EN. FAIEZ...SELAMAT PENGANTIN BARU


 SELAMAT PENGANTIN BARU...
En. Faiezasham & pasangan tercintenyerrr Ainul Mardhiah...
couple yang sweet sangat...bak kata org tua2
bagai pinang dibelah 2,
bagai cincin dan permata....
so...Masnida Mohd Ali...jangan sentap OOOOOK. a'hak.... 

pada 23 Mac 2013 (Sabtu) yang lepas,
aku sekeluarga, lin sekeluarga, azwan, zaza dan tak lupa dalila
kami beramai-ramai telah mencemarkan duli menghadirkan diri ke kenduri en. Faiez ok
kiranya kami ini wakil dari BPP (Bahagian Pembangunan & pelaburan)lah.
aku pon kalu ikutkan, cam tak jadi nak pi..tapi itulah last mint cadang nak pergi itu datang sebab aku nak balik kampung.
kampung aku pon tak ler jauh mana pon dengan kampung en. faiz inikan...
bak kata orang...orang kampung jugak.


comelkan...pengantin ini...sesuuuai gitu...

tengok siap ade persembahan silat lagi tau..best  kitaorg tengok, walaupon dlm keadaan cuaca yg panas

acara persilatan bersama iringan musik gamelan....bestlah dengar musik camtu

tengok kitaorg sempat bertgambar dengan raja & permaisuri sehari


apa pon..buat En. faiz dan isteri... semoga berbahagia hingga ke syurga....dan di kurniakan cepat2 cahaya mata yang soleh dan solehah...Amin.................

jom join dinner k'wangan d' Vistana Hotel

abang selalu overdose tau...ceyuuum cikit baby...ala malulah itu

yo kakak cepat berikan pose yang gembap sikit..abangkan selalunya macho...

anak daraku...yang tersipu malu...malulah sangggat....

inilah pepatah wawan kata 'anaknya burit bapanye...bintik'alahai anak rosak pepatah melayu dibuat kau nak oiiii
sama tak ...inilah satu2nyer anak jantan ayah....
kalu buat perangai senggalnyer samalah dengan si Ayah...bole tahan

ain yang tomel...hm....cedapnyer umi...

bersama girl2 ku .....ala adik nak buat peace pon tak tahu

sama tak...? sapa lagi cute...?

inilah antara hadiah yang dapat dibawa balik malam itu

jangan jelous ok...happy couple ever and after....(mak aku dah gemuk...tak sukaaa waaaa)
malam jumaat yang lalu (08.03.2013) Bahagian Kewangan (tempat cikhubby saya bertugas) mengadakan dinner sebagai acara tahunan...tak seperti tahun2 yang lalu, mereka merancang buat family day tapi tahun ini mungkin dah tak cukup masa so...dinner jerlahkan...
namun begitu dinner malam itu meletop ok...aku suka dan happy jer...
tambahan pulak takler berapa ramai yang hadir kalu ikutkan bukan kesemua staff kewangan yang datang.
terima kasih hubby sebb bawa kami sekali...dan terima kasih jugak buat teman2 di kewangan yang sudi menerima kedatangan kami...BEST..

HAPPY B'DAY KAKAK KE-11TAHUN

Allah selamat...kan kamu...
Allah selamat...kan kamu....
Allah selamat Nur...Anis...
Allah selamatkan ...kamu

buat kakak babyku yang sulung...
hari sabtu( 09 Mac 2013) yang lalu
genaplah usia kakak ke-11 tahun...
kakak dah semakin besar
dah semakin meningkat usia menjadi remaja..
tak sangkakan aku sudah ada anak dara...

tahun ini walaupon umi tidak menyediakan hadiah buat kakak...
tapi umi, ayah dan adik2 amat2 berbesar hati dengan kakak

umi doakan....

1. buat baby sulong umi yang telah umi lahirkan 11 tahuun yg lalu...semoga kakak menjadi anak yang solehah, diperkukuhkan iman dihati dan hidupmu diberkati...Amin

2. umi harap kakak berjaya dalam hidup kakak...walau apa pun yg kakak usahakan.

3. kakak akan menjadi tunggak kepada adik utk menempuhi cabaran.

4. dan semoga kakak berbahagia selamanya...happy ever and after.....

disebabkan hari jadi kakak jatuh pada bulan yang sama dengan adindaku (azila @ kelut) so...semalam kami telah meraikan di Pizahut, Sentul Raya ajer...
jom tengok beberapa pic yg sempat diambil....

inilah kek yg wancik sempat belanja....

gaya2 spontan...si boy itu tetap jugak terover + plusss
inilah b'day girl...ala abang ini cibuk jer tau..suka overdose

MAJLIS perhimpunan perdana ulamak-umara-asnaf di BUKIT JALIL (05.03.2013)

hari selasa yang lepas...seluruh warga MAIWP berkampung di 
stadium Bukit Jalil untuk memeriahkan perhimpunan ini
bersama asnaf2 yang ramainya ya...Ampun ler..
bukan asnaf jer yang datang....pelajar IKB, IPB, PIKOM, SMAMAIWP dan IMTIAZ jugak
kiranya betol2 memenuhi stadium jugak ler....

aku yang hadir ini hanya sebagai pemerhati ajerlah...
dah penat jadi pemerhati seawal 10 pagi aku dah blah...
maleh weh nak terconggok kat situ lagi
dengan panas dan ramainyer manusia
aku rasa rimas dan maleh ya...amat

dari apa yang aku perhatikan
kebanyakan ramai yang hadir ke Bukit Jalil bukanlah sebab PM semata
tapi kerna imbuhan yang diharapkan
walaupon tak seberapa...
itulah manusiakan...
pantang dengar 
pantang melihat
walaupon imbuhan itu sekecil mana, sedikit mana pon
masih mahu mengharap
apa2 pon alhamdulilah 
majlis yang telah dipersiapan oleh warga MAIWP
selama 2 minggu ini berjaya jugak 
merealisasinya
TAHNIAH kekawan....



kemeriahan EVEN terbesar tahun 2013

EVEN terbesar tahun 2013
pembukaan bagi tahun ini...
MAJLIS PERHIMPUNAN PERDANA ULAMAK-UMARA+ASNAF
BERSAMA
YAB PERDANA MENTERI

pada

05 MAC 2013 (Selasa)

bertempat

Stadium Bukit Jalil 

ini tengah sibuk giler ini menyiapkan tag utk para peserta, urus setia, para media dan entah ape2 lagi lah...ponat den tau

sambil buat keje sempat lagi makan tau...itu dah mmg WAJIB

ini antara org2 kuat Ok...sampai sanggup datang ari Ahad utk jayakan usaha

AL-FATIHAH

AL-FATIHAH buat bapak mertuaku yang ku kasihi...
ABDUL HAMID MAIDIN
semoga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...Amin....

selasa (26.02.2013) lebih kurang pukul 9 pagi..(menurut kata abg ipar aku yg mengaja dia), bapa mertua aku telah disahkan meningal dunia...ketika itu seperti pagi2 yang biasa, dia akan dimandikan oleh abang kadir, namun rupanya pagi itu, merupakan pagi terakhir abang Kadir dapat memandi dan berbakti padanya.

setelah hampir 10 tahun dia (bapa mertua aku) menangung sakit...akhirnya dia telah selamat kembali ke Penciptanya di usia 99 tahun. kalau ikutkan bapak mertua aku ini panjanglah jugak umurnya.
alhamdullilah kami sekeluarga selamat jua sampai ke kampung (Sg. Kota) lebih kurang pukul 4 petang, dan sempat melihat jenazahnya.

walaupon aku tidak begitu lama mengenalinya...namun saban tahun aku biasa melihat dia yang terbaring dikatil. dan aku akui bapak mertua aku bukanlah orang yang menyusahkan anak2 mahupon menantunya. sehingga hari kematiannya tiada kesulitan yang ditanggung oleh orang sekelilingnya...dan segalanya berjalan dengan lancar dan baik.

Al-Fatihah sekali lagi buat Ayahda tersayang...


FEBRUARI YG SAKIT....

kenapa aku kata bulan ini bulan sakit..ieyalah...
dari awal bulan sampai nak ke akhir bulan dari anak2 sampai le ke aku dan hubby semuanya mengalami belbagai sakit. sakit yang berbagai....

aku tahu sakit itu satu penyucian..penyuci dosa-dosa kita
penyakit itu satu penawar...penawar kepada hati yang tidak bersih
penyakit itu satu dugaan yang perlu diharungi dengan penuh kesabaran...
walau apapon aku harus tanganinya dengan kesabaran betol tak?

deretan sakit yg mengundang....

bermula 05.02.2013 kakak tidak sihat dengan lelah yang tetiba datang menyerang....
mungkin jugak salah aku sebab membawa dia berkelah dan bermandi manda di sungai Gabai, Ulu langat pada 03.02.13, saja menghabiskan masa dengan mak dan geng biasa(kelut & maksu sefamly) di tempat berkelah.

pulang sahaja dari berkrusus selama 3 hari di Kuantan..
aku terus tak lena tidur dengan Ain yang mula demam dan lelah juga...haila adik ebrjangkit dengan kakak yeee...

dan si adik abang pon yang selalunya antibodi yang kuatlah jugak dibandingkan dengan adik beradiknya yang berdua itu...tetiba jer jatuh sakit jugak.
bermula dengan serangan resdungnya...terus teruk jadi semput pulak....
sampai semalam ayah dia ulang alik 2 kali bawak dia buat rawatan lelah di klinik.

aku pulak 12.02.13 itu tetiba pulak bole terjatuh dari tangga dan menyebabkan kaki terseliuh dan terimalah MC selama 2 hari...mujur jugak tak teruk tau. Alhamddullilahhhhh
sekarang demam Ain masih jugak tak kebah...masih demam tapi itulah demam malam...
aku risau jugak,
kalu Ain masih berterusan demam aku ingat nanti nak bawak Ain utk chek-up kat Dr. Ruzini jer. ialah takut jugakkan...kiranya lama jugak demam dia itu dah nak masuk 2 minggu...

apa2 pon aku berdoa dan berharap....semoga apa jua penyakit yang datang itu tidak memudaratkan aku, anak2 dan huby...AMIN

MY LOVE HUBBY

terima kasih Allah untuk kebahagiaan ini....
BAHAGIA...ya aku akui aku terlebih bahagia kini...
dan aku sentiasa berharap dan berdoa 
aku & cik Hubby & anak2 akan terus BAHAGIAAAAA

ari ini aku hanya ingin mengongsi sesuatuuuu
sesuatu yang sudah mula bermain-main difikiran....
aku sendiri tidak tahu kenapa mesti aku keliru 
oklah tak yah nak panjang lebar terangankan soal hati yang aku sendiri tidak tahu menjelaskan bagaimana???

Cik Hubby yg tercinta....
dia yang aku kenal hampir 13 tahun...
yang aku kongi hidup hampir 12 tahun...
yang bersama aku suka dan duka...

aku mengaku sepanjang mengenali si Dia.....
aku masih malu padanya...
aku masih rasa ingin terus mengenali Dia...
aku masih ingin terus mendekati Dia...
aku masih terus inginn sentiasa bersama Dia

untuk mengenali Dia lebih dalam..
untuk mendekati hatiku dengan hatinya
untuk terus hidup disampingnya....
Dan untuk menjadi Permaisuri hatinya sampai bila...bila....bilaa

semenjak dua ni...aku terasa sesuatu
aku menyedari sesuatu
yang aku rasa aku tidak pernah melihatnya
aku tidak pernah merasainya?...

Perilaku Si Dia tampak berubah walaupon tidak ketara....
aku mula rasa sesuatu yang menurut hatiku...
something yang perlu aku titiberatkan...perlukan lebih ketelitian...
untuk aku tahui apakah?
perubahan ini menarik dia kepada arah yang lebihhhh Baik atau?????

si Dia yang dulu ku kenal...
*seorg yg coolll bole katakan...org yg tiada perasaan,(mungkin hanya padaku
kerna aku tidak pernah lihat sinar cinta dan kasihnya di matanya untuk ku)
* si Dia tidak pernah mengongkong aku dalam status yang ada (Perkahwinan) 
* kami mempunyai kehidupan sosial yang tidak pernah kami campuri antara satu sama lain...(aku senang begitu, kerna bagi aku dia seorg yg understanding...memahami jiwaku yg tidak suka dikongkong)
* si dia yang aku kenal sentiasa bersikap berwaspada pada ku...(seolah-olah takut untuk mendekatiku....)
dan beberapa sikap lain yang aku sudah biasa lalui denganya bersama....

Namun kini....

si Dia yg aku kenali kini....
* dia seolah2 memberikan perhatianya buatku...(oooo betol2 mengelirukan)
* aku lihat sesuatu yang tidak pernah aku lihat dulu dimatanya...(apabila aku memandang matanya...aku lihat sinar dimatanya...apakah sinar Cinta & kasih sayang untuk aku?....kalu benar YA ALLAH aku benar2 bersyukur YA ALLAH...kerna setelah 12 tahun bersamanya...baru kini aku menrasainya...)
* siDia mula menitik berat setiap langkah ku...(ini kekadang buat aku, geram...jugak)
* si Dia mula menitik berat tentang penampilanku...(sesekali ada nada cemburu bila dia menegur cara penampilanku)

aku buntu memikirkan perubahan-perubahan itu...KENAPA???
namun walau apapon perubahan itu, aku hanya berharap biarlah
sesuatu yang baik dan lebih baikkk
semoga jodoh kami terus kekal hingga ke Akhir Hayat dan seterusnya ke SYURGA...Amin YA ALLAH
Sesungguhnya YA ALLAH hanya kau yang lebih tahu...dan aku sebagai hamba mu hanya mampu meminta yang terbaik untuk Ku..

AKU INGGIN BAHAGIAAA.... YA ALLAH.


DINNER D' Le Chateau de Puah Restaurant

D' Le Chateau de Puah Restaurant

kat mana itu???
ala kat Kg. Puah jer...seberang sungai Dato' Senu jer...tau
tempat kesukaan aku + la...
sebab apa ???...
1. tempatnyer yg damai, selesa, dan best
2. menunyer yang menarik dan sedappppp
3. bole booking tempat yg kau rasa nak...(kalu mcm aku selalunyer dlm biliklah)
4. tempat yg agak berdekatan dgn umah...mudahkan
5. harga yang berpatutan
6. tempat makan ini jugak ada sekali dgn SPA ok...
7. aku suker dengan deko..deko dia..ala timur tengah gitu.
jom pic Le Chateau de Puah



semalam aku dan la belanja mak makan kat sini...
mcm biasa dalam setahun kami mesti akan ke sini...
bukan aper...mcm yg aku listkan kat atas lah kan.
lagipun kalu tak datang mcm tak best pulak....

family kelut yg tercheeente....2+4 dah

anak kesayangan + mak yg terbaek

keluargaku yg terchenteee...1+1=3 dah

kanak2 rebina yg selalu havockan suasana terutamanyer yg dibelakang sana.....

2 sikecil yg berbagai ragam...nampak cam ngam tapi tak sebulu OK...ikut mood
meh...
tengok menu-menu malam kami
spagetiii uuntuk kakak...westenlah konon

mee rebus untuk ayah...

kentang goreng untuk si kecik + roti taliban untuk umi...
sajer nak rasa...

untuk pencuci mulut umi pilih salad buah..
sedap...dan kenyang giler sampai ke pagi
balik jer terus tertidur kekeyangan dan kepenatan....
oklah nak buat persiapan esok untuk balik 
KAMPUNG....

HASIL DARI JARI JEMARI KAKU

hari sabt ari itu (19 Jan. 2013) aku pagi buta lagi dah bangun tidor
sebab aper?....sebab aku nak ker BENGKEL sehari membuat jubah (YASALMA)
disebabkan keterujaan..rasa gemuruh pulak
mana tak nyer...akak ini bukannyer kretif + rajin orang nyer...
so selalunyer akak yang pemalas ini memang menjarakan diri untuk belajar benda2 hasil tangan ini
tapi kali ini akak betol2 rasa teringgin pulak nak belajor..
bak kata org dah sampai seruuuu lah itu...hahahah....

kali ini...aku bukan nak cite pasal belajor itu...tapi aku nak tunjuk
hasil aku belajor...nak sebabkan keterujaan untuk merealisasikan ilmu yang belajor
aku dengan penuh kesungguhan dah pon menyiapkan
2 dress sendiri OK...

ini dress pertama utk si dara aku (Anis)
ok ker kakak?....tapi kena repair dan touch lagi ini...

ini pulak dress pertama aku...wah nampak betol bulat2 besar kecik itu kan..
bila dah dicuba pakai...wah...mavelof...eleh..memuji diri sendiri (syok sendiri)
a'hak...
apa2 pon...aku BANGGA diri aku..sebab berjaya jugak akhirnya menghasilkan dress macam yang aku mahukan...lepas ini bolelah kembangkan idea sendirikan....

oklah nanti aku citer pasal belajor menjahit dress ini ok

BENGKEL SEHARI MEMBUAT JUBAH

BENGKEL SEHARI MEMBUAT JUBAH! ?????

WOW...bestnyer....
inilah masa-masanyer...yang aku tunggu2...
aku memang minat gilerrr kat YASALMA ini...
sebab apa?....
sebab aku suuuukkkkkeeeee seeeesaangggat rekaaan dia....

eiiii tak sabooo akakkk.


Salam semua bakal2 tailor...jumpa 19 Jan 2013 ni ye Insyaallah sy akan pastikan anda semua pandai buat jubah sendiri malah yakin ambil tempahan dari kawan2 macam peserta2 yg lepas ada juga yg dah buka butik online mahupun ofline dan maju Alhamdulillah.......tahniah2 :D

Jom2 join jgn fikir yuran mahal (diakui mahal,tp sebenarnya MURAH) sebab sejarah lepas membuktikan para peserta mampu `UNTUNG` berganda2 dengan ILMU JAHITAN yang sangat sukar ditemui HANYA DALAM SATU HARI! Ye ikutkan tk sampai satu hari...10am-5pm saja...


Penyertaan hampir penuh, oleh itu kpd yg serious bole terus bank in deposit RM90 ke Maybank Siti Salmah 164089818416 dan emailkan NAMA/hp/slip pembayaran ke bengkelyasalmayahoo.com

Promosi RM290 sahaja termasuk bahan :)
TQVM


inilah lampiran dari facebook dia ok....
disebabkan aku terexcited sangat nak join 
aku dah pon buat bayaran deposit pon...
ini hah...

aku dah rasa mcm tak sabau ajer nak tgu ari Sabtu (19.01.2013) ini...
tak sabau nak belajor 
tak sabau nak hasilkan jubah sendiri
tak sabau nak tengok hasil yg terlahir
dan tak sabau nak pakai hasil tangan SENDIRI...alahai...TERUJA NYERRR

sebelum itu apakata jom tengok hasil tangan yasalma yg buat aku jatuh chente...












CANTIK KAN...MAVELOOVE.

TAHUN 2013

ASSALAMUALAIKUM....2013....

walaupon agak terlambat untuk aku mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU"
bagi kedatangan 2013....
namun....aku tetap menyambutnya dengan rasa gembira.

ALLHAMDULLILAH....syukur kehadrat Illahi kerana aku masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T
bernafas di dunianya ini, masih lagi dibenarkan hidup bersama insan2 tersayang....Amin Ya Allah.

sebenarnya banyak perkara yg berlaku bagi pembukaan tahun baru ini...perkara yang tidak baik, tidak bagus ....walaupon begitu aku berharap selepas apa jua yang berlaku ini....membawa lebih kebaikan dan rahmat buat aku sekeluarga....kerna aku tahu ini semua adalah ujian buat kami.
menguji kesabaran dan menguji jiwa2 kami dalam menghadapi musibah yang terjadi.

apa2 pon...masih ade berita gembira yang aku inggin kongsikan bagi pembukaan 2013 ini...nak tahu ape die...hheheheee...
aku dah pon menyelesaikan Hutang Peribadi aku di Bank Islam....YAHOOOOOOOOOOO.....
akhirnya setelah 7 tahun berlalu....kalu tengok macam dah lama kan....
kalu ikutkan kontrak hutang itu dikira selesai pada bulan April 2013...tapi
itulah aku ini ada sifat kurang sabar sikit...
bila dah ade kelebihan duit sikit apalah salahnyer kan aku selesaikan ajer
hutang yang ade itu...itu pon bakinya dah tinggal sikit jer...