SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA

aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA
buat semua kekawan, sahabat dan keluarga yang tersayang
walau dimana pun berada
semoga raya tahun ini membawa 
lebih kemeriahaan dan kegembiraan buat semua
termasuk ler aku...hehehe

esok aku akan PULANG.....
pulang ke kampung halaman....
tak sabar rasanye sebb dah lama tak balik kampung
dan tak sabar jugak nak berbuka puasa dengan  mak tercinta...yahoooo

dan seperti tahun2 sebelum ini, hari sabtunyer pulak aku sekeluarga akan
pulang beraya ke PARIT BUNTAR
pulak.
kan selalunyer camtu...beraya kat sana sebelum pulang beraya pulak
di kampung halaman aku (BOTA)
sebenarnya bagi aku beraya dimana-mana pun sama...
kat umah mak mertua ke umah mak sendiri ker
semuanyer sama best....
yang penting aku dapat bersama Suami tercinta dan Anak2 tersayang...betul tak?

oklah nak balik dah esok balik raya ....bye....
SEMOGA PERJALAN ESOK SELAMAT DAN DILINDUNGI...AMIN.

BANTING + KEROPOK + BERBUKA BERSAMA

sabtu lalu (4.8.2012) berbagai plan dah diatur, bermula dengan perjalanan ke Banting, Selangor bertujuan untuk membeli keropok2 sehingggalah merancang untuk majlis berbuka puasa dengan adik beradik dirumah la.

pagi itu, seawal pagi aku dah bersemangat bangun pagi bersiap untuk pergi ke Banting macam yang dah dijanjikan dengan Ina (ofismate). pada mulanya ingatkan Ina akan bertolak awal pagi, tapi disebabkan hampir tengahari Ina masih tidak bertolak dari rumah dia. aku yang tealah mula gelisah akhirnya ambil keputusan untuk pergi sendiri dengan myhuby, anak2 dan emak. lebih kurang pukul 11pagi, kami telah bertolak ke Banting, walaupun tidak tahu lagi dimana tempat keropok yang dikatakan Ina, tapi huby macam redah jerlah kesana walaupun sesat semasa pertengahan jalan. namun akhirnya kami sampai jua ke pekan / bandar Banting. bagi aku inilah kali pertama aku menjejak kaki ke sini...hm...oklah besar jugaklah bandar Banting ini. 
sampai disana, kami menunggu seketika Ina dan suaminya yang akan membawa kami ke kilang atau kedai keropok yang dikatakan. hampir setengah jam kemudia, Ina pun sampai dan kami terus di bawa ke satu kampung yang dikatakan pusat setempat memproses makanan tersebut. sampai di satu tempat mmg kelihatan banyak kenderaan yang berhenti dan ramai orang yang berpusu dengan tujuan yang sama seperti kami.
dari satu tempat Ina dan suaminya membawa kami meneroka ke tempat lain dan akhirnya sampai ke semua kedai yang agak kedalam dikawasan kampung (aku sendiri x tahu nama kampung itu pun). sampai sahaja disana aku begitu teruja untuk melihat dan membeli kerepak atau apa jua keropok yang ada untuk dibeli. melihat stok keropok dan kerepek yang ada, aku sedikit terkilan...sebenarnya indah kabar dari rupa, keadaaan disana tidak seperti yang aku sangkakan, walaupun banyak jenis keropok dan kerepek namun masih tidak memenuhi kehendaka aku dari segi jenis yang aku cari dan harga. sebenarnya harga keropok disana bagi aku mahal dan tidaklah semurah yang disangka pun. mungkin kerana kami hanya membeli secara retail bukannye borong jd harga yang ditawarkan seperti harga biasa di kuala lumpur sahaja.

setelah menghabiskan masa hampir 3 jam disana, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. malang pulak perjalan pulang huby tersesat jalan hingga ke Klang. perjalan yang kononya hampir 1 akhirnya memakan masa ke 2 jam...lamakan. akhirnya dengan badan yang penat, kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 4 petang. dengan rasa badan yang letih...pulang kerumah La, terasa beban pulak bila melihat tiada satu masakan pun yang dimasak. nampaknya adik sayang aku( la ) betul2 berat tulang bila dia malas nak memasak dan sanggup utk tggu kami balik.

namun mujurlah maksu ada datang, dan makan berbuka dapat disiapkan dengan lancar dan cepat apabila ramai yang membantu. dan aku telah menyumbangkan 2 jenis masakan ringkas aku iaitu sayur campur + telor burung puyuh bersambal, hidangan lain ada pageri nenas (maksu masak), ikan goreng (mak masak), kari ikan(kak. Ana masak), kuih2 + ayam golek(dari bazar ramadhan). 

tapi walau apapun hidangan berbuka puasa malam itu, yang istimewanya apabila kami adikberadik berkumpul sambil menikmati hidangan denga mak tercinta, alhamdulillah....riuh rendah sambil menikmati hidangan, the Best...

stok susu utk Ain


inilah stok susu DUTCH LADY 123 Ain yg baru ajer diambil dr pemborong kita pn. Masnida mohd Ali yg sekarang dah pun bergelar toukey SUSU.

hebat pn. Masnida ini, ramai betul peminat dia, kebanyakan ofismate meluru2 jumpa dia utk berurusan dah mcm kat bursa saham tau...kalu dia sekali bagitahu offer harga susu siap buat laungan dah mcm lelongan kat bursa saham itu.

aku tak order banyak pun susu utk Ain, sbb Ain tak minum banyak pun susu...dia minum susu dutch lady ini bila dia di rumah Kak Ida (Pengasuh dia) jer, tapi bila balik jer ke umah dia terus minta susu dkt aku (susu badan..alhamdullilah buat masa ini masih ada lagi stok susu sendiri, cuma tak pasti banyak atau tidak jer).

itulah sekarang Ain dah umur 2thn 3 bulan, aku ingat nak berhentikan dia susu umie tapi susah betullah..sbb bila kat umah dia langsung tak nak minum susu dutch lady dia, minta susu pun tak. susah..kan!.

itulah bila tingal dengan ayah dia kat umah(sesekali kalu ayah dia bercuti) dia mmg tak minum susu, dia lebih banyak makan nasik dan ayah dia akan belikan susu dutch lady kotak ajer lah.

ini stok yang aku beli utk perkiraan 5 bulan ajer, nak tengok mcmana dulu. td aku baru orderkan pulak untuk susu Adam (anak la) habis sudah duit aku. la order DUGRO 123 sebanyak 12 bungkus berharga RM186. oklah itu cukup utk beberapa bulan dah jimatkan. harga yang ditawarkan pun murah sesangat...mcm susu DUTCH LADY harga yg aku beli RM 14.00, utk DUGRO pulak RM 15.50, kalu nak dibandingkan dengan harga pasaran mmg banyak sangat kurangnya...kalu org yg rajin tengok / semak harga susu dipasaran tentu tahu...DUTCH LADY kalu sale pun dpt. kurang RM 18.99 kalau DUGRO sale pulak RM 19.99. hah cuba tengok banyakkan kurang dan jimatnye beli dengan taukey susu ini.

UNTUNG...LAH

BERPUASA DI KAMPUNG

28 - 29/7/2012 (sabtu dan ahad) yang lalu aku seisi keluarga bersama mak pulang ke kampung untuk merasai ramadhan bersama keluarga mertuaku...setelah sekian lama akhirnya tahun ini aku pulang untuk bersama berpuasa seperti yang huby aku harapkan.

perjalanan kami pada hari sabtu itu terasa tidak begitu lama pulak berbanding sebelum ini...kalu dulu setiap kali aku pulang ke Parit Buntar tentunya aku akan rasa sakit2 badan, pening2 kepala manataknye perjalan yang dikatakan lebih kurang 4 jam lebih boleh sampai ke 8 jam dengan pemanduan suamiku terchinte....memang lama dan meyiksakan. tapi kali ini alhamdullilah perjalan tidaklah lama kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8 lebih dan sampai alhamdulillah tengaharilah jugak. mungkin perjalanan kami lebih lancar sebab kenderaan yang tidak banyak dilebuhraya jika dibandingkan bila tiba musim perayaan.

mak pun bukan main excited nak pulang ke rumah tok besan dia, nak menziarah katanye...ialah dah bertahun tak jumpa dan semenjak bapa mertua aku sakit mak pun tak pernah melawat, nak melawat pun jauh sangat. sampai sahaja disana aku dah plan nak bawak mak petang nantinya ke bazar ramadhan sambil itu bolehlah jugak aku mencari apa2 mkn yg menarik kat sanakan. mak nampak seronok berada dirumah mak mentol aku ini, manataknya dia asyik cakap rumah mak mentol aku ini selesa dan mak mentol akuk pun rajin orangnya...mak kan suka dengan orang2 yang ringan tulang ni (mcm dia jugak) jadi bole lah jadi geng.

lebih kurang pukul 5 petang, mak kejutkan aku dari tidur...rupanya aku tertidur sebab keletihan didalam bilik, lagipun bila tengok hubby aku bukan main sedap melentok aku pun apalagi tumpan sekaki ler...petang itu hubby bawak kami ke bazar ramadhan di pekan lama Parit Buntar...yang menariknya bazar dia bersebelahan dengan sungai dan terdapat taman permainan kanak2...mmg best lah bazarnye pun besarlah jugak. tapi yang tak bestnya bila sampai sahaja kete tetiba buat hal...bila hubby tutup enjin kete, kedengaran bunyi yang agak pelik dari enjin...aku tertanya-tanya jugak bunyi apa itu, aku pun terus tanya hubbby, tapi mulanya buat takder ape jer...bila ku lihat air yang melimpah keluar dari bawah kereta, aku dah tahu mesti sesuatu yang tak kena dengan kete sebb mcm ada kebocoran. hubby pun bukak bonet enjin hah...nak tahu apa ada satu saluran kat enjin yang mmg dah bocor dan sebab itulah dia mengeluarkan bunyi yang pelik itu. hubby pun geleng kepalalah ialah dia baru jer hantar kete aku ini p servic (berhabis RM400 ++) jugak ler, ini tetiba ada pulak yang rosak, nak buat camnakan..tapi dalam buruk itu ada jugak baiknye...aku cukup syukur kete aku meragam bila dah tiba dikampung dan betul2 dibandar PB, sekurang-kurangnye mudahlah nak dapat mekanikkan dari rosak di tengah HW ke tak kena mati namanye...(MATI KUTU Ler)

so habis jer kami shooping kat bazar ramadhan, habby terus bawa kereta k workshop mujurlah dekat ajer dari bazar ramadhan dan mujur jugak kedai itu masih buka walaupun dah hampir nak tutup (maklumlah taukey dia org melayu dah sah2 ler nak balik cpt sebb  nak bukak posekan), tahu bengkel ini pun sbb hubby sempat tanya kat adik dia, kebetulan adik dia berniaga kat bazar ramadhan, bagus jugakkan. hampir sejam jugak ler kami melangut kat situ...anak2 mcm2 ragamnye..
si abang dengan muka sememeh posenye..bila tengok si adik dpt mkn..dia pulak yg mare + geram (sbb dia tak dpt makan + lapar lg)
si kakak pulak lebih cooooolll
siadik hm...dari beli bebola goreng sampailah kat workshop dia asyik mengunyap jer...banyak pulak mknnye...suka betol dia dengan bebola ayam + bebola udang goreng itu.

selesai jer baiki kete (habis kos RM65), sampai jer umah terus bersiap utk berbuka, hidang2 tengok mak aih banyaknye makanan...mcm2 ada itulah nafsukan. selesai makan fuh...kenyang dan mengembirakan.

bagi aku balik berbuka puasa kali ini benar2 menarik...tapi itulah kesian pada bapak mertua aku, kesihatanya nampak semakin merosot, tubuhnye pun dah semakin meyusut aku tengok tak seperti setahun yang lalu...ialah mcm mak mertua aku kata, dia sekarang dah tak mampu nak makan makanan biasa (nasik atau lain2) dia hanya makan bijirin seperti nestum ajer dan minum air pun kurang. kesian kan...dia pun aku tengok lebih banyak tidur dari berjaga.

insyak-Allah raya ini aku akan pulang lagi menjenguk keluarga disana. dan esoknya kami pulang kembali ke kuala lumpur. meh tegok beberapa pic dlm kete yg saja diambil sebb menangung rasa bosan sebb perjalanan lama pulak bila nak balik ke kuala lumpur.

tengok Ain mmg suka bergambar...alahai anak ku

mata segar ajer...mana tak segarnye 2 org yg tersengih itu tak pose.heheh

cian abang letih sangat itu, tp itulah lebih baik dia tidur dari jaga...kalu jaga kerjanye  usik/kacau org jer

TAZKIRAH RAMADHAN 3

untuk pagi ramadhan ke-5 ini mari kita renungkan salah satu fadhilat malam ke-6 ramadhan....

                                                                 Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.


bila melihat fadhilat diatas, terasa sejuk hati ini...fikiran dan hati kembali mengenangkan Baitullah..yang pernah aku kunjungi yang lalu (tahun 2009). tidak dinafikan sesiapa pun yang pernah menjejak kaki ke tanah suci Makkah, rasa rindu pasti akan hadir. Syukur kehadrat Illahi, dengan rezeki yang di beri...aku berkesempatan ke sana...insyak Allah satu hari nanti pasti aku akan ke sana juga dengan hubby tersayang pula...

hari ini seperti semalam juga...pagi hari dimulakan denga bacaan doa dan hadis dari rakan sekerja yang telah dipilih (insan terpilih itu k)
suasana akan ceria apabila tiba saat bersalam sesama teman..masa ini memang best sebab dapat sakat silatah(masnida), kalu tengok gaya latah dia macam2 itu mmg kelakor giler beb.
lepas itu sesi bertadarus pula bersama usz. Hamidah Sajat ( cc midah) bagus tau...
alhamdullilah dapat mempelajari dan memperbetulkan balik bacaan aku yang dah mmg tah ape2 itu...maklumlah dah lama sangat tinggalkan kalimah Allah ini. mula2 nak baca itu malulah jugak ialahkan aku bukan orang yang fasih membaca Al-Quran ini, setakat baca ayat2 lazim dalam sembahyang itu biasalah....tapi itulah kenalah buangkan rasa malu itu kalu nak belajar janganlah jadi orang yang bodoh + sombongkan, nanti rugi diri sendiri.
ini bila dah mula mengaji balik..terasa kuat pulak dalam diri untuk kembali belajar mengaji. ingat2 nak belajor balik dengan cik CClah...mcm Tie kata, malu rasanya dah tua2 tak tahu mengaji sedangkan dia pun dah kembali belajar mengaji....baguslah kau ini Tie TERBAEEK.


TAZKIRAH RAMADHAN 2

ari ini jom kita tengok apakah fadhilat ramadhan buat hari ke-4 hari ini..InsyakAllah

                                                             Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

                                                               Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.


jom kita lihat lagi apakah kelebihan bulan Ramadhan lagi yang boleh dikongsi.


· Pintu langit dibukaSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

· Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

TAZKIRAH RAMADHAN 1

mari kita baca bersama sedikit ilmu tentang ramadhan, tak kisahler kita tahu atau tidak tapi tak salah kalau kita selalu diperingati, sebab kita manusia ini kejadianya selalunye lupa dan alpa..jadi jom
Seruan Kewajipan Berpuasa Di Dalam Al-Quran?

Lihat petikan ayat-ayat Al-Quran di bawah ini, yang menerangkan dengan jelas dan nyata berkenaan kewajipan berpuasa;
[Al-Baqarah - 183]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[Al-Baqarah - 184]
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
[Al-Baqarah - 185]
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. 

Apakah Syarat Sah Puasa?

Puasa yang dilakukan tanpa mengikut syarat-syarat yang tertentu akan menjadi tidak sah sekaligus sia-sia sahaja. Anda sudah pasti mahu puasa anda sah dan mengikut syarat-syaratnya bukan? OK, berikut adalah syarat-syarat sah puasa;
PERTAMA: Beragama Islam. Sepertimana dalam syarat wajib puasa, individu tersebut haruslah seorang Islam yang diwajibkan berpuasa dan seterusnya membolehkan puasa mereka menjadi sah. Individu bukan Islam kita sudah maklum tidak diwajibkan berpuasa, maka jika mereka tetap berpuasa, puasa itu tidak sah dan bukan satu ibadat.
KEDUA: Berakal. Saya sudah terangkan maksud berakal ini dalam syarat wajib puasa di atas. Sama juga maksudnya. Maka orang yang gila apabila berpuasa tidak sah puasanya kerana mereka tidak tahu dan faham bahawa mereka sedang berpuasa.
KETIGA: Mumayyiz, iaitu kanak-kanak yang tahu dan faham dalam membezakan baik dan buruk. Kanak-kanak ini tidak diwajibkan untuk berpuasa, tetapi jika mereka berpuasa, puasa itu dikira sah dan mendapat pahala. Maka Islam sebenarnya menganjurkan kanak-kanak dilatih berpuasa apabila mencapai umur mumayyiz.
KEEMPAT: Suci daripada haid dan nifas. Syarat ini adalah khusus untuk kaum wanita. Wanita yang dalam haid atau nifas tidak sah puasanya kerana tidak cukup keahlian dalam beribadat sepanjang tempoh tersebut.
Terdapat satu salah faham berkenaan syarat ini. Ada pihak yang berpendapat bahawa individu yang dalam hadas besar (bukan haid/nifas) tidak boleh berpuasa. Persepsi ini timbul kerana kekeliruan berkenaan hal melakukan hubungan seks dengan suami/isteri pada malam Ramadhan dan pasangan itu belum mandi wajib dan mahu berpuasa pada keesokkannya. Sebenarnya pasangan itu boleh berpuasa seperti biasa kerana berhadas besar akibat bersetubuh bukanlah perkara yang membatalkan sah puasa tersebut. Cuma digalakkan pasangan tersebut mandi wajib sebelum subuh atau sahur supaya mereka suci dan boleh melakukan ibadat yang lain seperti solat.
KELIMA: Bukan hari yang dilarang berpuasa. Syarat ini tidak begitu relevan dengan bulan Ramadhan, tetapi untuk pengetahuan para pembaca, terdapat hari-hari tertentu di mana kita dilarang untuk berpuasa, antaranya adalah pada Hari Raya Aidilfitri Pertama (1 Syawal) dan juga pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah).
Setakat ini, anda sudah tahu berkenaan syarat-syarat wajib dan sah puasa. Anda pun mulalah berpuasa, tetapi semasa berpuasa, jika anda melakukan perkara-perkara tertentu, puasa anda boleh menjadi batal. Apakah perkara itu? Teruskan bacaan.

Perkara Yang Membatalkan Puasa?

Jangan ingat jaringan bola sepak sahaja yang boleh dibatalkan, puasa anda juga boleh terbatal (disqualified?) apabila melakukan salah satu atau kombinasi daripada perkara dan perbuatan yang berikut;
PERTAMA: Memasukkan sesuatu dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Apa itu rongga? Rongga adalah bahagian yang berlubang atau beruang. Tubuh anda sebenarnya memiliki beberapa rongga, antaranya rongga hidung, mulut, telinga dan juga ‘di bawah sana’. Maka, perbuatan yang memasukkan benda ke dalam rongga seperti makan, minum, merokok dan lain-lain akan membatalkan puasa anda.
KEDUA: Muntah dengan sengaja. Jika anda sengaja muntah, puasa anda secara automatik akan batal. Muntah secara tidak sengaja (seperti loya melihat darah dan lain-lain) tidak membatalkan. Lagipun, siapa yang mahu sengaja muntah?
KETIGA: Mengeluarkan air mani dengan sengaja. Jika anda sedang berpuasa dan anda sengaja merangsang diri anda mencapai klimaks/orgasm sehingga keluar ‘air kepuasan’, puasa anda terbatal. Perbuatan merangsang diri itu adalah seperti masturbasi (melancap) dan menonton video lucah termasuk yang bertaraf 3gp. Harus diingatkan jika anda klimaks secara tidak sengaja, seperti mimpi basah semasa sedang berpuasa, tidak akan membatalkan puasa.
KEEMPAT: Bersetubuh di siang hari. Tidak kiralah anda melakukannya secara halal (dengan suami/isteri) atau secara haram (faham-faham sendiri), puasa anda akan batal sekiranya anda ‘bersatu’. Malah, anda perlu membayar kaffarah! Sabar yer cik abang dan cik adik yang dah kahwin, malam nanti nak buat berapa round dan berapa lama pun tak ada masalah. Saya faham keinginan anda. :-)
KELIMA: Datang haid dan nifas. Ini khusus untuk kaum wanita. Jika anda sedang berpuasa dan tiba-tiba kedatangan haid, atau bersalin, puasa anda terbatal dengan sendirinya. Puasa tersebut hendaklah diganti apabila anda suci dan di luar bulan Ramadhan.
KEENAM: Pitam atau gila. Katakan anda sedang berpuasa dan tiba-tiba anda pitam (pengsan) atas sebab-sebab tertentu (lazimnya berkaitan kesihatan), puasa anda adalah terbatal. Puasa anda juga terbatal sekiranya anda secara tiba-tiba menjadi gila kerana sebab-sebab tertentu yang mungkin payah dihuraikan di sini.
KETUJUH: Mabuk sepanjang hari. Ini sebenarnya berkait rapat dengan konsep hilang akal yang disebutkan sebelum ini. Jika anda mabuk teruk, anda tentunya tidak dapat berfikir dengan waras dan puasa anda menjadi tidak sah, sekaligus terbatal.
KELAPAN: Murtad. Individu yang mengisytiharkan dirinya keluar dari Islam ketika berpuasa maka batallah puasanya kerana dirinya bukan lagi seorang Islam yang diwajibkan berpuasa.
Bagaimana sekarang? Sudah jelas berkenaan maksud puasa, syarat wajib, syarat sah dan perkara yang membatalkan puasa? Alhamdulillah. Jika anda masih kurang jelas, baca kembali dengan perlahan dan fahami satu persatu isi yang ditulis di atas. 

RAMADHAN 1433 H



selamat Ramadhan utk. semua umat islam sedunia antero alam
hari ini dah masuk hari ke-3 umat islam berpuasa
alhamdullilah.....

semalam...rumah aku riuh rendah dengan kedatang 2 orang abang aku yang berbuka puasa bersama
ialah sepanjang mak ada disini...tentunya anak2 suka untuk berbuka puasa bersamakan
inilah kesempatan untuk berbuka bersama mak sambil merasa air tangan mak yang sedap itu.
semalam mak buatkan kuih tungku untuk anak2..maklumlah ikutkan selera si buyung (kelut)
org yang tak mengidam ini mmg camtu ade jer benda yang diidamkan...kitaorg yg tak mengidam ini ikut sama merasa.
kalu hari bekerja cam ini (isnin - jumaat)
alamat tak kesempatan ler aku nak memasak beria-ia sangat...ialah tak sempat mananye pun.
alamat kalu nak kuih ke atau makanan sampingan lain cari jer kat bazar ramadhan depan umah itu nanti. tapi kalu ari minggu bole jugak merajinkan diri buat macam2 juadah mengikut selera sendiri.
apa2 pun aku harap puasa kali ini akan lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya
bermakna dari segi apa?...mohon2 biarlah ibadahkan, dan permulaanya aku cukup bersyukur dan gembira sepanjang permulaan ramadhan ini...suamiku tercinta begitu perihatin terhadap aku(isterinya) + anak2...alhamdullilah sepanjang 2 hari berpuasa ini, kami berbuka bersama, solat maghrib dan subuh juga bersama secara jemaah...alhamdullilah cukup untuk mendidik anak2 bersama menghayati ramadhan dan ibadatnya....cuma aku masih tak berkesempatan ke surau untuk solat tarawih, insyakAllah Malam ini dan seterusnya aku akan ke sana jua bersama anak2 dan mak tercinta.
anak2 aku pun yang berdua itu alhamdulilah buat dua hari yg lalu masih kekal berpuasa walaupun mereka diduga (ialah mcm siabang, tengok adik makan biskut tiger pun dah hampir goyah...kelakar pulak tengok)...semoga anak2 umi akan kuat menempuh bulan ramadhan ini dan terus kekal hingga ke akhirnya...Amin.

wanita muslimah terkini yg cute + cantik

aku paling suka melihat beberapa artis ini....bagi aku diorg ini boleh dianggap sebagai wanita muslimah era 22...era terkini.
dari kita mengilai atau menyukai artis yang entah apa itu lebih baikler sentiasa tengok diorg ini. bukan tengok ape tengok cara berpakaian diorg...bagus2 belaka, tak perllu mendedahkan diri pun boleh jadi cantik, masih tetap nampak comel dan cutenye...
tak percaye ke ? mari kite tengok yeee....

 kenal tak sape ini?..inilah Oki Setiana Dewi yang memegang watak sebagai Ana Althafu'nisak (KCB)
kali pertama melihat dia ini terus rasa jatuh hati, lihatlah penampilanya...sopan litup, tak perlu terlebih expose pun dah boleh lihat kecantikanya...ini menunjukan bahawa kecantikan seorg. wanita itu bkn hanya luaran sahaja ok..
 a'ah yang ini pulak tentunye...semua org. kenalkan..sape lagi kalu bukan si Haliza cutekan...dia inilah mmg cute sangat kot. kalulah dapat tengok dia secara live tak tau ler camna. aku paling suka tengok mata dia itu cantik bulat jer, tapi apa2 pun walau macamana pun gaya yang dia peragakan, Heliza tetap pandai menghiasi dirinya sebagai wanita muslimah disamping menjaga aurat yg. sepatutnya.
 ini pulak si pengantin baru Irma Hasmie...semenjak dah bertudung litup ini, dia nampak lebih cantik dari dulu. alhamdullilah perubahan yang berlaku padanya benar2 mengharukan, harap2 perubahan ye bukan sahaja dari segi pakaian biarlah akhlaknya jugak...Amin.
hah yang ini mmg. boleh menjadi idola ...tengoklah bagaiman dia telah mengubah corak industri artis kita di malaysia. dia artis pertama yg melakukan perubahan besar ini...dia yg membawa ciri wanita muslimah dalam dunia noda (kata org psal dunia artis), dan nyata perubahanya membawa banyak lagi artis lain yg menerima rahman Allah jua...Alhamdullilah

jadi aku fikirkan....aku juga perlu berubah...berubah camna?
insyak-Allah semoga Allah menetapkan hati aku utk berubah jugak

13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga

hari ini tetiba aku tertarik untuk melihat beberapa tazkirah untuk ilmu dijiwa sendiri dan sebagai peringatan diri jua. inilah perkara yang aku ingin kongsi dan peringati sendiri....



1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

BUAH TANGAN 1st. UTK RAMADHAN 2012M

syukur alhamdulillah.....
terima kasih bebanyak buat En. Wan J yang pagi2 lagi dah 
menyebarkan buah tangan buat semua warga BPP meh tengok
apa buah tangan untuk kami semua.....



ini dia kurma pertama tahun ini buat kami semua.....
buah kurma yang dipacking dalam kotak cantik macam ini mmg 
'the best' lah.....

alhamdulillah jugak akhirnya selamat aku menghabiskan sisa2 akhir pengantian pose aku semalam walaupun dalam keadaan yang penuh kepayahan...fuh...
teruk...teruk....teruk, manatak ye dari pagi sampai membawak ke malam, rasa mual nak muntah bersama rasa sakit kepala aku melarat pulak.
atlast lepas bukak puasa makan ubat postant hah terus baring....lentok der..
mmg tension giler semalam...
hari ini aku dah mula 'cuti' bulanan, cepat pulak 'cuti' aku datang
lega pulak rasanya...kalu dah datang awal ini 
insyakAllah jawabnya mungkinlah aku sempat untuk menyambung ramadhan minggu depan
insyakAllah....

disebabkan hari ini (13.07.2012-Jumaat), aku jugak nak mengucapkan selamat berpindah buat teman 
yang akan berpindah ke bahagian lain...iaitu En. Khairul Mazli.
Selamat berjaya di tempat baru Khairul....
walaupun pemergian khairul ke tempat baru tanpa dapat diduga (ialah terkezut jugak dengar berita pertukaran dia) tapi rasa macam dah boleh agak jer sebab penyebabnya....
ahahaha....jahatkan...rasa hati aku ini. 
apa2 pun buat Khairul selamat tinggal ...semoga berbahagia di tempat baru
and Thank's sebab menjamu kitaorg dengan 
pulut kuning + redang ayam yang kau bawak itu...
cayalah...

BAJU RAYA ANAK2

bulan ini agak sibuk + hilang bujet
sebab apa sebab sudah hampir nak sambut puasa
maka sudah mula memikirkan raya 
bila ingat raya mesti mula memikirkan persiapan raya
macam baju raya + kuih raya + macam2 untuk raya lagi

tapi aku bulan ini aku dah mula
mengerakkan aliran duit aku keluar dengan membeli
baju2 raya untuk siputeri-puteri dan siputera ku...
mai tengok apa yang dah dapat dibeli untuk mereka tahun ini....


 ini baju2 untuk sikakak... boleh lah bergaya anak dara aku itu, tahun ini seluar jens mmg takyah beli....jimat sikit, TQ buat maksu + k.wani yang bagi seluar kat Anis....
sekarang ini bila tengok anak dara aku pakai baju cam kat atas ini nampak sangat dia dah besar...
tapi itulah kalu tengok dari segi warnanya semua nampak cam tak ceria + terang kan dan yang pasti tiada colour Pink...(eiiii anak aku + aku tak berapa sesuuueiii dengan Pink2 ini), bukan aku tak mahu nak belikan color yg terang + ceria kat sikakak tapi itulah aku lebih suka color pastel untuk 'dia' sebab aku rasa color pastel sesuai dengan warna kulit dia yang hitam manis itu.

 ini pulak untuk si terunaku yang sorang itulah...oklah kan...janji dia hensome macam 'dia' cakaplah
"adik rasa adik ini hendsome kan umi"
alahai kuat perasaan betul.


ini baju gaun yg dipilih oleh ayah...eiii apalah color camtukan..dah macam  uniform  sek. kat korealah pulak

ini pulak baju2 untuk siputeri kecil aku...tapi aku rasa macam tak lengkap jer lagi...a'hak..
selalu camtu, utk seadik selalunya melebihi dari yang lain. apa pun rasa macam tak sabar nak beli lagi baju untuk 'Ain'.

wow nampaknya gaji bulan ini pulak aku akan habiskan dengan membeli persiapan untuk aku pulak...bestnyeeee tak sabau nak tunggu gaji. janji pun dah buat aku dan kekawan akan berbelanja ke kenangacity wow best giler....tak SABAR....

mari tengok apa yang dibeli

inilah beg raya aku cantik tak?...aha' cantikkknye...
bergayalah aku raya nanti...tapinye besar gedabak, aku rasakan
ain pun bole masuk kat dalam dia a'hak....

ini pulak bingkai cermin mata aku yang bakal aku buat selepas raya wooooo
mesti cun aku pakai nanti, setelah sekian lama mencari penganti buat bingkai
yang lama akhirnya berjumpa jua.....bukan mudah utk jatuh cinta ini tau....

NISFU SYA'ABAN (15 Sya'aban 1433H - 05 Julai 2012)


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

info Sya'aban : Al-Azim.com

SELAMAT DATANG RAMADHAN....2012

SELAMAT DATANG bulan Rahmat
selamat datang bulan keberkatan....


hari ini dah masuk 14 Sya'aban 1433H
tinggal 16 hari jer lagi nak masuk ramadhan....
walauapapun bahangnye dah mula terasa....
tahun ini sudah 34 tahun aku melalui ramadhan semenjak aku lahirlah
dan aku mula terfikir Apakah sama ramadhanku tahun ini seperti sebelumnya?

Ya..Allah  aku mahu yang lain dari sebelum nya....
lain...lain yang macamana...?
aku berharap  dan aku berdoa ..semoga
HATI KU, KESUNGGUHAN KU TEGUH DAN KUAT 
untuk menunaikan ibadah tahun ini..kalu bole
aku nak memperBANYAKKKKan lagi ibadah ku ....
inilah keazamanku untuk ramadhan tahun ini....
SEMOGA ALLAH mendengar rasa hatiku....AMIN


buat kekawan aku nak buat ucapan awal like ATAS :)

SELAMAT PENGANTIN BARU IRMA + REZA

Assalamualaikum....
setelah sekian lama aku tak mengisi sebarang kata dan coretan dalam blog aku ini.
hari ini barulah aku berkesempatan dan terluang waktu...
entahlah kenapa dalam sebulan dua ini macam2 pc aku ini
sekejap ok sekejap tak...dah la
lama tak ler nak bukak blog ini...
aku pulak dalam keadaan mood yang tak seberapa
kejap ok..kejap tak
macam pagi tadi....
ialah memandangkan hari ini hari isnin....mood pun mood tak bole blah lah
rasa maleh dan tak semangat itu mmg mencacak jer dalam diri ini....

ok stop...cite yang tak best itu...ini cite lagi best

aku nak ucapkan 'SELAMAT PENGANTIN BARU' buat Irma Hasmie dan suamiye yang tercinta Reza yang dah pun selamat berlangsung pada 29 Jun 2012....
jom tengok sama2 gambar cute diorg....


sama cantik + sama padan, sesiapa yang melihat + memandang mestilah kata diorg ini pasangan yang sepadan. buat irma semoga bekekalan jodoh ini hingga ke Syurga....

Allhamdullilah...berkat kesabaran dari ujian yang telah dilalui Irma akhirnya...Allah menghadiahkan kepadanya insan yang lebih baik untuk menjadi pendamping hidupnya...Amin
bersyukurkan...bila melilhat wajah gembira + bahagia Irma terbuktilah Allah itu Maha Penyayang terhadap Hamba2....
lihatlah betapa Allah itu telah memberikan banyak kebaikan buat irma...dari perubahan diri dengan hidayah yang diterima hinggalah pada ketentuan jodohnya.....

bila melilhat irma aku terfikir sendiri....aku jugak sebenarnya antara insan kesayang Allah...cuma aku sering lupa dan alpa dengan nikmat yang diberinya...


Ya.....Allah aku bermohon ampun kepadamu ya...Allah, sesunggunya aku bersyukur dengan rezeki yang kau beri dan jodoh yang kau tentukan buat ku....Amin Ya Allah.

TAHNIAH KEKAWAN - BADAN KEBAJIKAN BPP2012

Buat teman2 seperjuangan...ucapan sekalung TAHNIAH buat anda yang telah berjaya dicalonkan sebagai wakil AJK badan kebajikan BPP sesi 2012....

Alhamdulilah...sesi pencalonan berjalan dalam keadaan yang cukup baik dan meriah sekali, buat...
YDP (En. FAIZ...) nampaknya ini tahun awak ler yang kena goreng pulak...dipadankan pulak dengan TYDP (Jeffry) yang terkenal dengan kesenggggallannya itu...Adoiiiiilah sabaou jerlah.

TAHniah tak terhingga jugak buat Sahabat....Masnida(Setiausaha) yg tak pasti adakah setia wahhhwahh...
Hanan(Bendahari) bersama Shahida(T/Bendahari) alahai...sopannye, Harizawati(wakil AJK - sewa), K.Midah(wakil AJK-P'tadbiran), Zalhafiz(wakil AJK-Projek),Razmi(wakil AJK-selengara), k.mas(wakil AJK-kontrak) dan K.Umie(wakil AJK-pelaburan).

so...bagi kekawan + sahabat sekelian kita doakan ajerlah semoga wakil yang dilantik ini dapat menjalankan amanah ini dengan lebih baik ...CHAIYOOOK.





* best giler dpt tgk...gelagat masnida tadi kelakorrr giler minah itu....Opocoooot. terimas jugak buat kekawan yang murah hati membelanjak warga BPP kali ini dengan makan pagi dan makan tengahari..semoga dimurahkan lagi rezeki kalian...Amin.
* tak lupa untuk puan ZAITON-Terima kasih diatas kerjasama selama kita bertugas bersama...macam k.Ton kata tadi kenangan diSini BPP merupakan kenangan terindah yang pastinya sukar utk. dilupakan ....

ceian AIN ...2

Ain chek-in lagi Wad Ar-Raihan...alahai (20.4.2012-22.4.2012)
dalam bulan ini dah kira 2 kali Ain menjejak kaki kesini...dengan serangan sakit yg sama (Asma)
ceian Ainnnn sesangat....masuk kali ini pun sama cam ari itu jugak chek-in hanya dihujung minggu (sabtu ahadlah), dan bole pulak satu wad dengan Irfan(anak Aisya) rupanya irfan dah hampir seminggu kat sini...sakitnya : demam +  kahak.


kemasukan Ain kali ini memang memberikan tekanan buat Ain termasuk aku jugak. ain macam takder mood jer kali ini, tak suka nak senyum...takmahu nak beri kerjasama untuk buat rawatan dan makan ubat pun susah sangat. memang nampak sangat ain seolah-olah dah bosan dengan semua ubat2 dan rawatan yang biasa dia kena buat....tappi itulah nak buat camnakan, itu satu rutin yang memang Ain kena buat kalu Ain nak sihat. aku jadi kesian dengan ain...dalam hati aku ini 'rasa macam jemuiiih jugak' tapi aku nak buat camna, aku pun berharap sangat Ain bole cepat sembuh, sihat sejahtera. tapi itulah mujurlah hanya 2hari 2 malam jer...MUJUR
-
-
-

ini ain adolah ceria sikit...sebab kakak ade datang meneman dia kat hospital. sukalah sangat dia bila kakak dan abang datang melawat dia


inilah tempat yang paling banyak aku laburkan duit aku...kalu setiap kali turun jer kat tgk.1, kat sinilah aku membeli belah alahai....habis duit umi
 -
-
-
inilah antara tempat dan lokasi dalam wad yang aku selalunya bawak Ain buat pantauan(jalan2 ronda)...selalunya setiap malam, dan of couse kalu malam pertama duk sini, Ain mesti suruh aku buat rondaan dulu sebelum dia betul2 nak masuk tidur...tak ker letih di buatnya...dalam satu malam hampir 10 kali dan lebih aku berjalan mengeliling wad ini, sampaikan semua staf dari kakak PAR sampai Jururawat kenal Ain + aku jugak...haila.

ini ruang menonton...

inilah bilik Ain kali ini 11-1

tengok itu muka tak ceria Ain


KECIAN AIN MASUK WAD

kecian ain setelah hampir 6 ari sakit yg membuatkan dia terpaksa berulang alik ke klinik untuk rawatan gas...akhirnya petang jumaat (06.04.2012) Ain kena jugak masuk wad.
tapi mujurlah tak lama cam selalu itu...itulah macam wcik(kelut) cakap kalu tak chek-in kat PUSRAWI tak sahlah ain ini...ini sebab rindu kat Dr. Ruzini + PUSRAWIlah kot sebb itu ain masuk jugak ke PUSRAWI....
acecece.... sedapnye...aku jugak yang membengkek.
mana taknye..kalu anak masuk wad umilah yang susah. susah ati + susah diri..tapi itulah walauapa pun..umi tetap sanggup hadapi sama ain sebb umi saaaayyyangg Ain...I LOVE UUUUUU kan Ain


mai tengok muka ain masa kat wad.... ini kemasukan Ain yg pertama bagi tahun 2012 tau...kalu tahu lepas 2 kali ain chek-in... bulan 3 sekali dan bulan 10 sekali.




makin besar makin banyak keletah dia...penat nak layan. 2 malam kat hospital, 2 malamlah dia buat hal...tapi tak leh nak salahkan dia. mungkin dia tak selesa nak bermalam kat hospital, mcm aku gak...cian ain umi faham sayang.....utk semua staff wad ar-Raihan, kak. hanom, kak. azila, kak tipah dan student nurse yg bertugas dan teramat berteima kasih pada Dr. Ruzaini yang baik hati.....

koleksi novel yg mendapat tempat dihati MAC 2012



aku ini mmg tak pandai nak megukir kata2 apatahlagi nak mengkritik cerita...apa pun 3 novel diatas mmg memuaskan hatiku...
suke sangat....