cite lucu bulan puasa...layan......jer!

cite per-1

terkantoi makan dibulan pose

ali dan ahmad baru je bangon tdo selepas selesai menapak khemah smlm......
ahmad: waaahh... bestnyer la tdo.. sejuk gler.. lapar la pulak..
ali: ko ni tgh2 hari da bising.. kalu lapar mkn je la megi tu.. aku nk smbung tdo pun xbley!
ahmad: ko ni tdo je.. tolong aku wat megi ni kalu ko nk mkn..
dorg wat la megi.. sampah megi tu ahmad campak kat sebatang pokok pisang tua ni..
ali: ahmad!! amik balik pokok tu.. atok aku kata pokok pisang tua ade penunggu!!!
ahmad: (ejek) warghhh.. takotnyer aku..
lalu ahmad cmpk sisa2 mknn semalam kat pohon tu..
ali: tidak!!! abis lah!!
ahmad: huahahahaha..
tiba2 dtgnyer 5 lembaga putih mengelilingi mereka..
ahmad menggeletar smpi melutut..
ahmad: ampun nenek moyang!! cucu janji x kacau lagi.. cucu x cakap besar lagi.. cucu bersihkn balik!!!
lembaga: pale hangguk ko nenek.. dah3,, ikut kami kebalai.. time bulan puasa yg mulia ni pun ko mkn terang2 gini..
kuang3.. org pki jubah ngan kopiah rpenyer...

cite ke-2
 
anak yang baik

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke
syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa hendak ke neraka?"... ..

semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak
angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".

.Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh
saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai
dia jemput"... .

cite ke-3
sipenjual telur

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.