SALAM RAMADAN

alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi hari ini merupakan hari kedua aku berpuasa begitu juga buat sekelian umat islam. alhamdulilah jugak walaupun baru permulaan puasa, aku dan sekelian kekawan masih teguh dan kental menghadapi puasa..tapi tahun ini ada sedikit perubahan tau...perubahan yang baik. permulaan puasa sudah diberi arahkan oleh en. karim untuk membuat tadarus sepanjang bulan ramadan ini oleh semua staffnya..yang bestnya staff lelaki harus bertadarus dengan dia setiap pagi...baguslah begitu...dan sepatutnya begitu...harap2 biarlah berterusan begitu hingga akhirnya.

hm...ini nak bercerita tentang juadah berbuka puasa pulak...semalam ari pertama puasa dan hari pertama berbuka. aku masak simple jer...maklumler dah tak sempat nak buat berbagai itu tambahan pulak dah ada Ain, namun begitu terima kasih buat hubby dan kakak kerana membantu umi menjaga Ain sementara umi sibuk di dapur. dan berpuasa kali ini pun lebih bermakna bila kami sekeluarga dapat bersolat berjemaah bersama gembira ajer rasanya...hubby pun begitu baik hati nak mengajar aku mengaji walaupun menbaca al-quran hanya dapatsedikit ajer..itu dah memadai...dan harap2 biarlah berterusan jugak.

buat anak2 umi kakak dan abang wan, umi berharap sangat anak2 umi tahun ini boleh tingkatkan bilangan hari berpuasa walaupun umi tahu begitu susah dan payah anak2 umi untuk melakukanya. apa2 pun syabas anak2 ku...ari ini umi nak masak ape yeeeee?