lelaki idaman malaya kini Seth Tan - 'Nora Elena'

aku agak lerkan.....ranting cite 'Nora Elena' ini memang memuncak 
mana taknye...dah jadi buah mulut kekawan aku kat opis nun..
itu tak masuk lagi jiran tertangga ku yang dah 24jam dok umah
punyelah hebat nye drama itu...bagi yang pompuan tentulah
kehensome dan kemachoan Aaron Aziz bisa membuatkan hati berdenyut-denyut...
terpaku mata dikaca TV...sampai dah tak mahu berganjak bertambah
pulak dengan aksi Romantikanye...hebat kan
melihat watak lelaki sehebat Seth Tan...rasanyelah
semua pompuan tak kiralah yg.dah berstatus berkahwin ke
bujang dara ke...of couse...berangan2 inggin kan....
suami + boyfren cam ST....termasuk ler aku (Sebenornye) khi..hi gatal

TAPI isu nye kat sini...aku sebenarnye nak sampaikan / nak bincangkan 
isu pasal ada ke lelaki melayu seRomantik ST....
bagi aku lerkan...ini pada pandangan kabur dan kelam akulah
lelaki ini kebanyakannye lebih bersifat hipokrit jer
depa itu tak ler seromantik mana pun...
bukan tak leh nak bersifat romantik tapi...
saje maleh nak laayaannnn....
dorg kan tak suka nak layan benda remeh temeh ini...kononnye...
no..feeling..lah...
itu semua poooyooo jer 
ini info yang aku saje cari kat internet...

Lelaki Melayu dikatakan tak suka dgn perkara2 remeh...
Betul ker mereka ni tak suka mengingat tarikh2 penting seperti tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, mengungkapkan kata2 cinta juga dianggap remeh bagi sesetengah lelaki...dan membanding harga barangan antara kedai juga dianggap remeh, bagi mereka jumpa terus beli tanpa persoalkan ade kedai yg mungkin menawarkan harga yang lebih murah 

Mereka juga dikatakan tidak prihatin
Lelaki melayu kita ni dikatakan kurang prihatin akan perubahan isterinya, tak memahami bahasa, kiasan, body language,isyarat dari isteri..lambat menangkap apa yg isteri cuba sampaikan..lagi kita berkias lg dia tak faham atau buat2 tak faham..betul ker???  

Lelaki juga secara umumnya ego
Keegoan seoarang suami tu hingga ketahap sanggup menggantung isteri tanpa bertali, menidakkan hak seoarang isteri..tu bagi yg tahap kronik la..kalau yg biasa2 tu lelaki ni ego tak mahu mengaku kesalahan sendiri,ego tak mahu menerima bantuan isteri sendiri rasa diri mampu mengatasi apa jua masalah

Lelaki Melayu juga tak suka mengungkap kata2 cinta atau sayang
Bagi mereka apa yg dah mereka sediakan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, percutian tu dah cukup membuktikan mereka cinta dan sayang isteri mereka, tak perlu lagi ucapan cinta seperti yg biasa dibuat sewaktu bercinta dahulu...bagi mereka "sendiri mahu faham la"..bukan perlu berbahasa berbunga2 atau ayat berjela2 tapi bagi meraka betapa susah dan beratnya mulut mereka untuk mengucapkan 2 patah perkataan ni"sayang awak" atau "luv u"..kekadang isteri akan terasa amat dihargai walau hanya mendengar 2 patah perkataan tu saje, tak perlu emas atau intan permata dah..fikir2kan....

Kurang sikap bertolak ansur
hmmm...betul ke kurang bersikap tolak ansur, mana2 lelaki tolong jawab...
Susah mahu mengaku kesalahan dan memohon maaf
No komen la..ni pun melibatkan keegoan seorang lelaki juga, mungkin bagi mereka akan jatuh maruah seoarang lelaki jika dia mengaku kesalahan atau memohon maaf..ikutkan perempuan juga ade yg bersikap sebeginikan..

mereka juga tak suka membuat atau merancang kejutan buat yg tersayang
Ni pun antara elemen romantik juga, bagi sesetengah wanita lelaki yg suka memberi kejutan hadiah atau apa2 kejutan adalah lelaki yg romantik...

inilah antara fakta realiti yang ada sebenarnya pada lelaki melayu...kat luar sana
dan laki aku jugak...khi..hi4x

so..kalu ler ade pompuan kat luar sana yang dapat suami cam ST ini
memang bertuah badan...
tapi kalu baru berboyfren...huk alo...
itu tipu jer Dik..oiiiii
lelaki ini...selalunye begitu...sebelum dapat kalu dah dapat...
SENDIRI KENA PIKIR....
jadi buat adik2 kat luar sana
jgn mudah tertipu dgn lelaki romantik tak hengat dunia ini ok