
6.bayam boleh menambahkan darah.
7.daging yang bagis adalah daging kambing.
8.berilah salam ktk. masuk rumah-supaya syaitan tidak mengikuti kamu.
9.JGN makan / minum berdiri-dikhuatiri mudah diserang penyakit angin amar
10.perkara pertama lepas bangun tidor-BASUH tangan terlebih dahulu (sunah NABI)
11.bersarapan mengikut Rasullah S.A.W- air suam, buah2, bijirin, sup dan susu
12. 2 golongan yg masuk neraka :- a) Sombong, b) Kedekut

ini sahaja yang dapat aku kongsikan...dan semoga kita sama2 renung2kan...dan beramal INSYAK-ALLAH, semoga ALLAH akan memberi lapangan hati kita untuk menerima perkara yang baik dan berhenti dengan segala perkara yang buruk...AMIN

koleksi novel - April 2011

inilah antara novel yang aku suka dan calonkan untuk 
bahan bacaan bagi bulan April 2011
rasanye banyak tau yang aku dah baca dan belek tapi 
dalam banyak itu yang ini jer...aku suka 
nak olah.....
1. Pilihan Pertama
 Sipnopsis : Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”
Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”
Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”
Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.
Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.
Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya
Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama.  Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.
Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

2. Pilihan Ke-2


 Sipnosis :
Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim
Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?
***
Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”
Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?
***
Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)
Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.
Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta? 

3. Pilihan Ke-3
Sipnosis : Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania.





pose + cite lama - 'Ain' masuk wad lagi.....

Ain masuk wad lagi....
inilah dia penyakit keturunan kot..
selagi tak masuk usia 3thn...
kerjanye klinik hospital klinik hospital...
tak kemanalah....
kali ini buat tahun 2011...Ain dah chek- in kat 
hospital Pusrawi 5 hari (25.04.2011 - 29.04.2011)
sakit biasa..berkahak + ASMA.
setiap kali buat treatment ini mesti dgn airmata + kunfu sholin dia
ini dia diam kejap ini sebab suruh pose gambar kejap...pandai itu


kesian bby 'Ain'kan...


tengok itu memek muka Ain...yg belbagai...cute lah itu (mmg cute pun..anak sapa klu bukan anak uuumiiii)

SELAMAT HARI JADI BBY AIN KE-1thn

selamat hari jadi...
slamat hari jadi....
selamat hari jadi....ain....
selamat hari jadi.....
yahoooo....06.05.2011
genablah usia bby ku 'Ain' setahun 
setahun dah...wah Ain dah besor
sekelip mata jer rasanye
rasanye masih baru jer
aku melahirkan Ain ke dunia ini
tak tersangka pejam pelik masa berlalu begitu cepat tanpa 
dirasai.....
meh tengok ....beberapa kenangan yg dapat disimpan
untuk brithday Ain....
ini sapa yg potong umi k bby?

ok bagi bby dulu rasa...

kek hari jadi 'ain' yg pertama....

wah...si kakak dah meleleh tengok kek..
 

+ 2 - 2 (peristiwa + cite 22.04.2011)

pelbagai cite dalam satu hari yg betul2 tak disangka
belbagai berita yg aku dengar / terima hanya dalam satu ari..
nak mulakan dimana?

ok kita mula dgn...
cite...kursus yg tak jadi
dari menerima khabar yg nama aku antara peserta kursus
khidmat kuanter minggu ini..aku jadi blurrr kejap
cup..cup camna aku nak p dengan bby ain yg waktu mlmnya banyak bersama aku..sentiasa melekat, kerana akulah
tempat lena tidurnye..
aku betul2 bengkek..bila pikir ttg hal ini..akhirnya 
otak cerdik aku menimbulkan cara penyelesaian yg membuatkan hati jd senang. hal itu, aku senyum sendiri...akhirnya
bila tiba masanya..aku menarik diri dari kursus yg dianggap mcm bercuti itu...sorry zura kau tak dapat pige..kenapa?
bby Ain mcm tau2 jer aku nak tinggalkan dia 2 mlm..
mlm jumaat itu terus dia semput dia datang..bersama demam siap kena buat rawatan asma dia 2x sehari untuk 3 hari berturut2 fuh....

cite ke - 2
tiba pukl 9.15 pagi aku mendapat satu berita gampak lagi sensasi 
bila mus bgtahu la dah selamat bersalin dan dapat baby boy..yeahhh! boiboi boy
pelik tapi benar?..jenuh aku berfikir bila masa pulak minah itu sakitnye....mlm semlm aku tengok nyeyak jer dia tido, pagi tdi..biase jer bole bangun nak p kerja kononye..
siap bole tolong dukungankan bby ain..dan selambe badak jer dia jalan kaki antar anak dia ke umah kak ros...fuh...
benar3 aku tak percaya dalam masa 1 jam lebih dia dah besalin...
dan petang semalam aku + hubby dgn tak sabarnye nak tengok org baru itu..nah inilah dia...nye...Muhammad Adam Haikal Mustafa Kamal..bangga giler muka si mus aku tengok...

cite ke - 3
tetiba saat gembira camni huby aku dapt berita toknye di kampung telah pun kembali ke rahmahtullah pukul 4 ptg...inalillah...buat tok 
semoga rohnye ditempatkan dikalangan org yang soleh..dan dicucuri rahmat..
malam itu jugak huby balik dengan bas..mujur jugak syuk(adik cayang) aku ada balik...so
tak ler aku takut sangat..

tengok dalam satu ari belbagai cite dan berita yang aku terima dan lalui...apa2 pun semua itu ada hikmahnye..


dan cite akhir..
bila keingginan tidak dilaksana...
semalam dah pun bermula pesta buku antarabangsa yang amat aku nanti2kan..tapi sayangnye...sampai masa ini aku tak kesempatan untuk melawat...kenapa? tentulah kerana bebanan yang ada sekarang...
walau hati teruja amat..hati kerkeingginan sangat namun ku akan bersabar...kerna esok masih ade...
insyak-allahesok2 dengan kesmpatan yang akan ada 
akan aku pergunakan secukupnye...chayoikkkkk

 

selamat tinggal Min & Shu....

catatan ini khas untuk adik2 ku
Min + Shu 
(15.04.2011 - Jumaat)
maklumlah bebudak ini dah habis pratikalnya hari yg. dinyatakan diatas....
sedih pun ado..mana taknye..tak leh ler lagi aku nak bergelak ketawa + bergosip + bergurau sende 
dgn Shu dan Min....alahai..
see kat bawah ini kenangan yg sempat dicipta

ini gaya macho ler kono...nampak brutal ke? shu

mamat yg sokmo kontrol macho yg dah mmg. tak macho siuuut....
kepada adik2...semoga hari2 esok membawa kebahagian dan mendapat apa yang diinggin.
kenangan bergambo di Pameran Kasut Antarabangsa 2011.

kasut terbesar di pameran itu...diperbuat dari coklat tau...yum..yumy
aku pun beli jugak ....tapi idok ler yg branded sesangat...bolele...

itu si fiza kenot tengah sibuk memilih kasut pilihan hatinye....

PAMERAN AKSESORI RUMAH + PAMERAN KASUT + PAMERAN BUKU = 3 IN 1 FOR APRIL

nah  3 in 1 bukan kopi tongkat ali atau kopi kacip fatimah power root jer ade 3 in1 k
pameran pun ade gak...bulan april, inilah bulan pameran, tengokler
dari pameran aksesori rumah yang telah berlangsung pada 31 mac - 3 april 2011 lalu, minggu ini pulak pameran kasut antarabangsa pulak yang akan bermula pada 7 april - 10 april 2011 dan akhir bulan nanti pameran buku antarabangsa yang berlangsung seminggu ialah dari 22 april - 01 mei 2011, ituler penyudahnye.

bile tengok 3 pameran ini memang bole muflis aku bulan ini, tengok jerlah
masa pameran aksesori rumah minggu lalu 
aku telah menempah 2 kabinet pakaian yang berharga
(RM 2,100.00) itu pun dah dibayar deposit sebanyak RM300.
kalu ikut persetujuan...diorg kan hantar pesanan aku itu bulan tujuh nanti
ialah rumah pun tengah kelamkabut dengan keadaan dinding yang berkulat dan tak cuuun itu.
tengok hujang semalam....masih menunjukan keputusan yang tidak baik jugak
air masih tiris kedinding umah aku..still sama.
nampaknya aku + hubby dah buat keputusan lebih baik
tukar ajer bumbung umah itu..lagi pun ini untuk kos masa hadapan jugak.
hm,....bila bumbung dah siap barulah setelkan dinding yang berkualat dan rosak itu pulak
kemudia baru ler bole menghias dengan ape pun
yang ade dalam otak ini....
itu baru cite pasal umah.

minggu ini pulak, pameran kasut....dengarnye kasut yang berjenama harga ? entah..lah 
ade sale k?...atau harga die lebih kureng jer mcm kat mall atau sogo...
tapi tak salah kan kalu p cuci mata....sukeeee
kot2 ade pulak yang berkenan dengan kasut + harganye bole jugak aku sambar sepasangkan
dah ler aku ini dah hampir setahun jugak ler tak berbeli kasut 
baru....

pameran kasut aku tak ler teruja sangat..tapi pameran yang akhir ini 
memang betul3 menerujakan...
PAMERAN BUKU ANTARABANGSA........
memang ditunggu2 sesangat...
rasa tak sabar...... rasa teruja
apa2 pun tunggu.................

lawatan di hujung minggu

hari sabtu yang lalu (19.03.2011) aku sekeluarga dengan berbesar hati melawat baby baru cik noor (noret) dirumahnya, gombak. cik noor baru jer dapat baby boy, nama dia emir arrayyan sedapkan....comel jer tengok. habis sesi suaikenal baby rayyan kami ke cheras pulak ke rumah maksu melawat opah yang sedang bercuti. bercutilah sangat...padahal biasalah opah itu bila jemu duk kampung dia merenggek nak kl, tapi bila lama sikit duk sini merenggek pulak nak balik ke kampung. bila ditanya nak tak datang umah aku...terus ajer digeleng. itu aku tahu ler itu... serik kot nak ke umah aku..ialah semenjak peristiwa malang yang lalu..opah..opah. 

ps:- lupa nak ambik gambar bby rayyan...sibuk sangat bergebang sampai terlupa itulah....

cuti sekolah

bukan main suka lagi anak2 aku kat umah itu bila dapat tahu cuti sekolah selama 1 minggu. si abang siap tanya semingu itu berapa hari, sikakak pulak siap kira berapa hari dalam seminggu itu....kelakarkan.
ini bila dah tinggal beberapa hari jer, tengok muka pun dah boring giler..ialah apa pun yang dapat diorg. buat....tengok TV, main game komputer itu jerler....

ikut perancangan, petang ini nak melawat opah di cheras bersama bebudak + la, tapi itu ler entahkan jadi
entahkan tidak...masih tak sure, almaklumlah bukan aku pemandunye. bagi anak2 umi sorry sebab tak dapat habiskn masa cuti sekolah yang singkat ini bersama seperti tahun lepas...jangan bosan2 tau, nanti umie upah gula2 ok :)


antara novel yg aku dah khatam - feb -mac 2011

kat bawah ini antara novel yang dah habis aku telek dan baca 
sepanjang bulan feb & pertengah mac ini
meh..tengok aku dah kelaskan ikut yg aku suka +++
no. 1 - jalan cite menarik + watak2 hero & heroi yg best&cute
aku suka sanggat....
no.2 - cite ini betul2 sedih whoooo...tapi best aku sukaaaa sangat.
sedihkan kalu diri ini dibenci disebabkan kenangan silam ibubapa 
yang menyedihkan. tapi syabas ainnur watak ainnur memberi perangsang pada pembaca
kerana ketabahan, kekuatan dan ketulusan hati ainnu...

no.3 - aku suka baca pembawakkan watak dalam cite ini....
jalan cite yang menarik dan padat...tidak terlalu meleret. so tak ler cepat bosan 
nak habiskannya.
no.4 - jalan cerita yang biasa, tapi tetap ada daya tarikkannya.
kalu baca karanga penulis ini denga yang ada dengan penulis muda 
kat alam maya novel tetap ada perbezaan. apa2 pun aku suka.
no.5 - baru minggu lepas habis..memang happy baca gaya karya penulis ini
gaya bahasa yang bersahaja dan selingan dan kata2 lucu...tidakler bosan sangat 
nak bacanya. jalan cite pun best dan menarik sangat....aku sukaaa sangat.
no. 6 - meneroka dunia jururawat di hospital pekan kecil. dan jalinan cinta
misteri bersama watak yang cukup berbeza.
no.7 ok.

ini jerlah antara koleksi terbaru aku...nanti aku update lagi buku lain yang aku dah khatam ok....



SELAMAT HARI LAHIR ADIK SAYANG KU - LA (KELUT)

selamat hari jadi....
selamat hari jadi....
selamat hari jadi.....la 
selamat hari jadi......

allah selamatkan kamu...
allah selamat...kan kamu
allah selamatkan azila
allah selamatkan kamu.....

buat adik kesayangku Azila Ahmed Noordin
selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke - 27 tahuun ini
(07 Mac 2011)
semoga selamat melahirkan zuriat yang comel
semoga dipanjangkan usia
semoga allah memberkati hidup 
semoga dimurahi rezeki
dan
semoga hidupmu akan berbahagia disamping 
suami tercinta dan anak2 tersayang

cabut gigi !

aaauuh...sakitnye gigi
dah lama sangat aku menangung kesakitan nan satu ini
ssampailah ke satu saat
aku sudah tidak bisa lagi menahan bisa sakitnye graham aku 
sehinggakan kesakitan itu berjangkit ke urat mata dan kepala ku...
oooohhhh....
akibat sakit itu 
tak pasal2 'ain' pulak yang jadi mangsa kemarahanku...
ialah disaatkan aku menderita bole pulak
si baby aku itu, buat perangai mengada-gada kat aku.
akhirnya aku mengambil keputusan untuk 
mengakhiri penderitaan ini
dengan mencabutnya pergi dari ku
pergilah kau wahai graham...
walaupun aku menyayangi..mu sepenuh hati ku...
isy...isy sedihnye.....
semalam (07 Mac 2011) telah menjadi kenangan 
perginya graham ...tinggalkan aku 
setelah 33 tahun bersama ku menikmati setiap keenakan dan keindahan rasa
bersama....
tapi satu jer yang aku sebal- menyampah- benciiiii
ini aku nak mengomen sikit bukan sikit tapi banyak
pembantu doktor klinik yang aku pergi itu
(tempatnye di dayabumi, kl)
bersikap kurang mesra alam sikit...bagi patien baru cam aku ini...
aku rasa terkejut tau degar gaya bahasa dia yang tak kurang sopan dan menyakitkan hati
apa ingat orang sakit gigi ini setiap bulan ke? setiap tahun ?....belum 
apa2 dah cakap doktor ini susah tau nak bagi mc sesuka hati...
eiiii geram jer 
apa ingat aku sesuka suki ke nak gi jumpa si doktor gigi
dia tak tahu aku ini bapak ke takutnye nak jumpa
doktor gigi.
ahhh...dah malas nak cite lagi buang karen jer...k

sinetron 'ketika cinta bertasbih ramadhan'

hari ini..disebabkan myboss tak der kat opis (sbb dia p kursus) so...masa begitu banyak sekali terbuang (ehwah...terkeluar lohgat indo pulak) aku pun habiskan masa denga nonton KCB specil sinetron. kebetulan hari ini aku ada bawak b/band aku sendiri...
walaupun tak dapat menyaksikan semua siri dia secara menyeluruh (biasalah kan sinetron indo biasanye..panjang berjela..lebih panjang dari cite industan) so...aku hanya shortkan ajer siri yang mana aku nak tengok jer..
itu pun dah cukup menarik dan best sekali...sampaikan bibirku mengikur senyum hingga ke petang bila mengingati lakonan ana + azam di episod akhir itu...so sweet.

apa pun kat bawah ini aku ade letakkan sekali wallpaper KCB specil dan sipnosis nye...
Ana Althafunnisa + Khairul Azam
 Sinopsis
Pesantren Daarul Quràn yang terletak di desa Wangen, Polanharjo, Klaten adalah pesantren terbesar di Jawa Tengah bagian selatan. Pesantren itu diasuh oleh ulama kharismatik yaitu Kyai Luthfi Hakim.
Suatu waktu Kyai Luthfi Hakim harus menunaikan nadzarnya, tinggal di samping Masjidil Haram setengah tahun lamanya. Maka amanah mengasuh pesantren jatuh ke pundak menantu dan putrinya yaitu Azzam dan Anna Althafunnisa. Di sinilah cerita sinetron spesial ini dimulai.
Di awal mengasuh pesantren, Azzam dan Anna menghadapi masalah tidak dari luar dan dari orang lain, justru dari diri mereka berdua sendiri. Sudah tujuh bulan menikah, Anna belum juga mendapat tanda-tanda akan memiliki anak. Hasil pemeriksaan medis memvonis Anna mengidap Endometriosis, suatu penyakit yang dikenal menjadi salah satu penyebab kemandulan. Anna menjadi sangat cemas kalau Azzam menikah lagi, karena dia sangat kecil kemungkinannya bisa memberikan keturunan untuk Azzam. Anna yang biasanya panjang berpikir menjadi sangat sensitif.
Dalam suasana seperti itu pesantren dititipi seorang remaja putri pecandu narkoba bernama Aprilia, putrid sepasang konglomerat. Aprilia diterima setelah Azzam dan Anna mengadakan musyawarat dengan pengurus pesantren, walaupun awalnya Azzam enggan untuk menerimanya.
Keberadaan Aprilia benar-benar membuat kekacauan di pesantren. Kelakuannya yang tidak mengenal sopan-santun sangat mengganggu ketenangan pesantren. Bahkan rumah tangga Azzam dan Anna nyaris terancam pecah karena ulah Aprilia.
Anna yang sensitif langsung dibakar cemburu. Anna semakin merasa tidak bisa memaafkan Azzam ketika Aprilia menjelaskan kalau dirinya memang diperdaya oleh Azzam, karena Azzam ingin mendapatkan anak dari Aprilia akibat dari penyakit yang diderita Anna. Anna kehilangan kepercayaan kepada Azzam, karena penyakit tersebut adalah rahasianya dengan Azzam.
Keadaan semakin kritis ketika Eliana dan pamannya datang meminta Azzam mencarikan tempat yang cocok untuk syuting video klip. Azzam membantu Eliana mencarikan tempat dengan membawa Eliana ke salah sisi terindah dari pinggir Waduk Cengklik, Colomadu, Solo. Itu adalah tempat yang sangat romantis yang sepi, yang biasa menjadi tempat beristirahat Azzam dan Anna. Anna semakin dibakar rasa cemburu. Bahkan Anna sempat menganggap bahwa Azzam lebih buruk dari Furqan suami terdahulunya.
Keadaan pesantren semakin diuji ketika salah seorang santri dicabut dari pesantren, sehingga hal itu menciptakan sejarah buruk bagi Pesantren Daarul Quràn. Karena sejak pesantren di dirikan sampai saat itu belum pernah ada wali santri yang menarik anaknya karena tidak sepakat dengan kebijakan pesantren apalagi tidak percaya kepada pesantren.
Berbagai peristiwa datang silih berganti mewarnai kehidupan di Pesantren Daarul Qur’an. Bagaimanakah Azzam dan Anna menyelesaikan masalah internal mereka, apalagi setelah kehadiran Aprilia, Eliana, dan Qanita?.. Bagaimana juga Azzam menjaga adik-adik perempuannya dan menjaga bisnisnya?.. Dan Akankah Azzam dan Anna berhasil menjaga keutuhan dan kewibawaan pesantren Daarul Quràn sebagai pusat ilmu dan pusat penyejuk jiwa masyarakat?.. Ataukah sebaliknya di tangan Azzam pesantren justru menjadi pusat masalah bagi masyarakat?..
Saksikan jawabannya di sinetron Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan. Sebuah sinetron spesial yang ceritanya digarap sebagai kelanjutan dari filmnya yang fenomenal dan telah sukses disaksikan jutaan penonton di Asia Tenggara.
Sebuah sinetron yang penuh konflik internal yang mencerdaskan insya Allah, untuk membangun jiwa Indonesia dengan keteladanan dan cinta!

hero ganteng from indo ! & koleksi couple 'ketika cinta bertasbih'

Jonas Rivanno
 inilah hero indo yang telah mencuri hati & perhatianku....kali pertama tengok wajah dia..fuh terus jatuh suka...rasa tak sabar pulak nak tengok dia beraksi di Sinetron. hah kat bawah ini dia + heroin (Asmirandah) dia dalam sinetron 'Kemilau Cinta Kamila'

ini foto sinetron cite....itu

kat bawah ini pulak hero + heroin kegemaran aku dlm.filem 'Ketika Cinta Bertasbih' 
 'Ana + Khairul Azam'
depa nampak secocokkan muga...hubungan istimewa itu membawa makna hingga keluar
filem dan depa ini terus bersama...Amin

inilah antara novel yg telah aku habis khatam (Jan-Feb)

kat bawah ini antara novel yang aku dah dan baru ajer habis khatam baca....buat masa ini ada lagi 5 buku yang masih belum diusik...cantik lagi. 
ini aku letakkan ikut yang aku paling suka dan the best OK....
no. 1 (sudah pastinye utk novel kak yati berahim ini....aku bagi 5 bintang)
no.2 ini aku baru jer habis baca...ini kali pertama aku baca karya penulis ini, dan aku terus fall in love..(best sanggggat)
no.3 cerita yang menarik + mencuit hati...bagus, bagi penulis lelaki ini 
no.4 baru jer abih baca...buat si penulis aku dah jatuh cinta, terus cari blog dia untuk jadi tatapan di blog aku = jugak cam penulis no.2 itu. so. sweeeeet
no. 5...iman xara antara penulis yg aku nantikan karyanya....
dan karyanye kali ini aku tabiklah....kerana iman xara bukan dari imaginasi 
tapi itulah realiti kita di dunia ini....paparan yg lebih jelas. sesuaiii utk org. yg tengah mabuk cinta.
no. 6 aku tertarik mulanye pada nama heroi cite ini (hanan-sebab ofismate aku pun bernama ini)
dan novel ini tidak menghampakan tetap memberikan aku sesuatu yang mengujakan.

MANA TONG CAT AKU ?

minggu lepas cadangnye nak mengecat bilik anis (kakak)
tapi cari punya cari, tanya punya tanya
dimanakah tong cat yang dibeli...
rupanye dah tiada...cis  
bila dah bising2, cik abang buat andaian..cat itu  
mungkin dah diambil oleh pekerja Pak Ya (kontrator yg buat ubah aku ini) 
balik sekali....
kalu benarlah telahan itu...wah ini bikin marah tuan rumah tau 
ada kepatut macam itu..sepatutnya sebelum ambik apa2 barang dari rumah aku ini
tanyaler tuan rumah dulu..jangan pakai tibai jer. 
aku tak kira dengan rasa hati yang membara aku call ajer fairus dan terus mengadu... 
dah sehingga kini (isnin) aku masih tak menerima apa2 perkhabaran cis...keparat betul
apakah ? perlu aku teruskan tuntutan pada penama yang tidak
bertangungjawab itu....atau lupakan saja.
tapi mana bole lupa dan lepas kan cam itu jer aku dah berapis banyak loooo
harap3 si penama tak bertangungjawab itu, adalah hati dan pertunya
nak pulang atau gantikan cat aku itu....

cuti2 balik kampung - TAHUN BARU CINA LO....

seminggu fuh...bukan main lagi bercutinyekan dari 30. 01.2011 hingga 05.02.2011 pulang ke kampung. kesempatan ini bukan selalu ada pun. disebabkan dapat cuti yang mahalah panjang.....so tahun ini, my hubby awal2 lagi 'booking' nak balik ke kampung dia dulu (hisy...orang tua ini macam itulah ada2 jerlah). 
percutian balik kampung kali ini..agak menarik (tak ler macam selalu itu, asyik terperuk ajer kat umah buat taik mata) dari hari pertama sampai ke-3 ada jer idea nak berjalan2 cari makan. kali ini aku ajak myhubby ke Perai melawat Mikhail + Mia (sampai jugak akhirnya neny ke umah mama syilakan), sehari suntuk jugak ler berjalan walaupun sesat baratlah jugak. sebenarnya sebelum ke Perai kami sempat lagi melawat kak Long (kakak ipar aku) kat Alma, Bukit Mertajam siap makan tengah hari lagi.

hari Rabu baru bertolak balik ke kampung aku (Bota) sampai kat umah, maksu pun ada balik rupanya, kata tak balik....meriahlah rumah mak 2-3 hari ini, dah macam raya pulak. akuk sepanjang cuti balik kampung ini memang rehat habislah...rehat kedapaur jer, tunggu makanan siap berhidang baru gi makan. hahah pemalas betulkan, op....bukan salah aku tau, sikecil aku itu (baby Ain) tak mahu berenggang + sombong betul dengan orang lain, jadi susah untuk aku kemana-mana (ceh wah...itu alasan jer) p: 
ini gambo masa dalam perjalanan balik kampung hubby...
disebabkan perjalanan yg panjang itu membosankan inilah 
antara cara untuk menghabiskan masa.
yang lain...si teruna aku yang sorang itu 
habiskan memory HP aku dengan membuat klip video dia sepanjang perjalanan
ado2 ajer dia kan...sampai habis jugak ler battery HP aku ini....