seminggu fuh...bukan main lagi bercutinyekan dari 30. 01.2011 hingga 05.02.2011 pulang ke kampung. kesempatan ini bukan selalu ada pun. disebabkan dapat cuti yang mahalah panjang.....so tahun ini, my hubby awal2 lagi 'booking' nak balik ke kampung dia dulu (hisy...orang tua ini macam itulah ada2 jerlah).
percutian balik kampung kali ini..agak menarik (tak ler macam selalu itu, asyik terperuk ajer kat umah buat taik mata) dari hari pertama sampai ke-3 ada jer idea nak berjalan2 cari makan. kali ini aku ajak myhubby ke Perai melawat Mikhail + Mia (sampai jugak akhirnya neny ke umah mama syilakan), sehari suntuk jugak ler berjalan walaupun sesat baratlah jugak. sebenarnya sebelum ke Perai kami sempat lagi melawat kak Long (kakak ipar aku) kat Alma, Bukit Mertajam siap makan tengah hari lagi.
hari Rabu baru bertolak balik ke kampung aku (Bota) sampai kat umah, maksu pun ada balik rupanya, kata tak balik....meriahlah rumah mak 2-3 hari ini, dah macam raya pulak. akuk sepanjang cuti balik kampung ini memang rehat habislah...rehat kedapaur jer, tunggu makanan siap berhidang baru gi makan. hahah pemalas betulkan, op....bukan salah aku tau, sikecil aku itu (baby Ain) tak mahu berenggang + sombong betul dengan orang lain, jadi susah untuk aku kemana-mana (ceh wah...itu alasan jer) p:
ini gambo masa dalam perjalanan balik kampung hubby...
disebabkan perjalanan yg panjang itu membosankan inilah
antara cara untuk menghabiskan masa.
yang lain...si teruna aku yang sorang itu
habiskan memory HP aku dengan membuat klip video dia sepanjang perjalanan
ado2 ajer dia kan...sampai habis jugak ler battery HP aku ini....