catatan raya 2012

nak tahu juada pertama di hari raya aku di kampung
hah...ini dia
seawal 7 pagi aku dan ayang (kakak no.2) dah bertungkus lumus di dapur menyediakan nasik Bukhari ini tau.
akuk ini entah angin aper rasa teringin sangat nak jadi mastercef di pagi raya dengan memasak makanan ini.
siap telefon master ji (pck Al-Selamat) minta perturunkan ilmu.
ialah semalam dah penat cari bahan so...pagi itu kami bersungguhlah pulak nak sediakan hidangan,
tambahan pulak bila niat baik suci lagi murni kami itu di perlekeh + di pandang enteng + dicabar oleh abang aku sapa lagi abang Mei ler....
dia ini mmg camtu...suke buat orang GRRRR GERAM.
tapi itulahkan berkat kesabaran dan kesungguhan aku dan kakakku yg tersayang lahirlah jugak hasil tangan kami itu khihkhiiiii.....siap kena puji lagi...
'my ubi' kata ok..lah ini.'

nak tengok pulak apa hidangan ke-dua ....
laksa

Mee Sup
ini hasil tangan dari kak yong (kakak aku yg sulung)...mmeng fuyooooo
mavelov.....sedap + terangkat.
sbb kakak aku ini mmg pakar memasak...rasanye tak der lagi adik2 dia yg bole lawan hasil tangan dia ini....

tak lupe menu ini mmegnyer WAJIB OK WAJIB....tak der ini tak dor maneler rayer 

kenyang lah perut2 kami dan tetamu yang datang...benar senorok.
tapi itulah sebab ramai sangat tetamu sampai aku pun tak beraya
dan yang sedihnyer tak sempat pun nak melaram dengan baju raya...waaaaa
HAMPEH.......

stop raya 1...mai tengok menu raya kedua pulak...
menu yang ini hasil tangan dari cef kundang kak Gee (kak ipar aku), sbb dia ini selalu masak sup sedap sangat so kitaorang lantik dia jer yang masak ari itu dibantu oleh kak Wani (kak ipar aku jugak).... mmg membuka selera sambil berebut-rebut...tahu jerlahkan bila dah kumpul ramai2 ini 
aksi pirana itu mmeg ader ler.

dan raya kedua ini ajer kami kesempatan beraya tapi tak sempat pusing ler....biler petang jer ujan pulak
rosak program....

dan akhirnyer raya ketiga aku pun pulang ke rumah mak mentol pulak....
dirumah mak mentol biase jer tak der yang menarik pon...so ...itu jer ler...

walau apapun raya tahun ini aku masih kesemptan bertemu dengan BFF yang dah lama benor tak jumpa kalu bukan IJAi....rindu beb teman permainanlah katakan...walaupun tak kesempatan untuk berbual panjang namun...terubat jugak rindu kat teman2 lama...teringat pulak kenangan kecik2 dulu...
dan yang tak bestnyer...takder satu gambar pun yg dapat aku rekodkan ialah kamera pun rosak
HAMPEH...

RAYA YG HAPPY..THE BAEEEK

bagi aku raya tahun ini raya yang tidak disangka dan 'the baeek ler'
nak tahu sebab ape?....
hah...sebab sehari sebelum raya tetibe jer 'my ubi' mempelawa aku untuk beraya di...sini
dimana? di...kampung halaman ku...YAHOOOO

aku punyer terkezut + tak percaya dengan kata2nyer rasa macam ade something pulak...
aku suruh dia mengulang ayat power itu sekali lagi untuk memastikan
yang telinga aku ini still clear mendengar setiap biji butirnyer....suspenn beb
'abang rasa tahun ini kita raya sini dulu lah' 

itulah kata2 yg paling sweet aku dengar utk raya sepanjag 11 tahun perkahwinan aku
sampai meloponglah jugak mulot...agaknyer mesti kelakor kan bila tengok mimik muka aku masa itu..khikhi
setelah tersedar sendiri aku berlari sambil melompat ke arah mak sambil menyatakan perkhabaran itu...
see...mak pun macam tak percaya dengan kata2 aku...
'betul ker..nak raya kat sini dulu tahun ini...nanti last2 minit tukar fikiran pulak' 
haa ambik kau...bukan aku jer tau yg fikir camtu...ini kalu kelut tahu dia pon bole terlopong...ahak

whatever yg penting tahun ini aku raya kat sini YAHOOOO dalam kepala otak dah rancang macam2 terutamanyer menu utk raya...aku ingat tahun ini aku nak cuba buat 'nasik bukhari'lah...jadi atau tak itu belakang kiranya....

o ler selesai chapter Raya 1 dulo
nanti aku citer kenangan raya di kampung halaman...seeee yaaa




SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA

aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA
buat semua kekawan, sahabat dan keluarga yang tersayang
walau dimana pun berada
semoga raya tahun ini membawa 
lebih kemeriahaan dan kegembiraan buat semua
termasuk ler aku...hehehe

esok aku akan PULANG.....
pulang ke kampung halaman....
tak sabar rasanye sebb dah lama tak balik kampung
dan tak sabar jugak nak berbuka puasa dengan  mak tercinta...yahoooo

dan seperti tahun2 sebelum ini, hari sabtunyer pulak aku sekeluarga akan
pulang beraya ke PARIT BUNTAR
pulak.
kan selalunyer camtu...beraya kat sana sebelum pulang beraya pulak
di kampung halaman aku (BOTA)
sebenarnya bagi aku beraya dimana-mana pun sama...
kat umah mak mertua ke umah mak sendiri ker
semuanyer sama best....
yang penting aku dapat bersama Suami tercinta dan Anak2 tersayang...betul tak?

oklah nak balik dah esok balik raya ....bye....
SEMOGA PERJALAN ESOK SELAMAT DAN DILINDUNGI...AMIN.

BANTING + KEROPOK + BERBUKA BERSAMA

sabtu lalu (4.8.2012) berbagai plan dah diatur, bermula dengan perjalanan ke Banting, Selangor bertujuan untuk membeli keropok2 sehingggalah merancang untuk majlis berbuka puasa dengan adik beradik dirumah la.

pagi itu, seawal pagi aku dah bersemangat bangun pagi bersiap untuk pergi ke Banting macam yang dah dijanjikan dengan Ina (ofismate). pada mulanya ingatkan Ina akan bertolak awal pagi, tapi disebabkan hampir tengahari Ina masih tidak bertolak dari rumah dia. aku yang tealah mula gelisah akhirnya ambil keputusan untuk pergi sendiri dengan myhuby, anak2 dan emak. lebih kurang pukul 11pagi, kami telah bertolak ke Banting, walaupun tidak tahu lagi dimana tempat keropok yang dikatakan Ina, tapi huby macam redah jerlah kesana walaupun sesat semasa pertengahan jalan. namun akhirnya kami sampai jua ke pekan / bandar Banting. bagi aku inilah kali pertama aku menjejak kaki ke sini...hm...oklah besar jugaklah bandar Banting ini. 
sampai disana, kami menunggu seketika Ina dan suaminya yang akan membawa kami ke kilang atau kedai keropok yang dikatakan. hampir setengah jam kemudia, Ina pun sampai dan kami terus di bawa ke satu kampung yang dikatakan pusat setempat memproses makanan tersebut. sampai di satu tempat mmg kelihatan banyak kenderaan yang berhenti dan ramai orang yang berpusu dengan tujuan yang sama seperti kami.
dari satu tempat Ina dan suaminya membawa kami meneroka ke tempat lain dan akhirnya sampai ke semua kedai yang agak kedalam dikawasan kampung (aku sendiri x tahu nama kampung itu pun). sampai sahaja disana aku begitu teruja untuk melihat dan membeli kerepak atau apa jua keropok yang ada untuk dibeli. melihat stok keropok dan kerepek yang ada, aku sedikit terkilan...sebenarnya indah kabar dari rupa, keadaaan disana tidak seperti yang aku sangkakan, walaupun banyak jenis keropok dan kerepek namun masih tidak memenuhi kehendaka aku dari segi jenis yang aku cari dan harga. sebenarnya harga keropok disana bagi aku mahal dan tidaklah semurah yang disangka pun. mungkin kerana kami hanya membeli secara retail bukannye borong jd harga yang ditawarkan seperti harga biasa di kuala lumpur sahaja.

setelah menghabiskan masa hampir 3 jam disana, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. malang pulak perjalan pulang huby tersesat jalan hingga ke Klang. perjalan yang kononya hampir 1 akhirnya memakan masa ke 2 jam...lamakan. akhirnya dengan badan yang penat, kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 4 petang. dengan rasa badan yang letih...pulang kerumah La, terasa beban pulak bila melihat tiada satu masakan pun yang dimasak. nampaknya adik sayang aku( la ) betul2 berat tulang bila dia malas nak memasak dan sanggup utk tggu kami balik.

namun mujurlah maksu ada datang, dan makan berbuka dapat disiapkan dengan lancar dan cepat apabila ramai yang membantu. dan aku telah menyumbangkan 2 jenis masakan ringkas aku iaitu sayur campur + telor burung puyuh bersambal, hidangan lain ada pageri nenas (maksu masak), ikan goreng (mak masak), kari ikan(kak. Ana masak), kuih2 + ayam golek(dari bazar ramadhan). 

tapi walau apapun hidangan berbuka puasa malam itu, yang istimewanya apabila kami adikberadik berkumpul sambil menikmati hidangan denga mak tercinta, alhamdulillah....riuh rendah sambil menikmati hidangan, the Best...

stok susu utk Ain


inilah stok susu DUTCH LADY 123 Ain yg baru ajer diambil dr pemborong kita pn. Masnida mohd Ali yg sekarang dah pun bergelar toukey SUSU.

hebat pn. Masnida ini, ramai betul peminat dia, kebanyakan ofismate meluru2 jumpa dia utk berurusan dah mcm kat bursa saham tau...kalu dia sekali bagitahu offer harga susu siap buat laungan dah mcm lelongan kat bursa saham itu.

aku tak order banyak pun susu utk Ain, sbb Ain tak minum banyak pun susu...dia minum susu dutch lady ini bila dia di rumah Kak Ida (Pengasuh dia) jer, tapi bila balik jer ke umah dia terus minta susu dkt aku (susu badan..alhamdullilah buat masa ini masih ada lagi stok susu sendiri, cuma tak pasti banyak atau tidak jer).

itulah sekarang Ain dah umur 2thn 3 bulan, aku ingat nak berhentikan dia susu umie tapi susah betullah..sbb bila kat umah dia langsung tak nak minum susu dutch lady dia, minta susu pun tak. susah..kan!.

itulah bila tingal dengan ayah dia kat umah(sesekali kalu ayah dia bercuti) dia mmg tak minum susu, dia lebih banyak makan nasik dan ayah dia akan belikan susu dutch lady kotak ajer lah.

ini stok yang aku beli utk perkiraan 5 bulan ajer, nak tengok mcmana dulu. td aku baru orderkan pulak untuk susu Adam (anak la) habis sudah duit aku. la order DUGRO 123 sebanyak 12 bungkus berharga RM186. oklah itu cukup utk beberapa bulan dah jimatkan. harga yang ditawarkan pun murah sesangat...mcm susu DUTCH LADY harga yg aku beli RM 14.00, utk DUGRO pulak RM 15.50, kalu nak dibandingkan dengan harga pasaran mmg banyak sangat kurangnya...kalu org yg rajin tengok / semak harga susu dipasaran tentu tahu...DUTCH LADY kalu sale pun dpt. kurang RM 18.99 kalau DUGRO sale pulak RM 19.99. hah cuba tengok banyakkan kurang dan jimatnye beli dengan taukey susu ini.

UNTUNG...LAH