inilah antara novel yg telah aku habis khatam (Jan-Feb)

kat bawah ini antara novel yang aku dah dan baru ajer habis khatam baca....buat masa ini ada lagi 5 buku yang masih belum diusik...cantik lagi. 
ini aku letakkan ikut yang aku paling suka dan the best OK....
no. 1 (sudah pastinye utk novel kak yati berahim ini....aku bagi 5 bintang)
no.2 ini aku baru jer habis baca...ini kali pertama aku baca karya penulis ini, dan aku terus fall in love..(best sanggggat)
no.3 cerita yang menarik + mencuit hati...bagus, bagi penulis lelaki ini 
no.4 baru jer abih baca...buat si penulis aku dah jatuh cinta, terus cari blog dia untuk jadi tatapan di blog aku = jugak cam penulis no.2 itu. so. sweeeeet
no. 5...iman xara antara penulis yg aku nantikan karyanya....
dan karyanye kali ini aku tabiklah....kerana iman xara bukan dari imaginasi 
tapi itulah realiti kita di dunia ini....paparan yg lebih jelas. sesuaiii utk org. yg tengah mabuk cinta.
no. 6 aku tertarik mulanye pada nama heroi cite ini (hanan-sebab ofismate aku pun bernama ini)
dan novel ini tidak menghampakan tetap memberikan aku sesuatu yang mengujakan.

MANA TONG CAT AKU ?

minggu lepas cadangnye nak mengecat bilik anis (kakak)
tapi cari punya cari, tanya punya tanya
dimanakah tong cat yang dibeli...
rupanye dah tiada...cis  
bila dah bising2, cik abang buat andaian..cat itu  
mungkin dah diambil oleh pekerja Pak Ya (kontrator yg buat ubah aku ini) 
balik sekali....
kalu benarlah telahan itu...wah ini bikin marah tuan rumah tau 
ada kepatut macam itu..sepatutnya sebelum ambik apa2 barang dari rumah aku ini
tanyaler tuan rumah dulu..jangan pakai tibai jer. 
aku tak kira dengan rasa hati yang membara aku call ajer fairus dan terus mengadu... 
dah sehingga kini (isnin) aku masih tak menerima apa2 perkhabaran cis...keparat betul
apakah ? perlu aku teruskan tuntutan pada penama yang tidak
bertangungjawab itu....atau lupakan saja.
tapi mana bole lupa dan lepas kan cam itu jer aku dah berapis banyak loooo
harap3 si penama tak bertangungjawab itu, adalah hati dan pertunya
nak pulang atau gantikan cat aku itu....

cuti2 balik kampung - TAHUN BARU CINA LO....

seminggu fuh...bukan main lagi bercutinyekan dari 30. 01.2011 hingga 05.02.2011 pulang ke kampung. kesempatan ini bukan selalu ada pun. disebabkan dapat cuti yang mahalah panjang.....so tahun ini, my hubby awal2 lagi 'booking' nak balik ke kampung dia dulu (hisy...orang tua ini macam itulah ada2 jerlah). 
percutian balik kampung kali ini..agak menarik (tak ler macam selalu itu, asyik terperuk ajer kat umah buat taik mata) dari hari pertama sampai ke-3 ada jer idea nak berjalan2 cari makan. kali ini aku ajak myhubby ke Perai melawat Mikhail + Mia (sampai jugak akhirnya neny ke umah mama syilakan), sehari suntuk jugak ler berjalan walaupun sesat baratlah jugak. sebenarnya sebelum ke Perai kami sempat lagi melawat kak Long (kakak ipar aku) kat Alma, Bukit Mertajam siap makan tengah hari lagi.

hari Rabu baru bertolak balik ke kampung aku (Bota) sampai kat umah, maksu pun ada balik rupanya, kata tak balik....meriahlah rumah mak 2-3 hari ini, dah macam raya pulak. akuk sepanjang cuti balik kampung ini memang rehat habislah...rehat kedapaur jer, tunggu makanan siap berhidang baru gi makan. hahah pemalas betulkan, op....bukan salah aku tau, sikecil aku itu (baby Ain) tak mahu berenggang + sombong betul dengan orang lain, jadi susah untuk aku kemana-mana (ceh wah...itu alasan jer) p: 
ini gambo masa dalam perjalanan balik kampung hubby...
disebabkan perjalanan yg panjang itu membosankan inilah 
antara cara untuk menghabiskan masa.
yang lain...si teruna aku yang sorang itu 
habiskan memory HP aku dengan membuat klip video dia sepanjang perjalanan
ado2 ajer dia kan...sampai habis jugak ler battery HP aku ini....