walaupun sebelum ini dah hampir 100 + + koleksi novel yang ada dalam simpanan aku, tapi inilah kali pertama untuk aku label dan huraikan dalam ruang blog aku sendiri...semoga dengan bermulanye dua novel yang baru jer habis aku khatamkan ini membuatkan aku lebih semangat untuk teruskan merealisasikan di blogku ini.
sinopsis :
Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.
Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya… mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya mendorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.
Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya perngorbanan cinta?
Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?
pendapat aku sendiri :
dah lama aku tak baca buku yang berkisarkan pencarian cinta seperti novel ini....bagi aku, cerita ini memang menarik, membuka mata bagi orang yang sedang hangat bercinta sekarang ini, bahawa jodoh dan ketentuan itu hanya Allah jua yang lebih mengetahui dan berkuasa menentukanya. jangan sangka bila dah lama menjalin kasih itu tandanya 'sidialah ' jodoh kamu mungkin jugak ia mungkin jugak bukan...dan sapa menyangka orang yang tidak disangka-sangka itulah rupa-rupanya jodoh yang telah dipilihkan buat kamu....satu yang menarik dari hati aku tentang novel ini perkahwinan campur betul2 mengikut seruan kerajaan itu untuk menjadikan negara kita 1 malaysia, dan rupa paras, warna kulit, bangsa dan agama bukan satu masalah dalam mewujudkan cinta,
bagi fariz, rupa paras raisya bukan menghalang dirinya untuk jatuh cinta dan memiliki hati gadis india muslim yang memiliki paras manis seperti sneha (heroi filem tamil yg aku suka itu...cuba lah tengok kat internet kalau nak tahu ler). namun begitu banyak jugak cobaan untuk mereka, kerana masing2 pernah terluka dan cuba untuk menjadi sahabat dan teman bagi merawat luka masing2, tanpa disedari rupanya cinta telah menyapa dihati.
aku suka dengan pengakhiran cerita, bila jaspal dan shereen akhirnya kembali bersama dan hati mereka menemuai hidayah Allah yang telah dititipkan dalam hati mereka dari hubungan cinta mereka sebelum ini. jadi tak sia-sialah fariz dan raisya menanamkan benih islam dalam diri mereka.
sinopsis :
RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami
oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan
Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan
pertunangan itu.
Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia
bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan
itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh
untuk memutuskan pertunangan mereka.
Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk
membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu
telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan
oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.
Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih
mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?
oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan
Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan
pertunangan itu.
Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia
bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan
itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh
untuk memutuskan pertunangan mereka.
Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk
membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu
telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan
oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.
Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih
mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?
pendapat aku sendiri :
cerita ini bagi aku best...memang bole nampak ciri2 tomboy itu pada camelia dari segi percakapan dan sikap dia yang kasar itu, tapikan selalunya gadis yang macam camelia ini mesti cute walaupun sikap dia kasar macam jatan dan yang menariknya camelia tidak seperti gadis yang biasa digambarkan yang mempunyai sifat gedik + lemah lembut melampau ler....aku kekadang aku pun geli bila mengambarkannya. lebih baik jadi mcm camelia tidak hipokrit pada diri dan orang lain...aku suka sikap macam itu.
bagi lelaki macam halil ini memang sesuai sangat jodohnya dengan gadis macam camelia barulah dia merasakan bukan semua perempuan yang dia boleh tergoda dengan rupa parasnya yang hendsome itu.tindakan ibu halil dengan meminang camelia adalah umpama serampang dua mata, satu sebagai memberi pengajaran buat anak bujangnya itu sepaya lebih menghormati wanita dan kedua hanya camelia yang dapat menundukan sikap buruk halil.
di pertengahan cerita walaupun camelia dan halil telah memutuskan pertunangan, namun akhirnya berkat usaha halil yang tidak jemu memujuk dan merayu akhirnya camelia terbuka jugak hati untuk menerima halil sebagai suaminya. tahniah halil....