koleksi novel - April 2011

inilah antara novel yang aku suka dan calonkan untuk 
bahan bacaan bagi bulan April 2011
rasanye banyak tau yang aku dah baca dan belek tapi 
dalam banyak itu yang ini jer...aku suka 
nak olah.....
1. Pilihan Pertama
 Sipnopsis : Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”
Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”
Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”
Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.
Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.
Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya
Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama.  Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.
Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

2. Pilihan Ke-2


 Sipnosis :
Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim
Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?
***
Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”
Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?
***
Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)
Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.
Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta? 

3. Pilihan Ke-3
Sipnosis : Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania.