PESTA BUKU DATANG LAGI......

  INILAH PESTA YANG AMAT AKU NANTI2KAN, EIII TAK SABAR RASANYE, TAPI PELIKAN KENAPA BUKAN BULAN MAC SEPERTI TAHUN2 YG LALU?....

LAMBAT PULAK KALI INI, ITU YANG BUAT TAK SABAR ITU....PASTINYA AKU SUDAH MULA MERANGKA PERANCANGAN UTK. KE PESTA BUKU KALI INI....SELAMAT DATANG.

 22 APRIL 2011 - 01 MEI 2011

PERMULAAN YANG BARU - 2011

akhirnya siap jugak rumah aku yang telah memulakan revonationnya hampir 1 bulan lebih (15.12.2010 - 11.01.2011) 
semalam 2 hari jugak aku + hubby sibuk mengemas rumah walaupun masih tidak habis lgi mengemas.
al-hamdulillalh aku tetap bersyukur...akhirnya rumah idaman aku siap jugak, walaupun...
ada jugak yang beberapa hal yang tidak aku senangi, tak mengapalah itu dah cukup baik dan patut diucapkan syukur.
akibat sibuk membantu umi + ayah dia mengemas...kakak (anak aku yg sulung) telah diserang asma (penyakit dialer itu) mungkin sebab rumah yang masih banyak habuk dan barang2 rumah yang jugak turut berabuk itu membuatkan kakak terkena serangan asma. so...ari ini kakak dapat mc dan rehat sahaja dirumah ditemani ayah..
ayah hari ini ayah kena ambik cutilah yee..jaga anak kat umah....cayang huby.

KOLEKSI CERPEN 2011 (1)

ini buat pertama kali nye aku cuba nak melebelkan koleksi novel dalam simpanan aku.
walaupun sebelum ini dah hampir 100 + + koleksi novel yang ada dalam simpanan aku, tapi inilah kali pertama untuk aku label dan huraikan dalam ruang blog aku sendiri...semoga dengan bermulanye dua novel yang baru jer habis aku khatamkan ini membuatkan aku lebih semangat untuk teruskan merealisasikan di blogku ini.


sinopsis :

Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.
Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya… mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya mendorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.


Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya perngorbanan cinta?


Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya? 

pendapat aku sendiri :

dah lama aku tak baca buku yang berkisarkan pencarian cinta seperti novel ini....bagi aku, cerita ini memang menarik, membuka mata bagi orang yang sedang hangat bercinta sekarang ini, bahawa jodoh dan ketentuan itu hanya Allah jua yang lebih mengetahui dan berkuasa menentukanya. jangan sangka bila dah lama menjalin kasih itu tandanya 'sidialah ' jodoh kamu mungkin jugak ia mungkin jugak bukan...dan sapa menyangka orang yang tidak disangka-sangka itulah rupa-rupanya jodoh yang telah dipilihkan buat kamu....satu yang menarik dari hati aku tentang novel ini perkahwinan campur betul2 mengikut seruan kerajaan itu untuk menjadikan negara kita 1 malaysia, dan rupa paras, warna kulit, bangsa dan agama bukan satu masalah dalam mewujudkan cinta, 
bagi fariz, rupa paras raisya bukan menghalang dirinya untuk jatuh cinta dan memiliki hati gadis india muslim yang memiliki paras manis seperti sneha (heroi filem tamil yg aku suka itu...cuba lah tengok kat internet kalau nak tahu ler). namun begitu banyak jugak cobaan untuk mereka, kerana masing2 pernah terluka dan cuba untuk menjadi sahabat dan teman bagi merawat luka masing2, tanpa disedari rupanya cinta telah menyapa dihati. 
aku suka dengan pengakhiran cerita, bila jaspal dan shereen akhirnya kembali bersama dan hati mereka menemuai hidayah Allah yang telah dititipkan dalam hati mereka dari hubungan cinta mereka sebelum ini. jadi tak sia-sialah fariz dan raisya menanamkan benih islam dalam diri mereka.

sinopsis :
RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami
oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan
Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan
pertunangan itu.


Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia

bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan
itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh
untuk memutuskan pertunangan mereka.


Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk

membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu
telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan
oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.


Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih

mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?


pendapat aku sendiri :
cerita ini bagi aku best...memang bole nampak ciri2 tomboy itu pada camelia dari segi percakapan dan sikap dia yang kasar itu, tapikan selalunya gadis yang macam camelia ini mesti cute walaupun sikap dia kasar macam jatan dan yang menariknya camelia tidak seperti gadis yang biasa digambarkan yang mempunyai sifat gedik + lemah lembut melampau ler....aku kekadang aku pun geli bila mengambarkannya. lebih baik jadi mcm camelia tidak hipokrit pada diri dan orang lain...aku suka sikap macam itu.
bagi lelaki macam halil ini memang sesuai sangat jodohnya dengan gadis macam camelia barulah dia merasakan bukan semua perempuan yang dia boleh tergoda dengan rupa parasnya yang hendsome itu.tindakan ibu halil dengan meminang camelia adalah umpama serampang dua mata, satu sebagai memberi pengajaran buat anak bujangnya itu sepaya lebih menghormati wanita dan kedua hanya camelia yang dapat menundukan sikap buruk halil.
di pertengahan cerita walaupun camelia dan halil telah memutuskan pertunangan, namun akhirnya berkat usaha halil yang tidak jemu memujuk dan merayu akhirnya camelia terbuka jugak hati untuk menerima halil sebagai suaminya. tahniah halil....


MY PRINCESS

tengok pada tajuk diatas..aku dah mula senyum sendiri (terkenangkan hero + heroinnye), inilah drama korea terbaru yang aku tengah gilakan sangat...layannnnn habis. nak tunggu dia punya update cite kat youtube atau viiki bukan main lama lagi....(sebenornye kurang sabao jer itu).
aku suka betul dengan gabungan hero + heroin dia classs gitu....tak caya mai tengok clip2 yang aku kepil ini,



hendsome kan Song Seung Hun padan sangat dengan Kim Tae Hee yang mukanye itu macam potogenik, memang sesuuuuai itu yang buat aku teruja sangat nak tengok drama ini...hahaha...
bagi tahun 2011 ini aku tengok bukan main banyak lagi drama yang best2 di keluarkan, rasanye aku akan jadi mania balik pada drama korea ini.

sapa kata ada baby bole mengongkong masa untuk hobi...bagi aku, walaupun aku dah ada 'Ain', aku masih bole lagi layan buku2 cite aku dan drama2 korea aku itu....jangan jeles...'Ain' bukanlah penghalang untuk aku teruskan minat dan kesukaan aku itu...dan bagi 'Ain' anak umi yang cute thanks sayang sebab tak kacau umi.

TAKZIAH BUAT MASNIDA & NOR ZURA

TAKZIAH buat kekawan aku, masnida dan norzura yang menghadapi musibah ketika ini, semalam aku baru jer terkejut dengan berita kandungan sahabatku zura yang telah tiada lagi, aku turut merasa simpati dan sedihnye..ketika itu terkenang pulak, saat2 pengalaman yang sama pernah aku lalui...buat sahabatku zura, jangan bersedih sangat terima segala itu sebagai satu ketentuan dariNYA yang lebih mengetahui dan usaha lagi...insyakAllah, Allah maha mengetahui dan berkuasa.....

pagi tadi setelah semalam bercuti, aku dikejutkan pula dengan berita kematian ayah masnida, buat mas...akak minta maaf sebab tak dapat nak pergi menjenguk...(ada hal kerja yang tak dapat nak elak), apa2 pun akak turut merasa sedihnye..atas kehilangan seorang bapa(sepertimana apa yang pernah akak rasa 4 tahun yang lalu, saat 'apak' pergi buat selama-lamanya). 'alfatihah'  sahaja yang dapat akak sedekahkan buat arwah ayah mas..semoga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan diantara orang2 yang beriman... Amin.

adat lah yang muda akan tua dan yang hidup akan pergi...tapi tak mestinya yang tua ajer perlu ingatkan MATI, kita yang masih muda dan separa muda ini pun kena jugak selalu ingat mati....so renung2kan.

muka baru 2011.....baru Ke?

mai tengok muka tahun 2011...amacam cun tak wakawa eh..eh... cun leh sangat. ini sesi bersahaja sesi mood mengada-gada time camni rasa senorok sangat mengexposekan diri sendiri..biarlah ape pun orang nak kata, nak kutuk aku tak kisah...pedulikan hahaha...sebab orang cam itu ada pangkat PHD dalam dirinye.

mai tengok meja kerja dan rakan sekerja aku pulak.....
inilah kak azreen atan, antara Otai MAIWP yang terkenal.....kalu waktu pepagi camni dia memang nampak cam sibuk sikit....al-mnakumlah VIP sewa itu. tadi dia baru jer tercalon sebagai AJK BPP 2011 ok kak Reen semoga sukses menjalankan tugas Badan ok, jangan terkulai layu sudah.

inilah meja kerja aku, nampak cam banyak koje kan...tapi yang pasti idokler banyak pun.....hahaha.....gaya jer lebih....macam iklan itu kata gaya mutu keunggulan gitu.


hari, aku dengan gatal kakinye...dan keingginan yang begitu menguja, telah mengatur langkah untuk membuang duit yang ade ke shopping mall ( the Mall), misi aku ari ini ialah ke ELIANTO membeli belah serba sedikit alat makeup ler. niat pi sana ingatkan nak beli satu atau dua eyeshadow jer tapi last2 hah ambik kau habis RM102.90 duit aku nak tahu apa yang aku beli ......eyeshadow sampai 4, blusher 1, lipliner 1 dan makeup base 1 inilah akibatnye kalu tergoda dengan jurujualnye...cun sesannngat siotttt. tapi sayang bukan pompuan sejati....donnnat (nyah..) upenye...tapi yang pasti cunnnn gilller, sampai aku yang perempuan ini pun tergoda youuuu.

jangan silap faham bukan tergoda 'gitu'..tapi tergoda dengan melihat kelicinan dan kegebuan wajahnya...siap berangan lagi, 'kalaulah...kulit muka aku semulus dan gebu cam ini fuhhhh...cun nye aku' cehwah. tak ape aku dah pasang angan2 ini nak pi cari mana2 salon untuk mencantik molekkan wajah ku yang tersedia cantik ini...sesekali apalah salahnye memanjakan diri sendirikan. hm...bagi korang yang perasan cun dan cantik macam aku itu, jangan setakat bersyukur sahaja, yang penting cari cara macamana nak mengekalkanye pulak...

TAHUN BARU BERMULA - selamat datang 2011

hm...udah 2 hari tahun baru bermula..agak terlambat untuk mengucapkan selamat datang, tapi tidak terlewat untuk menyatakan selamat tahun baru buat semua....

hm...kalu ditanya tentang azam tahun baru...aku mula tersenyum simpul dah sampai nak jadi kuih siput pulak..manataknye...azam lama pun masih tak tercapai..so buat ape nak bina azam baru....kan, buat penat ajer berazam...apa azamnye? he he he (mengimpikan menjadi isteri solehah buat sihitam manis) itulah azam aku semenjak 8 tahun yang lalu...tapi tetap jugak tak tercapai. tambahan pulak sejak dua ini asyik angin jer dengan  si dia, KENAPA?...entah no komen. perubahan hormon dalam badan kot..

apa2 pun sebelum melangkah lebih jauh ini ade beberapa pose yang dirakam yg tak sempat nak dimasukan dalam blog aku bagi tahun 2010....okler selamat tinggal 2010. banyak benor rasanye kenangan terindah yang dicipta ....antara kenangan itu :-

1) kelahiran 'Nur Ain' sicomel yang melengkapkan lagi bilangan ahli keluargaku 2 + 3 = 5, (06.05.2010)
2) Tahniah ! buat aku dan huby yang akhirnye kami disahkan jugak dalam skim pencen + berhak mengeluarkan wang KWSP. (banyak impian yg turut tercapai...best sangat).
3) selamatnye bersunat buat abang ngah (wawan pada 05.12.2010), cepatlah membesar siteruna aku itu..alhamdullilah.
4) Tahniah buat kakak + abang ngah yang memberi pretasi belajar yang membanggakan buat umi dan ayah, TQ.
5) membina vila impian dengan lebih sempurna buat teduhan kami sekeluarga (TQ huby sebab membelanjakan wang untuk memenuhi impian umi...sayang Dia).

ini antara perjumpaan bulanan yang terakhir MAIWP bagi 2010, merangkap majlis perpisahan buat CEO yang akan blah dari MAIWP hunjung bulan 12hb....Sayonaraaaa......




orang sibuk berucap kat depan, kami pulak busy dengan chat + beraksi mesra ekeleh....aselehehhhh



ini saat menunggu makanan...kononye nak p makan stemboot at-last makan malam biase jer...restoran yang nak p itu tutup pulak cian  mak bunyung sorang itu...terliur air liur sebab tak dapat makan apa yg dihajati.

cadangnye nak beli cermin ini...tapi baru bercadang dah kena cantas dengan big boss...ikut jerlah duit diakan. walau hati rasa keciwa.

cadang nye nak cari sermin bilik air sebesar cermin ini...ok kan...biar besar clear sikit...

gelagat 3 insan yang dah kepenatan....kesian huby aku itu mengekor jer dari belakang

ok sayannng Dia....

ini cuma nak ambik gambo rak jer....budak yg jadi model itu memang suka expose

sory gambo terbalik
ini pulak pose masa pi membeli belah kat IKEA...tak der aper yang menarik pun...cuma beli sedikit barang yang perlu ajer untuk aksesori ruang baru kat umah aku itu.

oklah apa pun aku berharap dan berdoa semoga tahun 2011 lebih mambawa ke berkatan dalam keluarga dan rezeki dan semoga hidup aku + huby + anak2 + family + sahabat handai dilempahi dengan kegembiraan. Chaiyokkkk.