KENDURI SUNAT WAWAN part 1

05 Disember 2010 (Ahad) satu2nya hari yang bersejarah buat siterunaku (Wawan) dan aku sebagai UMInye.. hari itu kenduri sunat wawan berlangsung bersama sepupunya Faiz dengan penuh kemeriahan yang tidak disangka-sangka. kalu ditengok dari segi persiapannya dah mengalahkan majlis kawin pulak...tapi yang seronoknye bila dapat melihat kemeriahan majlis itu. memang betul2 macam kenduri kawin, ramai jugak tetamu yang datang sampaikan cenderahati untuk tetamu yang disediakan pun tak cukup dan lauk-pauk yang mak order (secara katering jer) untuk 300 tetamu pun setakat cukup2 jer...mujurler cukup jugakkan, kalu tak naya + malu jer.

tetapi walau apa pun Alhamdulillah...syukur majlis bersunat itu berjaya dan selamat....dan yang penting pada hari itu bole mengumpulkan adik beradik + sanak saudara yang lama tak jumpa itu, cuma yang tak best itu Kak Yang (kak aku yang ke-3) sekeluarga jer yang tak dapat balik. jom tengok gambo kemeriahan majlis itu kat bawah ini.....:)

ramai jugak ler tetamu yang datang, tapi yang ramainye sedara mare jer...mak pulak bukan main sibuk lagi dia melayan dan menyambut tetamu yang ada...tapi dia jugaklah yang paling gembira aku tengok..al-maklum ajerlah inilah kenduri yang agak besar dibuat seteah sekian lama tak buat kenduri, sejak adik aku (kelut) kawin 5 tahun yang lalu...dah lamakan masa itu masih ada lagi arwah apak ( apak...alangkah seronoknye kalu apak pun turut sama ada bersama kami..tentu ler lebih meriahkan..kan...)                            
 wah bukan main seronok lagi si teruna aku ini...dia tak tahu nasib dia esok..haha..haha...berseronok ler ye wawan esok dah nak kena berpantang...


bukan main lagi budak dua orang inikan (faiz + ikah)
inilah antara juadah katering yang dihidangkan....sedap....
inilah Cik Pina jurukamera tak bertauliah hari itu, terlebih gaya dia ini

 ini tengok..siap ade hidangan makan beradab lagi..dah macam orang kawin...kata abang aku (abang Mei) hidangan ini di taja oleh kak Shima (kakak Kak Wani) untuk dua orang teruna itu. TQ kak Shima..jasa mu dikenang .
hm...meleleh air liur adik tengok lauk ini...akak pun sampai tak tertelan air liur lagi..dah tak sabar nak terkam.
tengok penuh satu meja lauk pauk nye..buntat ler perut korang.
 wah tengok ler gaya dua orang berdua ini makan....sampai dah tak nampak orang lain lagi dah....


ini pulak mak pengantin (Aku) + kelut ( adik tercinte aku)