kelahiran 2 baby BPP ....penutup bagi tahun 2011

TAHNIAH!
buat Jeffry dan Puan Zaiton atas kelahiran puteri2 anda (21.12.2011)
akhirnya bagi tahun 2011 ini ditutup dengan kelahiran 2 orang bby girl's ini
akhirnya Jeffry telah menjadi seorang AYAH kini....

diatas kegembiraan yang ingin dikongsi bersama
tengahari tadi kami beramai2 pergi melihat para ibu 
yang telah berjuang nyawa untuk kelahiran itu.

semoga tahun depan 2012
membawa lebih kegembiraan dan kebaikan buat semua
semoga tiada lagi duka dan lara 
serta duri dalam daging yang melata
insyak-Allah semoga perpaduan dan PERSAHABATAN
akan terus berkekalan hingga ke ahirnya....
selamat menyambut 
TAHUN BARU 2012............

sahabat polco-dot....2011

sahabat2 aku ini bermacam ragam 
bermacam rancangan....rancangan terbaru 'sahabat'
inilah dia projek POLCO-DOT


inilah corak & color pilihan aku & mek zura (hijau epal)

tengok gudek's two ini'inilah pilihan depa pulak'

ini antara pilihan kain cottan jalur tau...banyak nye pilihan warna

kalu pi kedai itu...semuanya kain cottan ini...macam2 polko-dot dan macam2 corak lagi
siap ada corak rerama dan mikey ok...cantik sangat...
nampaknya aku dah jatuh hati pada koleksi cottan ini....
'i like....YOU'
nanti kalu ada ongkos lebih bolehlah aku beli lagi
kain lain pulak...tak sabar nye
nak pakai baju ko-dot 'epal' itu.

mari kita belek buku yang bakal dijadikan koleksi Disember 2011

jom lihat buku yang bakal menjadi 
koleksi aku untuk DISEMBER 2011






selamat hari jadi umi......

SELAMAT HARI LAHIR NIZA....
hari ini bertambahlah lagi usiaku...tak perlulah akku bagitahu 
yang pasti aku sudah semakin meningkat usia....
dan seperti tahun2 sebelumnya aku selalu lupa dengan tarikh keramat ini

05.12.....

namun pagi ini, aku dikejutkan dengan ucapan hari lahirku dari 
anak gadisku...NUR ANIS....yg jauh di kampung
TQ...sayang...Thank's sbb wish umi kat sini...so sweet

and

TQ jugak buat HUBBY yg tercinta atas..ingatan pada hari lahirku ini...
sesungguhnya doa yang kau titipkan buatkku itu, 
dan ingatan mu....
membuatkan youuu soooo cuteee honey
I LOVE YOU SO MUCH

dan 

buat adik kesayanganku yang tak pernah lupa padaku saat2 ini
aku cukup gembira dengan ucapanmu...dan kau pun tahu...
aku sentiasa menunggunya dari biibirmu...TQ mysis

akhirnya 

buat teman2 yg ku anggap SAHABAT
thank's for you wish...

semoga tahun ini membawa satu perubahan yang lebih baik utk aku
dan pastinya aku jugak mengharapkan aku dapat
mengubah sedikit demi sedikit sikap burukku...
insyak-allah semoga allah sentiasa 
mendorong hatikku kearah kebaikkan.
(doa itu kan senjata orang mukmin)



apa jadi semalam ? (17.11.2011)

apa jadi semalam..entah
bila diingati balik dah macam drama pulak...
terus terang aku katakan..aku manusia biase
yang selalu tak lepas dengan silap dan salah..bukan sahaja pada orang sekeliling malah pada diri sendiri jugak..kerana AKU...MANUSIA BIASA YG TIDAK SEMPURNA

kau rasa kau sempurna tidak pernah lakukan kesalahan hatta pada diri kau sendiri..?
jangan cuba menidakkan, kalau diri kau sendiri kau tak boleh nilai jadi biarkan oranng keliling kau yg nilaikan...
tapi kuatkan telinga dan kukuhkan hati untuk mendengar apa jua olahan orang sekeliling mu....

aku tak kata aku betul dalam kata2 ku..kerna aku juga MANUSIA yg selalu tersilap kata tanpa sedar..dan bila tersedar aku kesal sendiri..tapi itu lebih baik dari insan yg tidak pernah sedar akan kesilapan dan kesalahan sendiri.( aku mohon aku tidak begitu....)

apakah aku yang tersilap langkah kali ini atau aku lah insan terpilih utk terima beban ini....
aku tak terlintas pun untuk memulakan api yang sedia ada dalam diri sihawa ini...tapi manakan silapnya..
apakah dari pertanyaan aku disatu pagi atau pun suara yang menyampai.....apa cerita atau kisah yang disampainya....aku terkedu bila disergah...aku terdiam dengan dada yang berombak..geram.
geram dengan sisampai..sedangkan aku cuba berniat baik padanya...hanya teman lain yg tahu niat itu.

aku diamkan diri, salahkah kalau aku berdiam...apakah sebab aku berdiam...sihawa menyangka aku betul2 bersalah? aku takut dengan sergahanya...
sihawa silap...aku masih waras ...dengan umurku yang aku jangka udah tua ini, lebih baik aku mengalah dari aku juga melatah seperti orang yang tidak waras itu...hanya dengan perkara kecil , kenapa perlu dijadikan besar...bukankan itu perkara BODOH...?

silap sihawa memang memercikkan lagi keBODOHANYA..kerna apa tanpa dia sedar..dalam dia mencari silap dan kehinaanku dimata orang keliling aku...dia semakin leka dengan olahan cerita yang begitu dramatik utk pendengaran oarang kelilingnya..sampai menguris hati org lain tanpa dia sedar....cerita aku tengelam tetapi cerita insan lain pula yg..hangat dicanang.

akhirnya bila hati2 mereka panas diusik disiram pula pedihnya dengan cuka, belbagai aksi tindakbalas dilepaskan , diluahkan...mahu salah siapa mereka jadi macam itu...kalu tiada puncanya...jadi pikirlah sendiri.....

tapi semalam aku benar2 lupa dengan diri..kemarahan aku seolah meledak hanya kerna ada org yg berani menyerang kawan, sahabat bagiku....bila sahabat kita disakiti tanpa sedia atau rela ...pastilah bagi aku juga turut merasa sakitnya. kerna dia aku anggap SAHABAT......bukan aku pinta balasan...cukuplah kalu sahabatku itu tahu aku begitu ikhlas dalam persahabatan...

untuk semua yang ku anggap SAHABAT atau yg juga anggap aku SAHABAT... TQ utk sokongan itu...dan aku harap aku juga boleh memberi sokongan begitu buat kalian....wasalam

sahabat yang ikhlas

ari ini otak aku banyak berfikirkan dua perkara ini sampaikan aku mencari-cari dua sumber bagi perkataan hukum persahabatan dalam islam . perkara aku terfikir apabila petang jumaat semalam (04.11.11) aku terima cite yang tidak menarik dipendengaran telinga sendiri.

so apakata kita tengok bacaan ini.....


Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda.
KOMEN AKU: (kalu dari yg aku faham....sekiranya ada sahabat yg cuba untuk menegur atau memberitahu sesuatu tentang sikap atau cerita atau perkara tentang kita...kita haruslah memberi peluang untuk sahabat kita itu meluahkan dan kita harus bersedia mendengar....kerna kekurangan dan keburrukan kita hanya orang lain yang berada disekeliling sahaja yanng lebih tahu dan menilai....betul tak! kalau nak tahu cuba tanya SAHABAT)

Manakala sifat ikhlas pula akan memberikan kesegaran kepada jiwa, ikhlas memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu.
KOMEN AKU:(aku suka dengan sikap ikhlas sahabatku..tapi bagaimana nak menilai keikhlasannya..hah...ini tak boleh dilihat tau..dan pastilah tak dapat dinilai...yang pasti keikhlasan itu...kita boleh lihat sekiranya....
1) kalu membelanja makan...barangan atau apajua yanng mengeluarkan modal (RM)....teman kita itu tidak akan mengungkit balik jumlah atau besarnya belanjanya itu.....apa jua yg diberi dengan senyuman ikhlas....
2) ketika menghulurkan bantuan...tidak merunggut dikemudia hari...
3)kalu berkata atau memberi pendapat ...sahabat berkata dalam keadaan yang ikhlas dari hati walaupun kata2 itu menyakitkan...so kita kenalah bersedia mendengar.

Setiap muslim harus menyemaikan sifat ikhlas itu sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan.
Tahukah anda, keran tidak ikhlas jiwa kita akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam memang dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT.
Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain.


Sekiranya anda telah berlaku jujur terhadap sahabat dan rakan anda…Alhamdulillah…Tetapi ada juga sesetengah manusia di dunia ini mereka menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan adalah kerana inginkan kebendaan semata-mata. Dan ada juga yang suka memilih bulu dalam persahabatan. Mereka memilih orang-orang tertentu untuk di jadi sahabat supaya mereka mendapat manfaat daripada persahabatan itu, bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah SWT tetapi bak kata pepatah “ada udang disebalik batu”.

buku yg bakal jadi koleksi aku untuk bulan november

jom kita tengok buku2 yang bakal menjadi koleksi peribadi aku
untuk bulan november ini......................


nanti kalu ade yang terbaru aku up-date ye....

MAJLIS YG BERLAKU MINGGU LEPAS

minggu lepas mmg minggu yang memenatkan sikit
tapi minggu yang penuh kontrovesi....menarik + tertarik
ada macam2 cite dan macam2 gosip
tapi tak perlah pasal gosip aku tak mahu nak komen lebih...biarrrkan ia berlaaluuuu
macam angin fuuuuhhhhh...........

aku sebenarnye nak cite pasal 'KEDAI RAKYAT MAIWP' perasmian (Jumaat-28/10/2011)
kedai runcit yang menjual belbagai barang makanan yang harganya dikatakan murah dan menjimatkan...tapikan bukan kesemua barangnye murah tau....hanya yang dipacking logo...1 MALAYSIA.
ialah weh....pengedar barang pun made from...MYDIN ok....
ini ade ler beberapa bingkasan untuk tontonan umum....
YB menteri tengah potong reben merah ini sebagai merasmikan kedai....hah elok2 sikit dato'
ini antara team pompuan yg jd. urus2yang begitu setia menyelarasakan tugas perasmian hari itu....cun belako dok

ini pulak mamat2 BPP yg jd. urus yg sentiasa setia bersama
gaya bebas fuuuyoooo.....

wah....sebelum menteri naik kitaorg rasmikan dulu ...ini semua bakal2 mak2 datin ini

fuhoooo...en.Bos...gaya macho lahhh wehhh
ini majlis kedua yang aku hadiri...majlis ini istimewa sikit
MAJLIS PERKAHWINAN
HANAN AZHARI bersama pasangannya ZUL.....
cantikanya anan...dihari bahagianya.......
meh tengok sikit snap.....yang adolah sikit diambil
itu pun ambik dari kamera kekawan (k.reen + fiza)

sayang cepat bukak mulut.....anan nak cuap kek ini..jangan gigit jari anan tau!

kami ini saje jer interfrem...lg pun ini jer yg sepat kami bergambar

mari potong sesama ye...sayang

orang kalu dah cute tetap cute jugak....maklumlah raja sehari

cantikkan pelamin anan guna bunga ros idup lagi tau
ramai jugak kekawan yang hadir masa majlis anan ini...buat anan
kak niza nak doakan semoga ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa ...
dan semoga cepat timang anak2 yang tomel macam anan....

roy marn 2011- Don't marry me

ini drama terbaru yang aku tengah ikuti.....
ROY MARN 2011 (DON'T MARRY ME)
dari mana ?......dari THAILAND......SAWADEET KAP

cite memang menarik, aku suka sesangat ok....yang peting ade slot2 yang melucukan.
ini ade beberapa gambar hero dan heroi cite ini 

inilah Boy & Margie Pantip pelakon utama drama ini..dah macam pelakon koreakan....
nak ulas pasal cite ini...aku tengok pun habis lagi ialah nak tunggu dia up-date cite ini lama sesangat ler aku sendiri sampai tak sabar tunggu siri akan datang dia. 
aku ingat nak cuba cari cite ini kat kedai DVD yang selalu aku pergi itulah manalah tau bole dibeli untuk dijadikan koleksi beripadi aku pulakkan....

WAJAH SEBENAR ATAU BERTOPENG......... MANA PILIHAN ANDA?

mana yang kamu nak pilih wajah reality kah?............. atau berwajah topeng.........?
terpulang pada diri sendirikan.....
kekadang kita ini perlu jugak bertopeng (menyembunyikan rasa hati sebenar pada orang lain) untuk apa? kalu tujuan yang baik bagus lah...tapi kalu dah memang itulah sikap kita pada orang sekeliling ...oooo memanglah tak sesuuuuiiii gitu. macam orang kata muka bertalam dua atau bermuka-muka....

seeloknya kan lebih baik kita pamerkan ajer wajah reality kita atau pun wajah sebenar kita tu kan...biarlah buruk tak mengapa yang penting 'aku tak HIPOKRIT' 
aku punye sukelah apa yang aku nak tunjukkan.....
biarlah apa yang orang nak kata.......
ade aku kesah....sebab hidup dan mati aku bukan orang lain yang tentukan....
dan percaya satu hal kalu menipu orang bole lah jalan tapi...dengan TUHAN....
NO..jawapannya...sebab dia lebih kenal siapa KAU....
so...sendiri mau ingat....

tetapi walau apa2 pun ingat satu perkara....bila kita tak kisahkan perasan orang lain...jangan mengharapkan orang pun kisahkan perasaan kau. kalau inginkan balasan yang baik dari orang lain kau pun perlu lakukan yang baik jugak pada orang...lainlah kalau ada yang tak sudi menerima kebaikan itu...lupa ajer...biarkanlah itu tak merugikan...dan yang penting 'jangan suka bertopeng'

THAI-MOVIE MANIA.....ahak gileeer

smlm aku tetiba sukeeee giler dengan satu movie ini
bukan from korea ehhhh
tapi dari negara jiran jer..ahak NO...INDO.....
But From Thaiiiiiland beb
meh..tengok poster dia

A LITTLE THING CALLED LOVE
hero dia cute sangggggat kan, sesuaiiii sangat dengan herooiiiii dia itu
jalan cite dia pun oooo sweeeet sessssangat tau......
terimbau kenangan zaman sekolah dulu.
dan sebab cite ini aku sampai tido pukul 3 pagi semalam
gilller....

BELANJAWAN 2011.......alhamdullilah rezeki bertambah

walaupun isu belanjawan itu dah pun berlalu dan dah pun suam2 kuku
ari ini baru aku ade mood nak beri sikit komen....
alhamdullilah syukur kepada Allah dengan rezeki yang diberi
walaupun apa yang didengar dan ditelah sebelum ini telah disebar serata alam
tapi kesimpulan keputusan dan perkahabarnya tidaklah seperti yangn dijangkakan

w/pun cam itu alhamdullilah aku tetap bersyukur jugak
gaji tetap jugak naik...kalu ikut yang dikira dan dan dilihat
bagi pejawat awam cam level aku ini oklah dengan kenaikan sebanyak 
RM 120.00 
banyak ler jugak dari sebelum ini yang hanya RM 49.95 
dan COLA tak kena tarik ok....
apa2 pun tgu dan lihat jer lah tahun depan
betul atau tak? ajer.....

KITA TINJAU BUKU BARU YANG BAKAL JADI KOLEKSI AKU...jeng3

moh kite belek3 buku baru yang berada dipasaran dan akan ada dipasaran, sebelum aku sambar untuk jadi koleksi aku....
tak sabar weh....tunggu jerlah minggu depan...
gajikan masuk 20hb....




ini baru sikit tau mungkin akan ade tambahan..nye tengok dan lihat jerlah
bila tengok buku2 yang ado kat umah itu pun macam gaya dah penuh jer almari aku itu
sampai aku terfikir...camana lepas ini?...kat mana aku nak simpan buku2 aku itu....?
tapi yang penting dan paling aku suka bila dapat melihat 
kesemua koleksi aku fuh...meriah....
sepupu aku pernah terjerit bila melihat koleksi aku
sebab apa? sebab...teruja beb...hahahhhh

mari kite bedek siri baru korea....

yeap wow...wow dah lama kan aku tak up-date
blog aku ini...ialah nak cite pasal raya
raseenyee takder lerh...ape pun yg menarik tertarik lagi terbom...nye pun
bertambah pulak idea ngak ade..dong...
hah ini aku nak kongsi cite terbaruk yg aku suke ler sangat nak layan...
ape lagi jom....
layan.........dulu...........
CITY HUNTER
ini cite kegemaran aku lah sebab ade hero aku ler...lee min hoo. 
mari kite tengok serba sedikit diskription...cite ini ok.

tema cite ini : Dendam (adalah sikit2 kisah cinta yang syahdukan)
citenye menarik...ada aksi2 lawan dan yang bestnye kalu ada part hero dan heroin tengah berlatih judo itu.
memang nampak sweet tau...dalam cite ini, hero-1 dan hero-2 itu sama2 hendsome ok aku suke sangat. cite ini aku tak sempat nak tengok habis pun..so aku dah plan nak booking DVD cite ini sebagai salah satu koleksi aku...coming soooon k

mari kite tengok cite yg. ke-dua pulak........
PROTECT THE BOS
cite ini aku baru jer dalam pemerhatian aku..dan dari pemerhatian aku itu..aku terus jatuh cinta sebab...?
tema cite ini : komedi
akukan suka tengok cite komedi...so cite ini memang memenuhi kehendakan akulah kiranya....so cite ini pun bakal menjadi koleksi aku. coming soooon.... jugak

ok jom layan.................

gambar beraya BPP + kuih raya + suasana raya

puasa dah nak tinggal 8 hari jer lagi....
pejam celik pejam celik dah nak raya pulak....
masa mula2 pose dulu...bukan main lambat dan lama lagi masa berjalan....
tapi dah nak akhir2 ini rasa
macam cepatnye masa itu berjalan.....

minggu lepas habis jer sesi perhimpunan bulanan
kaum kerabat BPP apa lagi...mulakanlah sesi bergambar raya pulak
bukan main meriah....gelak ketawa bergumbira...
tapi bukan mudah nak kumpulkan semua orang...fuh...penat tau.
masing2 macam2 ragam...

tapi apa2 pun...kat bawah inilah antara gambar kenangan yang dapat
aku letakkan untuk kite renung2kan....JOM
tengok en.din tengah sibuk menyusun atur bebudak inilah utk. bergambo

cun tak 3 makdara pinggitan ini...

sesi gimik...diketuai masnida

inilah srikandi unit sewa yang lagi ngetop tau....cun kan
jom tengok gambor bagi unit dan bahagian pulak...tapi hanya 4 unit jer yang sanggup nak bergambor mengikut unit ini...yg lagi 4 macam tak do jer...
unit sewa (boss-en. wahab)
unit hartanah (kesian boss diaorg. en. haniff x der pulak, hanya tinggal 2 ini jerlah)
unit pengurusan kontrak (boss-en. faiz)
unit projek (boss-pn noreza)

inilah sebahagian staff Bahagian Pembangunan dan Pelaburan.
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA

bila dah beraya ini...kuih raya pun dah mula diedar-edarkan
bila tengok kuih2 ini..tetiba baru tersedar...alamak
banyaknye yang aku terorder..tahun ini
alahai terlebih bujet rupanye.....
itulah masa order tak ingat ape pun...suka + tertarik sesangat
sampai tak tersedar.....apalagi bukak jerlah walet hulur jerlah
mak..tahun ini nampaknye banyak ler kerepek + keropok 
kat umah mak...

cite lucu bulan puasa...layan......jer!

cite per-1

terkantoi makan dibulan pose

ali dan ahmad baru je bangon tdo selepas selesai menapak khemah smlm......
ahmad: waaahh... bestnyer la tdo.. sejuk gler.. lapar la pulak..
ali: ko ni tgh2 hari da bising.. kalu lapar mkn je la megi tu.. aku nk smbung tdo pun xbley!
ahmad: ko ni tdo je.. tolong aku wat megi ni kalu ko nk mkn..
dorg wat la megi.. sampah megi tu ahmad campak kat sebatang pokok pisang tua ni..
ali: ahmad!! amik balik pokok tu.. atok aku kata pokok pisang tua ade penunggu!!!
ahmad: (ejek) warghhh.. takotnyer aku..
lalu ahmad cmpk sisa2 mknn semalam kat pohon tu..
ali: tidak!!! abis lah!!
ahmad: huahahahaha..
tiba2 dtgnyer 5 lembaga putih mengelilingi mereka..
ahmad menggeletar smpi melutut..
ahmad: ampun nenek moyang!! cucu janji x kacau lagi.. cucu x cakap besar lagi.. cucu bersihkn balik!!!
lembaga: pale hangguk ko nenek.. dah3,, ikut kami kebalai.. time bulan puasa yg mulia ni pun ko mkn terang2 gini..
kuang3.. org pki jubah ngan kopiah rpenyer...

cite ke-2
 
anak yang baik

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke
syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa hendak ke neraka?"... ..

semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak
angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".

.Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh
saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai
dia jemput"... .

cite ke-3
sipenjual telur

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

kenangan puasa masa dolu..dolu

tetiba ari ini terkenang pulak masa aku pose dolu-dolu...hishhh, aku pun mula berlajar pose ini dah agak lewat ler jugak...aku ingat2 lupe ler bila tapi yg aku ingat antara darjah 1 kot tapi itu pun pose 'yang..yang ..yok..tengahari bukak periuk'. ialah masa itu kalu berpose pun sebab terpaksa...dah pagi p sekolah sah2 tak lerh makan..sebab tader makcik kantin kan(sbb kantin mana ade bukak kalu bulan pose)..habis bila balik sekolah ajer....terus terkam dapur, selak periuk laaapaar beb...aku ingat ler rase dah darjah 5 kot baru aku pose penuh...agak  nyer lah hahahaa...

yang paling bestnye bulan pose ini, mak aku akan masak kan banyak sangat makanan semuanye sedap2 dan best2 belaka. dan yang lagi best bila tibe time buka pose. aku masa itu ade 2 abang yang ya..Allah nakalnye...Tuhan jer yang tahu, sebab nakal diorang satu kampung pun tahu tau...popularkan abang2 aku ini.
bila waktu nak berbuka akuler tukang setupkan makan + minuman kat tempat makan...selalunye...air nombor satu yang menjadi target..bila aku sediakan gelas(mengikut jum. peminumnye) aku mesti ambil gelas yang paling besar + tinggi dari yang lain, then sebelum azan cawan aku dulu yang aku isi, lepas itu baru yang lain2. hah inilah yang sakit jiwanye bila dengar jer bunyi azan abang mei Ongang(abg. aku no.4) terus cilok cawan aku dan teguk habis air ...tak sakit hati + jiwa ker itu tengok dia sedop bebenor soplap air aku depan tuan nye sendiri...cis...memang senggal...marah pun tak guna sebab tak makan saman...
lagi satu yang bestnye...bila time berbuka, kitaorang suka berebut lauk..terutamanye kalu ade yang sedap lahkan..sebabkan perangai anak2 mak yang macam beruk mak yehhh ini, mak selalu asingkan siap2 lauk untuk ayah dulu...takut nanti tak merasa pulak. tapikan perebutan lauk ini sampai sekarang pun masih berlaku itu kalu kitaorang berkumpul makan ramai2...sampaikan huby(suami aku) pun dah tahu bagaimana nak berebut lauk. kelakarkan.

kenang lain yang aku suka..bila tiba malam jer, aku suka ikut abang2 aku terutamanye sarip dol(abg. aku no.5) main perang2 dan mercu...best giler, malam ari menjadikan medan kami bersukaria sampai ler habis orang sembahyang terawih.sebab itu ler aku ini lasak dan ganas sebab cara aku membesar banyak dipengaruhi abang2 aku ini. walaupun diorg tak suka layan aku dan tak bagi aku join, tapi aku tetap degil tetap jugak ikut...cuma bila diorg main nyorok2 jer abg. aku ini tak kasi aku main sekali...sebab katanye bahaya malam2 takut aku hilang terus...sayang jugakkan diorang kat aku.

kalu nak ikutkan banyak kenang manis aku ketika dibulan pose seiring dengan usia aku....bestkan kalulah dapat kembali ke zaman silam....

SELAMAT DATANG RAMADHAN ....BULAN BARAKAH 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN & SELAMAT BERAMAL....BUAT SEMUA...
YA..bersyukur sangat2 pada ALLAH kerna masih memberi kesempatan pada diri ku untuk menikmati bulan mulia bagi tahun ini....aku berharap dan memanjangka doa semoga tahun ini...membawa lebih keberkatan buat diri ini dan seluruh keluarga tercinta.....

alhamdullilah mak tersayang pun tahun ini dapat bersama meraikan bulan ramadhan ini disini (dirumah aku), walaupun datangnye hanya seketika...

cite pasal pose ini, ingat pulak pada teletah siteruna aku itu (wawan), bukan main liat lagi nak suruh dia berpose siap kena buat perjanjian lagi..aku patut ucapkan terima kasih jugak pada sikipas dan sidinding yang membuatkan kami termenterinye perjanjian ini...kha..kha.dalam perjanjian yg telah dipersetujui...segala perkara baik yg dilakukanya dia akan diberi ganjaran..merupakan wang ringgit, tapi sekiranya dia melakukan kesalahan pulak, dendanye dia kenalah berbuat kebaikan/lakukan semua suruhan dari aku hahaha...bagus tak!. so untuk bulan pose ini aku minta dia berpuasa penuh selama 1 minggu dulu utk mengantikan kipas yg dirosakan dan dinding yg telah dicacatkanya, kalu dia meningalkan satu ari posenye dia kan mengantikan selama 2 hari pulak...ok kan...itu ler pengajaran buat siteruna aku ini.

semalam ari pertama berpuasa...nampaknye alhamdullilah dia masih mengikut apa yg dijanjikan walaupun, dipagi ari, ade jugak dia cuba membuat cubaan mengancam kat aku....paham2 ajerlah, mulut 'busuk' dia itu kekadang bole bikin hati panaaassss jer.

ape2 pun kat sini aku nak sampaikan 2 lampiran untuk renungan bersama...cerita yang lain...lain masa aku bongkar lagi kkkkk


DEMAM + SELSEMA

AUHOOOO.....menyampah nyeeee....
melalui sat dan hari bila terkena penyakit ini
hari aku mula beransur baik dari penyakit ini walaupun tidaklah sembuh benar
tapi lebih baik dari 2 hari yang lalu...
teruk betul rasanye...kepala sakit, berdenyut2 selsema yang menyesakan nafas
sampai sukar nak tidur malam. denga rasa nak demamnye...fuh...
ini semua berjangkit dari cik abang aku yang dah pun demam tak bangunnye dari ari sabtu lagi.
walaupun dugaan begitu mencabar jiwa tapi aku masih kuat jugak meneruskan niat utk mengantikan pose yang masih lagi berbaki ini..
inilah akibatnye kalu lewat ganti pose....bulan2 sebelum ini leka sangat dengan mengisi perut ajer.
alhamdullilah pose aku masih berbaki 1ari lagi kalu ari ini pun aku berjaya habiskan. semoga Allah membantu aku meneruskan niat aku ini...Amin.

tapi buat la (adik Ku) dan emak tersayang sorry wabak demam ini nampaknye dah berjangkit kat kalian...kesian kat Umie Adam....