selamat ari raya & selamat menjamu selera

selamat ari raya pada semua yang telah berjaya melaksanakan ibadah puasatahun ini TAHNIAH....termasuklah aku Yahooo..raya sudah.

syukur alhamdullilah tahun ini aku masih lagi berkesempatan untuk menyambut raya bersama orang2 yang tersayang dan termasuk ler si kecilku 'ain tomel'. tahun ini sebabkan rasa teruja sangat nak beraya aku telah memujuk cik abang aku untuk menyambut raya di kampung aku..ialah tahun inikan ramai baby baru kat umah aku. ada baby harith, baby dani dan baby ain cuma yang tak sempat jumpa baby mikail jer. tapikan pagi raya ke-2 aku dah pun kena berkemas balik ke parit buntar his...maleh..nye, tapi nak buat camna dah janjikan kenalah bertolak ansur.

balik jer dari kampung, la ini sibuk pulak untuk menyambut raya kat opis...isnin minggu depan semua unit sibuk untuk persiapan sambutan raya BPP. tapi yang inilah yang aku paling tak puashatinya....tak cuka..tak cukalah.
aku tahulah dah sebulan berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga, tapi tak bermakanan bermacam-macam, bila dah bole makan itu nak buat jamuan pun sampai nak melambakkan makan semahu-mahunya, itu bukanlagi nak berjamuan makan tapi buruk lantak tak pun muntahkan darah macam orang kampung aku cakap buruk becike heiii buruk laku betul biorle berpada cik kak oiiiiii.

yang jadi ketua mula nak tunjuk kuasa, macam raja pulak takpayah tanya ajk terur jer buat keputusan sendiri menentukan apa yang akan disediakan oleh orang lain yang dia putuskan itulah kehendaknya...wah besarnya nafsu. kalu ye pun...bebawak ler cover sikit, cubaler berbincang dulu, manalah tau kot ader yang tidak setuju ker, tak suka ker, tak puashati ker..sebab bukan semua yang bernafsu besar macam dia sorang.

his...lemaslah baru jer habis bulan puasa, aku mula buat dosa balik. rasanya cukup ler aku melepaskan rasa tak puashati aku ini setakat ini jer...nanti makin banyak melalut makin banyak pulak aku kutuk dan makin banyak ler dosa aku...aku jugak yang dapat saham neraka ye.

apa2 pun selamat menyambut syawal yang mengembirakan.