sahabat yang ikhlas

ari ini otak aku banyak berfikirkan dua perkara ini sampaikan aku mencari-cari dua sumber bagi perkataan hukum persahabatan dalam islam . perkara aku terfikir apabila petang jumaat semalam (04.11.11) aku terima cite yang tidak menarik dipendengaran telinga sendiri.

so apakata kita tengok bacaan ini.....


Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda.
KOMEN AKU: (kalu dari yg aku faham....sekiranya ada sahabat yg cuba untuk menegur atau memberitahu sesuatu tentang sikap atau cerita atau perkara tentang kita...kita haruslah memberi peluang untuk sahabat kita itu meluahkan dan kita harus bersedia mendengar....kerna kekurangan dan keburrukan kita hanya orang lain yang berada disekeliling sahaja yanng lebih tahu dan menilai....betul tak! kalau nak tahu cuba tanya SAHABAT)

Manakala sifat ikhlas pula akan memberikan kesegaran kepada jiwa, ikhlas memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu.
KOMEN AKU:(aku suka dengan sikap ikhlas sahabatku..tapi bagaimana nak menilai keikhlasannya..hah...ini tak boleh dilihat tau..dan pastilah tak dapat dinilai...yang pasti keikhlasan itu...kita boleh lihat sekiranya....
1) kalu membelanja makan...barangan atau apajua yanng mengeluarkan modal (RM)....teman kita itu tidak akan mengungkit balik jumlah atau besarnya belanjanya itu.....apa jua yg diberi dengan senyuman ikhlas....
2) ketika menghulurkan bantuan...tidak merunggut dikemudia hari...
3)kalu berkata atau memberi pendapat ...sahabat berkata dalam keadaan yang ikhlas dari hati walaupun kata2 itu menyakitkan...so kita kenalah bersedia mendengar.

Setiap muslim harus menyemaikan sifat ikhlas itu sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan.
Tahukah anda, keran tidak ikhlas jiwa kita akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam memang dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT.
Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain.


Sekiranya anda telah berlaku jujur terhadap sahabat dan rakan anda…Alhamdulillah…Tetapi ada juga sesetengah manusia di dunia ini mereka menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan adalah kerana inginkan kebendaan semata-mata. Dan ada juga yang suka memilih bulu dalam persahabatan. Mereka memilih orang-orang tertentu untuk di jadi sahabat supaya mereka mendapat manfaat daripada persahabatan itu, bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah SWT tetapi bak kata pepatah “ada udang disebalik batu”.