AL-FATIHAH

AL-FATIHAH buat bapak mertuaku yang ku kasihi...
ABDUL HAMID MAIDIN
semoga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...Amin....

selasa (26.02.2013) lebih kurang pukul 9 pagi..(menurut kata abg ipar aku yg mengaja dia), bapa mertua aku telah disahkan meningal dunia...ketika itu seperti pagi2 yang biasa, dia akan dimandikan oleh abang kadir, namun rupanya pagi itu, merupakan pagi terakhir abang Kadir dapat memandi dan berbakti padanya.

setelah hampir 10 tahun dia (bapa mertua aku) menangung sakit...akhirnya dia telah selamat kembali ke Penciptanya di usia 99 tahun. kalau ikutkan bapak mertua aku ini panjanglah jugak umurnya.
alhamdullilah kami sekeluarga selamat jua sampai ke kampung (Sg. Kota) lebih kurang pukul 4 petang, dan sempat melihat jenazahnya.

walaupon aku tidak begitu lama mengenalinya...namun saban tahun aku biasa melihat dia yang terbaring dikatil. dan aku akui bapak mertua aku bukanlah orang yang menyusahkan anak2 mahupon menantunya. sehingga hari kematiannya tiada kesulitan yang ditanggung oleh orang sekelilingnya...dan segalanya berjalan dengan lancar dan baik.

Al-Fatihah sekali lagi buat Ayahda tersayang...


FEBRUARI YG SAKIT....

kenapa aku kata bulan ini bulan sakit..ieyalah...
dari awal bulan sampai nak ke akhir bulan dari anak2 sampai le ke aku dan hubby semuanya mengalami belbagai sakit. sakit yang berbagai....

aku tahu sakit itu satu penyucian..penyuci dosa-dosa kita
penyakit itu satu penawar...penawar kepada hati yang tidak bersih
penyakit itu satu dugaan yang perlu diharungi dengan penuh kesabaran...
walau apapon aku harus tanganinya dengan kesabaran betol tak?

deretan sakit yg mengundang....

bermula 05.02.2013 kakak tidak sihat dengan lelah yang tetiba datang menyerang....
mungkin jugak salah aku sebab membawa dia berkelah dan bermandi manda di sungai Gabai, Ulu langat pada 03.02.13, saja menghabiskan masa dengan mak dan geng biasa(kelut & maksu sefamly) di tempat berkelah.

pulang sahaja dari berkrusus selama 3 hari di Kuantan..
aku terus tak lena tidur dengan Ain yang mula demam dan lelah juga...haila adik ebrjangkit dengan kakak yeee...

dan si adik abang pon yang selalunya antibodi yang kuatlah jugak dibandingkan dengan adik beradiknya yang berdua itu...tetiba jer jatuh sakit jugak.
bermula dengan serangan resdungnya...terus teruk jadi semput pulak....
sampai semalam ayah dia ulang alik 2 kali bawak dia buat rawatan lelah di klinik.

aku pulak 12.02.13 itu tetiba pulak bole terjatuh dari tangga dan menyebabkan kaki terseliuh dan terimalah MC selama 2 hari...mujur jugak tak teruk tau. Alhamddullilahhhhh
sekarang demam Ain masih jugak tak kebah...masih demam tapi itulah demam malam...
aku risau jugak,
kalu Ain masih berterusan demam aku ingat nanti nak bawak Ain utk chek-up kat Dr. Ruzini jer. ialah takut jugakkan...kiranya lama jugak demam dia itu dah nak masuk 2 minggu...

apa2 pon aku berdoa dan berharap....semoga apa jua penyakit yang datang itu tidak memudaratkan aku, anak2 dan huby...AMIN

MY LOVE HUBBY

terima kasih Allah untuk kebahagiaan ini....
BAHAGIA...ya aku akui aku terlebih bahagia kini...
dan aku sentiasa berharap dan berdoa 
aku & cik Hubby & anak2 akan terus BAHAGIAAAAA

ari ini aku hanya ingin mengongsi sesuatuuuu
sesuatu yang sudah mula bermain-main difikiran....
aku sendiri tidak tahu kenapa mesti aku keliru 
oklah tak yah nak panjang lebar terangankan soal hati yang aku sendiri tidak tahu menjelaskan bagaimana???

Cik Hubby yg tercinta....
dia yang aku kenal hampir 13 tahun...
yang aku kongi hidup hampir 12 tahun...
yang bersama aku suka dan duka...

aku mengaku sepanjang mengenali si Dia.....
aku masih malu padanya...
aku masih rasa ingin terus mengenali Dia...
aku masih ingin terus mendekati Dia...
aku masih terus inginn sentiasa bersama Dia

untuk mengenali Dia lebih dalam..
untuk mendekati hatiku dengan hatinya
untuk terus hidup disampingnya....
Dan untuk menjadi Permaisuri hatinya sampai bila...bila....bilaa

semenjak dua ni...aku terasa sesuatu
aku menyedari sesuatu
yang aku rasa aku tidak pernah melihatnya
aku tidak pernah merasainya?...

Perilaku Si Dia tampak berubah walaupon tidak ketara....
aku mula rasa sesuatu yang menurut hatiku...
something yang perlu aku titiberatkan...perlukan lebih ketelitian...
untuk aku tahui apakah?
perubahan ini menarik dia kepada arah yang lebihhhh Baik atau?????

si Dia yang dulu ku kenal...
*seorg yg coolll bole katakan...org yg tiada perasaan,(mungkin hanya padaku
kerna aku tidak pernah lihat sinar cinta dan kasihnya di matanya untuk ku)
* si Dia tidak pernah mengongkong aku dalam status yang ada (Perkahwinan) 
* kami mempunyai kehidupan sosial yang tidak pernah kami campuri antara satu sama lain...(aku senang begitu, kerna bagi aku dia seorg yg understanding...memahami jiwaku yg tidak suka dikongkong)
* si dia yang aku kenal sentiasa bersikap berwaspada pada ku...(seolah-olah takut untuk mendekatiku....)
dan beberapa sikap lain yang aku sudah biasa lalui denganya bersama....

Namun kini....

si Dia yg aku kenali kini....
* dia seolah2 memberikan perhatianya buatku...(oooo betol2 mengelirukan)
* aku lihat sesuatu yang tidak pernah aku lihat dulu dimatanya...(apabila aku memandang matanya...aku lihat sinar dimatanya...apakah sinar Cinta & kasih sayang untuk aku?....kalu benar YA ALLAH aku benar2 bersyukur YA ALLAH...kerna setelah 12 tahun bersamanya...baru kini aku menrasainya...)
* siDia mula menitik berat setiap langkah ku...(ini kekadang buat aku, geram...jugak)
* si Dia mula menitik berat tentang penampilanku...(sesekali ada nada cemburu bila dia menegur cara penampilanku)

aku buntu memikirkan perubahan-perubahan itu...KENAPA???
namun walau apapon perubahan itu, aku hanya berharap biarlah
sesuatu yang baik dan lebih baikkk
semoga jodoh kami terus kekal hingga ke Akhir Hayat dan seterusnya ke SYURGA...Amin YA ALLAH
Sesungguhnya YA ALLAH hanya kau yang lebih tahu...dan aku sebagai hamba mu hanya mampu meminta yang terbaik untuk Ku..

AKU INGGIN BAHAGIAAA.... YA ALLAH.