BAJU RAYA ANAK2

bulan ini agak sibuk + hilang bujet
sebab apa sebab sudah hampir nak sambut puasa
maka sudah mula memikirkan raya 
bila ingat raya mesti mula memikirkan persiapan raya
macam baju raya + kuih raya + macam2 untuk raya lagi

tapi aku bulan ini aku dah mula
mengerakkan aliran duit aku keluar dengan membeli
baju2 raya untuk siputeri-puteri dan siputera ku...
mai tengok apa yang dah dapat dibeli untuk mereka tahun ini....


 ini baju2 untuk sikakak... boleh lah bergaya anak dara aku itu, tahun ini seluar jens mmg takyah beli....jimat sikit, TQ buat maksu + k.wani yang bagi seluar kat Anis....
sekarang ini bila tengok anak dara aku pakai baju cam kat atas ini nampak sangat dia dah besar...
tapi itulah kalu tengok dari segi warnanya semua nampak cam tak ceria + terang kan dan yang pasti tiada colour Pink...(eiiii anak aku + aku tak berapa sesuuueiii dengan Pink2 ini), bukan aku tak mahu nak belikan color yg terang + ceria kat sikakak tapi itulah aku lebih suka color pastel untuk 'dia' sebab aku rasa color pastel sesuai dengan warna kulit dia yang hitam manis itu.

 ini pulak untuk si terunaku yang sorang itulah...oklah kan...janji dia hensome macam 'dia' cakaplah
"adik rasa adik ini hendsome kan umi"
alahai kuat perasaan betul.


ini baju gaun yg dipilih oleh ayah...eiii apalah color camtukan..dah macam  uniform  sek. kat korealah pulak

ini pulak baju2 untuk siputeri kecil aku...tapi aku rasa macam tak lengkap jer lagi...a'hak..
selalu camtu, utk seadik selalunya melebihi dari yang lain. apa pun rasa macam tak sabar nak beli lagi baju untuk 'Ain'.

wow nampaknya gaji bulan ini pulak aku akan habiskan dengan membeli persiapan untuk aku pulak...bestnyeeee tak sabau nak tunggu gaji. janji pun dah buat aku dan kekawan akan berbelanja ke kenangacity wow best giler....tak SABAR....

mari tengok apa yang dibeli

inilah beg raya aku cantik tak?...aha' cantikkknye...
bergayalah aku raya nanti...tapinye besar gedabak, aku rasakan
ain pun bole masuk kat dalam dia a'hak....

ini pulak bingkai cermin mata aku yang bakal aku buat selepas raya wooooo
mesti cun aku pakai nanti, setelah sekian lama mencari penganti buat bingkai
yang lama akhirnya berjumpa jua.....bukan mudah utk jatuh cinta ini tau....

NISFU SYA'ABAN (15 Sya'aban 1433H - 05 Julai 2012)


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

info Sya'aban : Al-Azim.com

SELAMAT DATANG RAMADHAN....2012

SELAMAT DATANG bulan Rahmat
selamat datang bulan keberkatan....


hari ini dah masuk 14 Sya'aban 1433H
tinggal 16 hari jer lagi nak masuk ramadhan....
walauapapun bahangnye dah mula terasa....
tahun ini sudah 34 tahun aku melalui ramadhan semenjak aku lahirlah
dan aku mula terfikir Apakah sama ramadhanku tahun ini seperti sebelumnya?

Ya..Allah  aku mahu yang lain dari sebelum nya....
lain...lain yang macamana...?
aku berharap  dan aku berdoa ..semoga
HATI KU, KESUNGGUHAN KU TEGUH DAN KUAT 
untuk menunaikan ibadah tahun ini..kalu bole
aku nak memperBANYAKKKKan lagi ibadah ku ....
inilah keazamanku untuk ramadhan tahun ini....
SEMOGA ALLAH mendengar rasa hatiku....AMIN


buat kekawan aku nak buat ucapan awal like ATAS :)

SELAMAT PENGANTIN BARU IRMA + REZA

Assalamualaikum....
setelah sekian lama aku tak mengisi sebarang kata dan coretan dalam blog aku ini.
hari ini barulah aku berkesempatan dan terluang waktu...
entahlah kenapa dalam sebulan dua ini macam2 pc aku ini
sekejap ok sekejap tak...dah la
lama tak ler nak bukak blog ini...
aku pulak dalam keadaan mood yang tak seberapa
kejap ok..kejap tak
macam pagi tadi....
ialah memandangkan hari ini hari isnin....mood pun mood tak bole blah lah
rasa maleh dan tak semangat itu mmg mencacak jer dalam diri ini....

ok stop...cite yang tak best itu...ini cite lagi best

aku nak ucapkan 'SELAMAT PENGANTIN BARU' buat Irma Hasmie dan suamiye yang tercinta Reza yang dah pun selamat berlangsung pada 29 Jun 2012....
jom tengok sama2 gambar cute diorg....


sama cantik + sama padan, sesiapa yang melihat + memandang mestilah kata diorg ini pasangan yang sepadan. buat irma semoga bekekalan jodoh ini hingga ke Syurga....

Allhamdullilah...berkat kesabaran dari ujian yang telah dilalui Irma akhirnya...Allah menghadiahkan kepadanya insan yang lebih baik untuk menjadi pendamping hidupnya...Amin
bersyukurkan...bila melilhat wajah gembira + bahagia Irma terbuktilah Allah itu Maha Penyayang terhadap Hamba2....
lihatlah betapa Allah itu telah memberikan banyak kebaikan buat irma...dari perubahan diri dengan hidayah yang diterima hinggalah pada ketentuan jodohnya.....

bila melilhat irma aku terfikir sendiri....aku jugak sebenarnya antara insan kesayang Allah...cuma aku sering lupa dan alpa dengan nikmat yang diberinya...


Ya.....Allah aku bermohon ampun kepadamu ya...Allah, sesunggunya aku bersyukur dengan rezeki yang kau beri dan jodoh yang kau tentukan buat ku....Amin Ya Allah.

TAHNIAH KEKAWAN - BADAN KEBAJIKAN BPP2012

Buat teman2 seperjuangan...ucapan sekalung TAHNIAH buat anda yang telah berjaya dicalonkan sebagai wakil AJK badan kebajikan BPP sesi 2012....

Alhamdulilah...sesi pencalonan berjalan dalam keadaan yang cukup baik dan meriah sekali, buat...
YDP (En. FAIZ...) nampaknya ini tahun awak ler yang kena goreng pulak...dipadankan pulak dengan TYDP (Jeffry) yang terkenal dengan kesenggggallannya itu...Adoiiiiilah sabaou jerlah.

TAHniah tak terhingga jugak buat Sahabat....Masnida(Setiausaha) yg tak pasti adakah setia wahhhwahh...
Hanan(Bendahari) bersama Shahida(T/Bendahari) alahai...sopannye, Harizawati(wakil AJK - sewa), K.Midah(wakil AJK-P'tadbiran), Zalhafiz(wakil AJK-Projek),Razmi(wakil AJK-selengara), k.mas(wakil AJK-kontrak) dan K.Umie(wakil AJK-pelaburan).

so...bagi kekawan + sahabat sekelian kita doakan ajerlah semoga wakil yang dilantik ini dapat menjalankan amanah ini dengan lebih baik ...CHAIYOOOK.





* best giler dpt tgk...gelagat masnida tadi kelakorrr giler minah itu....Opocoooot. terimas jugak buat kekawan yang murah hati membelanjak warga BPP kali ini dengan makan pagi dan makan tengahari..semoga dimurahkan lagi rezeki kalian...Amin.
* tak lupa untuk puan ZAITON-Terima kasih diatas kerjasama selama kita bertugas bersama...macam k.Ton kata tadi kenangan diSini BPP merupakan kenangan terindah yang pastinya sukar utk. dilupakan ....

ceian AIN ...2

Ain chek-in lagi Wad Ar-Raihan...alahai (20.4.2012-22.4.2012)
dalam bulan ini dah kira 2 kali Ain menjejak kaki kesini...dengan serangan sakit yg sama (Asma)
ceian Ainnnn sesangat....masuk kali ini pun sama cam ari itu jugak chek-in hanya dihujung minggu (sabtu ahadlah), dan bole pulak satu wad dengan Irfan(anak Aisya) rupanya irfan dah hampir seminggu kat sini...sakitnya : demam +  kahak.


kemasukan Ain kali ini memang memberikan tekanan buat Ain termasuk aku jugak. ain macam takder mood jer kali ini, tak suka nak senyum...takmahu nak beri kerjasama untuk buat rawatan dan makan ubat pun susah sangat. memang nampak sangat ain seolah-olah dah bosan dengan semua ubat2 dan rawatan yang biasa dia kena buat....tappi itulah nak buat camnakan, itu satu rutin yang memang Ain kena buat kalu Ain nak sihat. aku jadi kesian dengan ain...dalam hati aku ini 'rasa macam jemuiiih jugak' tapi aku nak buat camna, aku pun berharap sangat Ain bole cepat sembuh, sihat sejahtera. tapi itulah mujurlah hanya 2hari 2 malam jer...MUJUR
-
-
-

ini ain adolah ceria sikit...sebab kakak ade datang meneman dia kat hospital. sukalah sangat dia bila kakak dan abang datang melawat dia


inilah tempat yang paling banyak aku laburkan duit aku...kalu setiap kali turun jer kat tgk.1, kat sinilah aku membeli belah alahai....habis duit umi
 -
-
-
inilah antara tempat dan lokasi dalam wad yang aku selalunya bawak Ain buat pantauan(jalan2 ronda)...selalunya setiap malam, dan of couse kalu malam pertama duk sini, Ain mesti suruh aku buat rondaan dulu sebelum dia betul2 nak masuk tidur...tak ker letih di buatnya...dalam satu malam hampir 10 kali dan lebih aku berjalan mengeliling wad ini, sampaikan semua staf dari kakak PAR sampai Jururawat kenal Ain + aku jugak...haila.

ini ruang menonton...

inilah bilik Ain kali ini 11-1

tengok itu muka tak ceria Ain


KECIAN AIN MASUK WAD

kecian ain setelah hampir 6 ari sakit yg membuatkan dia terpaksa berulang alik ke klinik untuk rawatan gas...akhirnya petang jumaat (06.04.2012) Ain kena jugak masuk wad.
tapi mujurlah tak lama cam selalu itu...itulah macam wcik(kelut) cakap kalu tak chek-in kat PUSRAWI tak sahlah ain ini...ini sebab rindu kat Dr. Ruzini + PUSRAWIlah kot sebb itu ain masuk jugak ke PUSRAWI....
acecece.... sedapnye...aku jugak yang membengkek.
mana taknye..kalu anak masuk wad umilah yang susah. susah ati + susah diri..tapi itulah walauapa pun..umi tetap sanggup hadapi sama ain sebb umi saaaayyyangg Ain...I LOVE UUUUUU kan Ain


mai tengok muka ain masa kat wad.... ini kemasukan Ain yg pertama bagi tahun 2012 tau...kalu tahu lepas 2 kali ain chek-in... bulan 3 sekali dan bulan 10 sekali.




makin besar makin banyak keletah dia...penat nak layan. 2 malam kat hospital, 2 malamlah dia buat hal...tapi tak leh nak salahkan dia. mungkin dia tak selesa nak bermalam kat hospital, mcm aku gak...cian ain umi faham sayang.....utk semua staff wad ar-Raihan, kak. hanom, kak. azila, kak tipah dan student nurse yg bertugas dan teramat berteima kasih pada Dr. Ruzaini yang baik hati.....

koleksi novel yg mendapat tempat dihati MAC 2012



aku ini mmg tak pandai nak megukir kata2 apatahlagi nak mengkritik cerita...apa pun 3 novel diatas mmg memuaskan hatiku...
suke sangat....

BAJU AIN

terus-terang semenjak Ain berusia 1st ++ ini, aku dah macam giler asyiiiiik sangat nak membeli baju untuk dia ajer...tapi itulah bila belikan baju utk bby Ain dah pasti ade jugak untuk abang + kakak..ialah tak adil pulak kalu hanya habiskan duit utk Ain jerkan....

baru2 ini aku ade pesan baju Ain secara on line kat satu blog ini aivee-emart.blogspot.com mmg aku suke. meh tengok apa yang aku dah pilih.....
ini pulak gambo bila Ain dah cuba pakai :
ini dpt tangkap separuh jer...susah sebenarnye nak minta model sorg ini berdiri...

ini baju ke-2 yang aku pesan jugak :
baju + seluar denim ini memang aku sukeeee sangat...nampak sweet kan ):
dan ini pulak gambo bila Ain dah cuba pakai :
coooolkan, tapi itulah baju jer..bila Ain cuba pakai seluar denimnye..panjanglah pulak, tak per..nanti Ain bole pakai masa Raya dan Bole pakai lamaaa.
hm...nampaknye...Ain bolelah bergaya masa p Melaka nanti...tak sabaou nak ke Melaka.
butik baju yang aku order ini first time tau..tapi oklah aku suka servis dia, cepat dan mudah then baju dia pun aku puashati jugak. nanti lainkali bolelah aku order lagi.

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012

HAH!
selamat datang...selamat ....
tak sabar nak ke Pesta Buku tahun ini
balik jer semalam dari offis
aku terus citekan pasal pesta buka ini kat anak2 aku.

umi : bestnye kak...ujung bulan 4 inikan ada pesta buku...akak nak ikut tak?
akak : nak lah...
umi : abang nak ikut tak?
abang : nak2.. nak beli buku doremon
dalam hati umi..'ek'eleh anak aku ini...tak der benda lain ker, ado ke doremon...
yg tak berfaedah jugak yang dia suka'
akak : eleh kau ini, doremon jer..orang beli buku belajar ker?

bila tengok muka slamber badak si abang...aku rasa kelakar sendiri..
itulah bezanya si girl dan si boy...
what ever yang penting aku dah tak sabar nak pi 
PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012

SAMSUNG GT-S3850

cantik tak?...cantik
hah inilah HP baru aku...Thank's Lot Hubby
terima kasih bebaaayak sebab belikan HP baru untuk umi
walaupun takler semahal mana dan secanggih mana pun...umi tetap hargai...
dan 'Awak' pun tahukan Umi camna....

apa2 pun ingatnye..'awak' hari sabtu ini kita pi IKEA pulak ye...
kita cari barang yang umi nak sangat beli.
Alhamdulilah rezeki Allah begitu murah semenjak dua ini
walaupun 'awak' + umi di duga...
apa2 pun umi selalu mendoakan rahmat dan kesejahteraan keluarga kita dan rezeki kita.
thank's 'Awak'sebab sudi kongsi 'rezeki' yang dimurahi itu bersama umi + anak2

WANGSAWALK + KLCC

14 Mac 2012 (Rabu)
disebabkan cuti sekolah seminggu ini
aku dah rancang nak bawak kakak + abang menonton SEEFOOD 
mai tengok cite ape ye...
hah inilah dia "SEEFOOD" makanan laut
bagi aku oklah.... kalu untu bebudak movie ini memang sesuai...sangat

2 jam jugak aku + anak2 habiskan masa kat panggung wayang di mana...? 
hah di Wangsa Walk, kat mana kat sinilah....
oklah kalu nak tengok movie kat sini..tak sesak sangat...
mulanya ingat nak bawak bebudak ini lepak kat KLCC ke atau Midvelly
tapi akhirnya aku bole pulak terikut la(adik aku) + laki dia lepak kat sini.
lagipun aku baru tahu yang kat Wangsa Walk ini pun ada TGV Cinema...bukan itu ajer tempat game pun ado, bowling, karaoke and lain2 lah..
kiranya takyah pi banyak tempat satu tempat dah ok...
yang penting bawak ajer ongkosnye...segalanya bisa diatur

penat dah lepak kat Wangsa Walk, aku bawak ler bebudak ini lepak kat taman permainan KLCC pulak
itu pun sebab naik LRT...


bukan hari minggu tak ler berapa ramai orangnye...tapi itupun bole kira ramai jugak orang yang melepak sambil bawak anak2 macam aku
ialahkan cuti sekolah...
hampir sejam jugak lepak kat situ...dalam pukul 4 ++ barulah tarik bebudak itu ajak balik
aku yang hanya jadi excourt ini pun dah penat + letih sesangat
bebudak itu bila dah sampai rumah baru tahu letih...
fuh...lega..dah sampai umah.
penat2 pun seronok. ialah sesekali bagi hiburan kat bebudak itu
takler asyik terkurung jer kat rumah.
nanti bila2 cuti sekolah lagi aku cadang nak bawak diorg...pi
ICT, , kat Shah Alam pulak + Bukit Cerakah
hah 2 tempat ini...aku pun teruja jugak nak pi...sebab aku pun tak pernah jejak kaki lagi ini.

PERARAKAN HARI WILAYAH + TEAM BUILDING BPP

dah lama kalu nak ikutkan aku nak buat laporan ttg 2 perkara diatas....tapi itulah banyak sgt kekangan masa yang buat aku menangguhkan apa jua bicara disini...
oklah 1st...kita tengok dulu gambo ini....
-
-
-
-
ini nak pandai berkawad ini pun berlatih bagai nak rak 3 hari....siap kena marah lagi


inilah barisan penyumbang kepada perarakan hari wilayah 2012


ini team BPP...chaiyoooo! 'amboi bosss....mendepa dada'


aksi bebas yg tak seberapa bebas ler....tapi cool
inilah antara pic masa aku masuk perarakan HARI WILAYAH pada 28.Jan.2012.....first time ok aku menyertai benda2 cam ni....nak berkawad pun reti. 3 hari kena latih dengan komando (Usz. Nizam), fuh...giloooo garangn beb. gerun aku habis sakit kaki tapi berbaloiiii baloi bila team kita orang boleh menang tempat Ke-3....CAYAlah...


ini 2st.....celita
-
-
-
-
-
alamak...takutnyeee, gayat akaak....jaga2 akak nak baling telur ini


inilah binaan tercanggih yg telah dipamerkan di festival team  buil.  Lembah Azween
canggih tau...sampai bole tampung berat sebiji telur...khaaaa


lari semua...lari....


inilah grop paling glamor ok
grop 'UNTUNGLA'


inilah acara yg paling mencemaskan...meniti dititian kayu....
imbang2 badan kalu jatuh kena buat lagi sekali
mujur kayu itu kukuh bole tampung berat badan kami hahaha


BPP the best 


pucat muka mak..bila kena bentang kat depan..mujur
Detektif Conan datang membantu kalu tak
mak dah pengsan kat depan




gambar hari akhir di Lembah Azween
yoooo sayohara..
pada 17 - 19 Feb. 2012 hari itu, BPP telah berkursus di Lembah Azween, Hulu langat dekat jer kan. walaupun tempat yg dipilih tak ler berapa menarik dan best ditambah pulak dengan fasi yang dibawa pun macam suam2 kuku (menunjukan betapa tidak bestnya kursus itu) tapi mujurlah team BPP yang terkenal dengan keletah yg lincah dan giler2 ini membuatkan keadaan menjadi seronok jer....


bukan mudah pun sebenarnya nak mengumpulkan kesemua ahli BPP, tapi itulah akhirnya....tercapai jugak walaupun ade ler jugak s'org dua yg tak datang mungkin ade sebab2 munasabahkan. (masalah org kita kenalah faham, lainlah kalu saja2 buat alasan)...mmg best, mmg coolll dan mmg gempak...sepanjang 3H2M disana dah rasa mcm kembali ke dunia remaja balik ingat pulak masa zaman sek. asrama pulak dah ler bilik yg diberi pun ala2 asrama gitu...ahak2 best wooo. apa2 pun kalu ada sekali lagi 'team building' mcm ini of couse aku akan pergi....tapi kali ini biar lah fasinya betul2 best.

salam peringatan MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA teman seagama

buat semua keluarga, sahabat dan teman seagama 
aku nak mengucapkan selamat menyambut 'MAULIDUR RASUL' 
dan salam memperingati 'Perutusan ALLAH'
NABI MUHAMMAD S.A.W nabi kita

buat teman dan sahabat yang telah pergi memeriahkan di Masjid Putra, Putrajaya
TAHNIAH....korang, kerna korang telah mengorbankan pagi minggu korang utk menyambut
'MAULIDUR RASUL' pada 05 Februari 2012 (Ahad).

bagi aku pulak, disebabkan cuti umum begitu lama 'ieeyoolah...'
aku pun pulanglah ke kampung bersama anak2 tercinta....suami tersayang 
tidak dapat pulang, kerna bertugas....(phm2 jer)

bestnye balik ke kampung sesekali sekala kan.....melepaskan rindu pada bonda tercinta
dan memberikan kemeriahan kat rumah mak aku kat kampung itu.
tapi balik kali ini...seronok sangat sebab...kita org pegi piknik.

hari ahad itu sempat lagi abg. mei bawak kitaorg pergi berkelah sambil mandi-manda
di air terjun 'hulu licin', Bruas. tempatnye memang awesome...best sangat
puas sangatlah bermandi-manda, terutamanya tentulah anak2.

aku masih teringat gelagat Baby Ain dikampung, sepanjang dikampung bukan main seronok dia menjelajah dan bermain sampaikan lupa kat aku dan lupa nak tidor...menyusu pun sampai dipanggil.
dan yang paling seronok bila tengok gelagat dia, bila kali pertama berada dalam kelambu jakunnye tak ingat dunia, bukan main sukanya dia dengan kelambu itu terlompat-lompat dia cuba mengapai lelangit kelambu...kelakar, cute sangat.

dan esoknya (07 Feb 2012-Isnin) aku pulang ke KL kembali dengan bas....seronok beb sebab dah lama sangat tak naik bas express ini, mujurlah bebudak itu baik2 belaka tak banyak ragam dan sogeh...terutamanya si kecil. agaknya dia pun seronok dan teruja kot. nampaknya nanti lainkali bolehlah balik ke kampung nak bas jer kalu cik abang tak balik sekali.

* teringat pulak kat cerita tentang 'Rasullah S.A.W' kat TV 114 yg aku&anak2 tonton baru2 ini bagus untuk anak2 dan bagus jugak utk org dewasa mcm aku...peringatan bagi yg telah lupa sirah Nabi.'




impian deco bilik si dara + si teruna

ari itu anak2 bukan main seronok memilih deco mcm mana buat kat bilik diorg...melalui gambar yg aku search kt internet.
kelakar pun ado... ialah bukan main lg diorg...lebih dari uminya.
 ini antara rekaan yg telah dipilih :

 aku minat betol kat hiasan bilik dia...cantikkan sesssuaiii sessangat utk. bilik anak pompuan kan. aku dah tengok2 telek2 kat beberapa kedai, dan rambu ramba itu...tengah tunggu masa jer nak beli.

 bg..gambor yg kat atas ini aku suka stail perabot dan susun atur bilik ini...sesuai utk bilik kecil. aku ade jugak ler cadang2 nak sesuaikan dengan siteruna aku...dia pun suka jugak.

 color bilik ini sebenarnya sidara suka sangat...dia kata dia tak minatlah kalu bilik dia dicat dengan serba pink. dia lagi suka kalu warna purple ini, inilah jiwa anak dara aku nampak sangat tak berjiwa keperempuanan (gudek's-gedik gitu) mcm uminya jugak hakhakhak.....



sweet dan simple itulah yang aku suka...mungkin bole diaplikasikan buat rumah tomel aku.
apa2 pun aku mmg dh bersemangat dah ni nak mendecokan bilik2 anak2 kesayangan aku ini...semoga diorg ini lebih gembira berada dirumah...akukan nak menjadikan rumah itu syurga dan yang paling penting walaupun rumah itu kecil (comel)...tetap rumahku sendiri yang aku bebas untuk menghiaskanya... dan yang paling utama apa2 pun ikut ler buget sendiri...janganlah pulak kerana nak sangat melawa sampai sanggup pulak berhabis sakan...biarlah lakukan secara beransur-ansur...janji hasilnya kita sendiri suka...kan(ini hanya untuk ingatan sendiri)!

impian 2012....(cerita tertunda)

bulan januari 2012 dah nak hampir masuk ke minggu -3, tapi aku baru nak cite pasal impian untuk tahun 2012.
lambat sangat nak up-datekan...a'ha bukan salah aku tapi teknologi ini yang lambat + lembab....
dah beberapa ari aku cuba nak login, tapi tak jugak dapat2..atlast hari ini dapat jugak aku login blog aku yang tak seberapa glam....
menyampah....ini semua sebab komputer aku punye pasal. tak tahu manaler datangnye masalah itu....sama ada line yang lembab atau komputer aku yang dah berat sangat dengan semua benda ini ker yang buat dia susah nak login....
dahlah tak yah nak bebel lama2 buang masa jer kan...now...aku excited sesangat tau nak bagitahu impian aku untuk tahun 2012 pulak.
macam tahun2 sebelum nya...aku sentiasa memasang impian atau angan2 untuk aku capai atau aku inginkan bagi tahun tersebut.
macam tahun lepas...impian aku untuk renovision rumah tercapai jugak, walaupun hanya renovision kecil-kecilan tapi itu sudah cukup memandai bagi aku yang hanya hidup dalam golongan sederhana ini...dan beberapa keinginan aku dapat dicapai dengan baik...aku SUKA SANGAT, terutamanya dapat menyelesaikan hutang kereta Arwah AyahKu yang tersayang (apak ija dah selesaikan hutang kete apak itu, dan ija janji akan jaga kete itu baik2)....selamat jugak, dah kurang beban aku satu...Alahamdullilah.

dan bagi tahun ini tahun 2012...impian aku adalah :-

1. yang utama...tukar PETI SEJUK (mcm..abg.Mei cakap...dah puluh tahun peti sejuk aku itu...dah sepatutnya aku tukar...yang lebih besar mengikut keperluan keluarga aku sendiri yang dah semakin bertambah) yg ini memang dah patut SE...saaangat... ialah aku pun dah berkahwin hampir 11 tahun, sedangkan peti sejuk itu dah bersama laki aku dari masa dia bujang lagi so...aku sendiri tak dapat anggarkan berapalah usia diakan.

2. tahun ini...aku bertekad untuk membuat simpanan secara tetap ke akaun ASB + BANK RAKYAT tapi tak ler banyak pun RM10 jer sebulan. dan simpankan sikit kat akaun 3 org. anak kesayangan aku itu. (Insyak-Allah semoga Allah menetapkan hati aku untuk teruskan usaha ini)

3. tahun ini jugak aku bersemangat lebih pada mendeco (tak kisahlah apa pun bahasa yg aku pakai) rumah aku sendiri...bestkan kalu rumah kita jadi cantik...hm...BESTNYeeeee

itulah 3 impian aku bagi tahun ini, tapi keinginan yang sampingan yang lain rasanya hanya mengikut keadaan dan mood kot....

oklah kita tengoklah nanti....apakah impian aku ini akan terlaksana ok...


Marah itu Tanda Kemenangan Syaitan...

baguskah kalau marah jer ugut2 orang..marah jer doakan yang tak baik pada orang lain....agak2 lerlah
perangai macam itu baik sangat ke?
kalau pun pernah berbuat baik pada orang lain....tak perlulah nak diungkit dan diulas segala hal..tentang yang lalu2 itu..konon2 nak bagi ingatan balik pada orang yang berkenaan tentang kebaikan dimasa lalu itu.
kalau segala perbuatan dan pemberian yang pernah dilakukan dulu atas nama KEIKHLASAN maka
kenapa perlu ada UNGKITAN ATAU ULASAN dikemudian hari....itu namanya TAK IKHLAS PUN....
kesian bagi teman yang telah diugut oleh si polan ini....
kalu aku ditempat dia pun akan terguris hati buat sekian kalinya...
luka lama baru nak mengurang sakitnya...nak ditambah lagi ker garisan luka itu
bagi 'sahabat' teman yang telah dilukai buat sekian kalinya...berbanyaklah beristigfar....bagi meredakan rasa api yang disemarakkan Syaitan itu.
anggap sahaja ini semua dugaan utk kau tempuhi sepanjang masa ini....
sabagai sahabat aku + yg lain akan sentiasa menyokong diri mu...dan don't worry Honey...

* bejarlah menginsafi diri..renung2kan diri sejahat mana atau sebaik mana anda...so...

Hari Pertama bagi Sek. sesi 2012

buat abang ngah + kak long
selamat memasuki persekolahan sesi 2012
pagi semalam bukan main ceria muka anak2 umi ini
semangat baru kot....
macam dalam gambar dibawah ini
umi doakan semoga semangat untuk pergi belajar dan 
menuntut ilmu ini akan terus berkobar...
janganlah hendaknya hanya separuh musim jer..ye

tapi ari ini teringat pulak dialog siteruna...
"umi..esok umi antar adik tak masuk kelas"
alahai abang masih terasa dirinya kecil lagilah itu...
tak ingat dirinya dah pun makin besar dah 
masuk tahun 3 pun...
dan yang pasti jawapan aku
"abang kan dah besor...dah tau mana nak cari kelas sendiri'
"tahun lepas bukan dah masuk kelas baru lupalah itu...otak asyik ingat game jer" 
(dalam nada pura2 marah)
itulah perangai anak ke-2 aku...
masih terasa dirinya kecil..
tapi sebenarnya sengaja memanjakan dirinya
semalam bila melihat dia memakai unifrom sekolah(baru berganti)
dah nampak makin besor si teruna aku ini....
kakak pun sama....
tersenyum aku sendiri....mengenangkan anak2
yang dah makin membesar

selamat datang 2012....

SELAMAT...SELAMAT DATANG 2012
pejam celik dan pejam balik..2012 dah pun muncul...
so..dengan rasa aluannya aku nak bagi sesuatu untuk permulaan 
tahun ini
nah! ambik kau

so..apa azam tahun ini...
kalu tanya sama aku..JAWABNYA
entah....kaburrrrrr
yang penting dan pasti
aku berharap bersama doa
semoga tahun ini membawa lebih keberkatan,
berbahagia bersama keluarga tersayang, 
rezeki berkat dan dilimpahi
dan 
semoga iman dan taqwa sentiasa teguh dihati + jiwa
dan 
semoga dijauhi dari malapetaka dan dari jiwa2 + hati2 syaitan manusia durjana

AMIN YA ROB'BIL ALLAMIN......