hari ini dalam sejarah (24 Sept. 2010)

hari ini betul2 dalam sejarah...wah TAHNIAH NIZA YOU ARE THE GREAT DAN THE BESTLAH. hi..hi heee puji melambung diri sendiri pulak. manataknye lesen yang aku pegang 4 tahun itu akhirnya berguna jugak ler selain lesen motor aku itu. akhirnya dengan tekad dan kesungguhan aku berjaya juga mengharungi ketakutan dan kegabraan aku untuk memandu kereta diatas jalan raya ibukota yang penuh kesesakan ini..fuh..lamak cayalah.
tak sangka..tak sangka kagum betul aku dengan keberanian itu, itulah orang kata nak seribu daya tak nak seribulah dalihnya dan yang penting keberanian itu sendiri apa pun bole dilakukan CAYOIK NIZA.
alhamdulilah petang ini B akan balik tak sabarnye...tapi yang pasti balik dia nanti akulah yang akan kena marah. manataknye rumah bersepah hisy..hisy teruk2, sorry B bukan saja buat tak tahu tapi tak sempat nak mengemas baju2 kat umah itu...mujurlah awak p tak lama, kalu tak entahlah...hihihiiiiii

FaceBook oiiiii

facebook sana facebook sini, seluruh dunia gila dengan facebook dari yang muda sampaikan yang tua dari bebudak sampai ke bapak budak dan mak budak semuanya syok dengan facebook tapi aku.....takler segila depa ini, facebook yg aku buat tahun lepas dah sampai bersawang, berkulat tak bersentuh, bak kata bbudak opis aku buat karen ajer klu 'add' kat aku bukan dilayan pun.
tetapi semenjak semalam aku jadi berminat pulak nak melayari FB itu, sebabnya...sebabnya aku dah mula jumpa balik kekawan lama, kawan satu sekolah SMLK dulu oiiii bestnya semalam. dalam diam tak diam ada antara kekawan itu dah hampir 15tahun tak jumpa dan ader juga yang 15tahun / 10 tahun tak dengor cerita...his..his lama itukan. rupa2nye raya kedua lalu ade alumni SMLK bagi bach 1993 & 1995 itu, kalulah aku selalu bedik FB aku tentu aku bole datang masa alumni itu...ruginyelah rasanya....aku harap2 sesangggat alumni macam itu akan ada lagi tahun2 depan, dan dah pasti aku akan datang.
ini cite pulak pasal fb, ingat pulak pada ci abg. semalam aku suruh mus gabungkan nama aku dan dia jer dalam fb aku, supaya dia bole guna FB aku itu untuk menghubungi kekawan dia dan kekawan dia jugak bole cari dia, jadi tak perlulah aku buatkan yang baru untuk diakan...lagipun senang aku nak pantau kekawan dia hei..hei...

RINDU PULAK KAT HUBBY....B BILA NAK BALIK INI, WE MISSSSS YOOOU SO MUCH TAU!

selamat ari raya & selamat menjamu selera

selamat ari raya pada semua yang telah berjaya melaksanakan ibadah puasatahun ini TAHNIAH....termasuklah aku Yahooo..raya sudah.

syukur alhamdullilah tahun ini aku masih lagi berkesempatan untuk menyambut raya bersama orang2 yang tersayang dan termasuk ler si kecilku 'ain tomel'. tahun ini sebabkan rasa teruja sangat nak beraya aku telah memujuk cik abang aku untuk menyambut raya di kampung aku..ialah tahun inikan ramai baby baru kat umah aku. ada baby harith, baby dani dan baby ain cuma yang tak sempat jumpa baby mikail jer. tapikan pagi raya ke-2 aku dah pun kena berkemas balik ke parit buntar his...maleh..nye, tapi nak buat camna dah janjikan kenalah bertolak ansur.

balik jer dari kampung, la ini sibuk pulak untuk menyambut raya kat opis...isnin minggu depan semua unit sibuk untuk persiapan sambutan raya BPP. tapi yang inilah yang aku paling tak puashatinya....tak cuka..tak cukalah.
aku tahulah dah sebulan berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga, tapi tak bermakanan bermacam-macam, bila dah bole makan itu nak buat jamuan pun sampai nak melambakkan makan semahu-mahunya, itu bukanlagi nak berjamuan makan tapi buruk lantak tak pun muntahkan darah macam orang kampung aku cakap buruk becike heiii buruk laku betul biorle berpada cik kak oiiiiii.

yang jadi ketua mula nak tunjuk kuasa, macam raja pulak takpayah tanya ajk terur jer buat keputusan sendiri menentukan apa yang akan disediakan oleh orang lain yang dia putuskan itulah kehendaknya...wah besarnya nafsu. kalu ye pun...bebawak ler cover sikit, cubaler berbincang dulu, manalah tau kot ader yang tidak setuju ker, tak suka ker, tak puashati ker..sebab bukan semua yang bernafsu besar macam dia sorang.

his...lemaslah baru jer habis bulan puasa, aku mula buat dosa balik. rasanya cukup ler aku melepaskan rasa tak puashati aku ini setakat ini jer...nanti makin banyak melalut makin banyak pulak aku kutuk dan makin banyak ler dosa aku...aku jugak yang dapat saham neraka ye.

apa2 pun selamat menyambut syawal yang mengembirakan.