KURSUS PENGURUSAN EMOSI

20.05.2011 - 22.05.2011(jumaat - ahad)
3 hari kami bertandang dan bertamu di
PERMAISURI BEACH RESORT, PORT DIKSON
seronok itu seronoklah jugak...
tapi hatiku tetap tidak ceria bila memikirkan
keadaan Ain dirumah....

alhamdulilah banyak jugak ilmu yang dapat diperolehi
dan diambil dari kursus kali ini....
terutamanya ilmu yang diberi oleh fasi...PAK DIN
begitu bernas terumatanya ilmu pemakanan yang mengikut sunnah nabi S.A.W

sorry memang tada gambar yang nak aku lampirkan...
sebab aku sendiri tak der mood nak bergambor
apa pun mari aku beri beberapa tips2... apa yg aku dapat dr. kursus

1.JGN. MKN. bawang & ketang yg tlh. keluar akar-
ini akan mengakibatkan rosak saraf otak.
2. JGN ambil sayur kubis dalam kuantiti yang banyak-
boleh mengakibatkan batu karang.
3. Adab makan- buka /longgarkan kasut ktk. makan- sistem badan tertumpu pada kaki.
4. halia bagus utk otak TETAPI tidak boleh ambil dlm kuantiti yg banyak- bole mudarat.
5. JGN MKN b'sorangan-nnti diberak / dikencing syaitan
6.bayam boleh menambahkan darah.
7.daging yang bagis adalah daging kambing.
8.berilah salam ktk. masuk rumah-supaya syaitan tidak mengikuti kamu.
9.JGN makan / minum berdiri-dikhuatiri mudah diserang penyakit angin amar
10.perkara pertama lepas bangun tidor-BASUH tangan terlebih dahulu (sunah NABI)
11.bersarapan mengikut Rasullah S.A.W- air suam, buah2, bijirin, sup dan susu
12. 2 golongan yg masuk neraka :- a) Sombong, b) Kedekut

ini sahaja yang dapat aku kongsikan...dan semoga kita sama2 renung2kan...dan beramal INSYAK-ALLAH, semoga ALLAH akan memberi lapangan hati kita untuk menerima perkara yang baik dan berhenti dengan segala perkara yang buruk...AMIN

koleksi novel - April 2011

inilah antara novel yang aku suka dan calonkan untuk 
bahan bacaan bagi bulan April 2011
rasanye banyak tau yang aku dah baca dan belek tapi 
dalam banyak itu yang ini jer...aku suka 
nak olah.....
1. Pilihan Pertama
 Sipnopsis : Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”
Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”
Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”
Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.
Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.
Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya
Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama.  Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.
Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

2. Pilihan Ke-2


 Sipnosis :
Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim
Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?
***
Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”
Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?
***
Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)
Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.
Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta? 

3. Pilihan Ke-3
Sipnosis : Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania.





pose + cite lama - 'Ain' masuk wad lagi.....

Ain masuk wad lagi....
inilah dia penyakit keturunan kot..
selagi tak masuk usia 3thn...
kerjanye klinik hospital klinik hospital...
tak kemanalah....
kali ini buat tahun 2011...Ain dah chek- in kat 
hospital Pusrawi 5 hari (25.04.2011 - 29.04.2011)
sakit biasa..berkahak + ASMA.
setiap kali buat treatment ini mesti dgn airmata + kunfu sholin dia
ini dia diam kejap ini sebab suruh pose gambar kejap...pandai itu


kesian bby 'Ain'kan...


tengok itu memek muka Ain...yg belbagai...cute lah itu (mmg cute pun..anak sapa klu bukan anak uuumiiii)

SELAMAT HARI JADI BBY AIN KE-1thn

selamat hari jadi...
slamat hari jadi....
selamat hari jadi....ain....
selamat hari jadi.....
yahoooo....06.05.2011
genablah usia bby ku 'Ain' setahun 
setahun dah...wah Ain dah besor
sekelip mata jer rasanye
rasanye masih baru jer
aku melahirkan Ain ke dunia ini
tak tersangka pejam pelik masa berlalu begitu cepat tanpa 
dirasai.....
meh tengok ....beberapa kenangan yg dapat disimpan
untuk brithday Ain....
ini sapa yg potong umi k bby?

ok bagi bby dulu rasa...

kek hari jadi 'ain' yg pertama....

wah...si kakak dah meleleh tengok kek..