puasa ke-10

ya..ALLAH rupanya sudah masuk hari kesepuluh umat islam berpuasa, syukur Alhamdullilah aku telah mula berpuasa kembali, hm...untuk menceriakan blog aku ini apakata kita berlihatkan sedikit kisah ringkas yang aku kutip dari internet ini. lihat dan renung2kan..

Di sini saya ingin berkongsi mengenai kisah akal yang mudah tunduk kepada perintah Allah dan nafsu yang sangat degil untuk tunduk kepada perintah Allah semasa ia mula-mula diciptakan oleh Allah.

Sesungguhnya Allah telah menciptakan akal, maka Allah telah berfirman yang bermaksud: “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah, kemudian Allah berfirman yang bermaksud “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah menciptakan pula nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud: “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, “Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat degil dan engkar kepada perintah Allah. Oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu yang berada dalam diri kita itu, jangan biarkan nafsu itu yang mengawal diri kita, sebab kalau nafsu yang mengawal dan membawa kita ke arah keburukan kita maka kita akan mendapat kemurkaan dari Allah.

Berpuasa adalah cara untuk mendidik dan menundukkan nafsu yang degil. Apabila berpuasa, kita tidak mengikut keinginan nafsu seperti makan dan minum sebaliknya kita mengikut perintah Allah supaya berpuasa di bulan Ramadhan. Maka dengan itu, nafsu telah dididik untuk berpuasa dan mengikut segala perintah Allah. Gunakan sebaiknya bulan Ramadhan yang bakal tiba untuk mendidik nafsu yang degil ini supaya kita akan mendapat banyak keberkatan di bulan Ramadhan kali ini.

bila membaca kisah diatas diserta pulak dengan iringan lagu TOBAT dari WALIBAND insaf dan takut rasa hati, barulah tersedar diri ini juga antara yang sering mengikut telunjuk nafsu ajer...his...his

catatan puasa hari ke-8

hari ini sudah memasuki ari ke-8 berpuasa, aku pulak dah tinggalkan 6 hari pose aku...ooooo tak bestnye. walaupun tak berpose dibulan pose ini bukanye bole makan pun, kalu nak makan kena sorok2 tapi yg bestnye ade member yg turut tak pose sama sape lagi kalu bukan nini coklat celup2 itu. cite bab tak pose ini ingat pulak cite la(adik kesayangan akak) semalam, ade ke patut pengarah tempat keje dia sound ' bagi orang yang tidak pose tahun ini (utk pompuan ajer) dilarang makan makanan yang berbau', kononya takut mengugat iman orang lain yang berpose ish..ish nampak sangat kat IPK (institut penyelidikan kesihatan) itu tak kuat imannye kan..kan. kesian pulak bagi depa yg tak bole pose itu terpaksa ler sama2 menahan lapor kalu nak makan juga baham ajerlah biskut kering, biskut kering kan tak berbau hahahah.....
mujur ler kat sini tak cam itu...siap bole buat kenduri megi lagi...pepagi lagi sibuk keluar masuk bilik sembahyang dengan alasan jemaah solat dhuha....wawwawa....kelakor betul. tapi apa2 pun aku harap2 esok aku dah bole pose balik yoreeee....esok pose tak yah nak ganti banyak2, tak mampu beb.
klu org. pompuan tak pose rasenye tak ler heran sangat kan tapi kalu org lelaki cam na pulak, zaman sekarang ini mmg tak jadi pelik pun sebb banyak sangat dah org lelaki berbangsa melayu yang tak menghormati bulan rahmat ini. bukan saja tak pose tapi dengan bangganya pegi beli makanan dan makan secara terang-terangan kononye sebab keuzuran yang datang bila dibulan pose jer...ish..ish teruk3, bagi jantan2 yang berperangai begini mmg dilaknati ALLAHlah perbuatan mereka itu, aku ini mmg tak suka dgn benda2 cam ini...nak nasihat kang rasa cam buang air liur pulak ialah yang buat perangai jahil itu semuanya dah tua2 belaka....entahler dunia di akhir zaman.
arioyusssss semoga dibulan rahmat ini hidup kita semua diberkati pada yang beramal...renung2kan.

KIM TAE HEE & KIM HYUNG JOONG & LEE JUNG KI * LEE MIN HO

lee jun ki
lee min ho
hencom & cute belakakan hero & heroi aku ini...eiiii aku ini minat betul tengok muka depa ini sebab cun sangat. klu yang lelaki itu hendsome betul...pasai itulah masa aku tengah membuncing dulu itu aku rajin sangat tengok muka lee min ho yang sweeet itu. anak yang keluar pun cute macam dia jugak hihihiiiiii....
kim hyung joong
kim tae hee

bebudak opis aku ini pun dah tahu sangat kegilaan aku tentang korea ini, hm....nampaknya anan tomel kat sebelah aku ini pun dah tersampuk dengan korea aku ini heheheh....jangan gila bayang sudah.

SALAM RAMADAN

alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi hari ini merupakan hari kedua aku berpuasa begitu juga buat sekelian umat islam. alhamdulilah jugak walaupun baru permulaan puasa, aku dan sekelian kekawan masih teguh dan kental menghadapi puasa..tapi tahun ini ada sedikit perubahan tau...perubahan yang baik. permulaan puasa sudah diberi arahkan oleh en. karim untuk membuat tadarus sepanjang bulan ramadan ini oleh semua staffnya..yang bestnya staff lelaki harus bertadarus dengan dia setiap pagi...baguslah begitu...dan sepatutnya begitu...harap2 biarlah berterusan begitu hingga akhirnya.

hm...ini nak bercerita tentang juadah berbuka puasa pulak...semalam ari pertama puasa dan hari pertama berbuka. aku masak simple jer...maklumler dah tak sempat nak buat berbagai itu tambahan pulak dah ada Ain, namun begitu terima kasih buat hubby dan kakak kerana membantu umi menjaga Ain sementara umi sibuk di dapur. dan berpuasa kali ini pun lebih bermakna bila kami sekeluarga dapat bersolat berjemaah bersama gembira ajer rasanya...hubby pun begitu baik hati nak mengajar aku mengaji walaupun menbaca al-quran hanya dapatsedikit ajer..itu dah memadai...dan harap2 biarlah berterusan jugak.

buat anak2 umi kakak dan abang wan, umi berharap sangat anak2 umi tahun ini boleh tingkatkan bilangan hari berpuasa walaupun umi tahu begitu susah dan payah anak2 umi untuk melakukanya. apa2 pun syabas anak2 ku...ari ini umi nak masak ape yeeeee?

LEMBARAN BARU BUAT SALJI

Assalamualaikum... malu pulak rasanye... chewah.
 dah lama sangat aku nak mulakan blog baru aku ini...tapi selalul tiada kesempatan. nah ari ini termakbul jugak niat dan usaha aku yang tak seberapa ini...kelakar pulak. tapi bila mengenangkan blog lama aku anisazwan itu sedih pun ada...oooo anak sulung umiiiii.
  bukan aku tak sayang kan anisazwan tapi..umi ini cuai betul...selesai jer cuti bersalin 5 Julai 2010 ari itu terus semuanya menjadi lupa macam terima sintom ilang ingatan pulak.macam amen kata lepas ajer beranak semua urat putus termasukler urat otak itu...mana taknya semua alamat dan paswood email..fb dan termasuk anisazwan hilang dari otak ingatan aku ini..parah memang parah.

dah sebabkan frust sangat tak bole bukak paswood anisazwan, akhirnya lagilah anak kedua ini.

oklah cukup2lah kot rapu merapu aku ini...kerja banyak kat atas meja aku ini...bossss pun dah mula menegur manja tadi baik aku blah kejap ...nanti jumpa lagi ye.