impian deco bilik si dara + si teruna

ari itu anak2 bukan main seronok memilih deco mcm mana buat kat bilik diorg...melalui gambar yg aku search kt internet.
kelakar pun ado... ialah bukan main lg diorg...lebih dari uminya.
 ini antara rekaan yg telah dipilih :

 aku minat betol kat hiasan bilik dia...cantikkan sesssuaiii sessangat utk. bilik anak pompuan kan. aku dah tengok2 telek2 kat beberapa kedai, dan rambu ramba itu...tengah tunggu masa jer nak beli.

 bg..gambor yg kat atas ini aku suka stail perabot dan susun atur bilik ini...sesuai utk bilik kecil. aku ade jugak ler cadang2 nak sesuaikan dengan siteruna aku...dia pun suka jugak.

 color bilik ini sebenarnya sidara suka sangat...dia kata dia tak minatlah kalu bilik dia dicat dengan serba pink. dia lagi suka kalu warna purple ini, inilah jiwa anak dara aku nampak sangat tak berjiwa keperempuanan (gudek's-gedik gitu) mcm uminya jugak hakhakhak.....



sweet dan simple itulah yang aku suka...mungkin bole diaplikasikan buat rumah tomel aku.
apa2 pun aku mmg dh bersemangat dah ni nak mendecokan bilik2 anak2 kesayangan aku ini...semoga diorg ini lebih gembira berada dirumah...akukan nak menjadikan rumah itu syurga dan yang paling penting walaupun rumah itu kecil (comel)...tetap rumahku sendiri yang aku bebas untuk menghiaskanya... dan yang paling utama apa2 pun ikut ler buget sendiri...janganlah pulak kerana nak sangat melawa sampai sanggup pulak berhabis sakan...biarlah lakukan secara beransur-ansur...janji hasilnya kita sendiri suka...kan(ini hanya untuk ingatan sendiri)!

impian 2012....(cerita tertunda)

bulan januari 2012 dah nak hampir masuk ke minggu -3, tapi aku baru nak cite pasal impian untuk tahun 2012.
lambat sangat nak up-datekan...a'ha bukan salah aku tapi teknologi ini yang lambat + lembab....
dah beberapa ari aku cuba nak login, tapi tak jugak dapat2..atlast hari ini dapat jugak aku login blog aku yang tak seberapa glam....
menyampah....ini semua sebab komputer aku punye pasal. tak tahu manaler datangnye masalah itu....sama ada line yang lembab atau komputer aku yang dah berat sangat dengan semua benda ini ker yang buat dia susah nak login....
dahlah tak yah nak bebel lama2 buang masa jer kan...now...aku excited sesangat tau nak bagitahu impian aku untuk tahun 2012 pulak.
macam tahun2 sebelum nya...aku sentiasa memasang impian atau angan2 untuk aku capai atau aku inginkan bagi tahun tersebut.
macam tahun lepas...impian aku untuk renovision rumah tercapai jugak, walaupun hanya renovision kecil-kecilan tapi itu sudah cukup memandai bagi aku yang hanya hidup dalam golongan sederhana ini...dan beberapa keinginan aku dapat dicapai dengan baik...aku SUKA SANGAT, terutamanya dapat menyelesaikan hutang kereta Arwah AyahKu yang tersayang (apak ija dah selesaikan hutang kete apak itu, dan ija janji akan jaga kete itu baik2)....selamat jugak, dah kurang beban aku satu...Alahamdullilah.

dan bagi tahun ini tahun 2012...impian aku adalah :-

1. yang utama...tukar PETI SEJUK (mcm..abg.Mei cakap...dah puluh tahun peti sejuk aku itu...dah sepatutnya aku tukar...yang lebih besar mengikut keperluan keluarga aku sendiri yang dah semakin bertambah) yg ini memang dah patut SE...saaangat... ialah aku pun dah berkahwin hampir 11 tahun, sedangkan peti sejuk itu dah bersama laki aku dari masa dia bujang lagi so...aku sendiri tak dapat anggarkan berapalah usia diakan.

2. tahun ini...aku bertekad untuk membuat simpanan secara tetap ke akaun ASB + BANK RAKYAT tapi tak ler banyak pun RM10 jer sebulan. dan simpankan sikit kat akaun 3 org. anak kesayangan aku itu. (Insyak-Allah semoga Allah menetapkan hati aku untuk teruskan usaha ini)

3. tahun ini jugak aku bersemangat lebih pada mendeco (tak kisahlah apa pun bahasa yg aku pakai) rumah aku sendiri...bestkan kalu rumah kita jadi cantik...hm...BESTNYeeeee

itulah 3 impian aku bagi tahun ini, tapi keinginan yang sampingan yang lain rasanya hanya mengikut keadaan dan mood kot....

oklah kita tengoklah nanti....apakah impian aku ini akan terlaksana ok...


Marah itu Tanda Kemenangan Syaitan...

baguskah kalau marah jer ugut2 orang..marah jer doakan yang tak baik pada orang lain....agak2 lerlah
perangai macam itu baik sangat ke?
kalau pun pernah berbuat baik pada orang lain....tak perlulah nak diungkit dan diulas segala hal..tentang yang lalu2 itu..konon2 nak bagi ingatan balik pada orang yang berkenaan tentang kebaikan dimasa lalu itu.
kalau segala perbuatan dan pemberian yang pernah dilakukan dulu atas nama KEIKHLASAN maka
kenapa perlu ada UNGKITAN ATAU ULASAN dikemudian hari....itu namanya TAK IKHLAS PUN....
kesian bagi teman yang telah diugut oleh si polan ini....
kalu aku ditempat dia pun akan terguris hati buat sekian kalinya...
luka lama baru nak mengurang sakitnya...nak ditambah lagi ker garisan luka itu
bagi 'sahabat' teman yang telah dilukai buat sekian kalinya...berbanyaklah beristigfar....bagi meredakan rasa api yang disemarakkan Syaitan itu.
anggap sahaja ini semua dugaan utk kau tempuhi sepanjang masa ini....
sabagai sahabat aku + yg lain akan sentiasa menyokong diri mu...dan don't worry Honey...

* bejarlah menginsafi diri..renung2kan diri sejahat mana atau sebaik mana anda...so...

Hari Pertama bagi Sek. sesi 2012

buat abang ngah + kak long
selamat memasuki persekolahan sesi 2012
pagi semalam bukan main ceria muka anak2 umi ini
semangat baru kot....
macam dalam gambar dibawah ini
umi doakan semoga semangat untuk pergi belajar dan 
menuntut ilmu ini akan terus berkobar...
janganlah hendaknya hanya separuh musim jer..ye

tapi ari ini teringat pulak dialog siteruna...
"umi..esok umi antar adik tak masuk kelas"
alahai abang masih terasa dirinya kecil lagilah itu...
tak ingat dirinya dah pun makin besar dah 
masuk tahun 3 pun...
dan yang pasti jawapan aku
"abang kan dah besor...dah tau mana nak cari kelas sendiri'
"tahun lepas bukan dah masuk kelas baru lupalah itu...otak asyik ingat game jer" 
(dalam nada pura2 marah)
itulah perangai anak ke-2 aku...
masih terasa dirinya kecil..
tapi sebenarnya sengaja memanjakan dirinya
semalam bila melihat dia memakai unifrom sekolah(baru berganti)
dah nampak makin besor si teruna aku ini....
kakak pun sama....
tersenyum aku sendiri....mengenangkan anak2
yang dah makin membesar

selamat datang 2012....

SELAMAT...SELAMAT DATANG 2012
pejam celik dan pejam balik..2012 dah pun muncul...
so..dengan rasa aluannya aku nak bagi sesuatu untuk permulaan 
tahun ini
nah! ambik kau

so..apa azam tahun ini...
kalu tanya sama aku..JAWABNYA
entah....kaburrrrrr
yang penting dan pasti
aku berharap bersama doa
semoga tahun ini membawa lebih keberkatan,
berbahagia bersama keluarga tersayang, 
rezeki berkat dan dilimpahi
dan 
semoga iman dan taqwa sentiasa teguh dihati + jiwa
dan 
semoga dijauhi dari malapetaka dan dari jiwa2 + hati2 syaitan manusia durjana

AMIN YA ROB'BIL ALLAMIN......