salam peringatan MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA teman seagama

buat semua keluarga, sahabat dan teman seagama 
aku nak mengucapkan selamat menyambut 'MAULIDUR RASUL' 
dan salam memperingati 'Perutusan ALLAH'
NABI MUHAMMAD S.A.W nabi kita

buat teman dan sahabat yang telah pergi memeriahkan di Masjid Putra, Putrajaya
TAHNIAH....korang, kerna korang telah mengorbankan pagi minggu korang utk menyambut
'MAULIDUR RASUL' pada 05 Februari 2012 (Ahad).

bagi aku pulak, disebabkan cuti umum begitu lama 'ieeyoolah...'
aku pun pulanglah ke kampung bersama anak2 tercinta....suami tersayang 
tidak dapat pulang, kerna bertugas....(phm2 jer)

bestnye balik ke kampung sesekali sekala kan.....melepaskan rindu pada bonda tercinta
dan memberikan kemeriahan kat rumah mak aku kat kampung itu.
tapi balik kali ini...seronok sangat sebab...kita org pegi piknik.

hari ahad itu sempat lagi abg. mei bawak kitaorg pergi berkelah sambil mandi-manda
di air terjun 'hulu licin', Bruas. tempatnye memang awesome...best sangat
puas sangatlah bermandi-manda, terutamanya tentulah anak2.

aku masih teringat gelagat Baby Ain dikampung, sepanjang dikampung bukan main seronok dia menjelajah dan bermain sampaikan lupa kat aku dan lupa nak tidor...menyusu pun sampai dipanggil.
dan yang paling seronok bila tengok gelagat dia, bila kali pertama berada dalam kelambu jakunnye tak ingat dunia, bukan main sukanya dia dengan kelambu itu terlompat-lompat dia cuba mengapai lelangit kelambu...kelakar, cute sangat.

dan esoknya (07 Feb 2012-Isnin) aku pulang ke KL kembali dengan bas....seronok beb sebab dah lama sangat tak naik bas express ini, mujurlah bebudak itu baik2 belaka tak banyak ragam dan sogeh...terutamanya si kecil. agaknya dia pun seronok dan teruja kot. nampaknya nanti lainkali bolehlah balik ke kampung nak bas jer kalu cik abang tak balik sekali.

* teringat pulak kat cerita tentang 'Rasullah S.A.W' kat TV 114 yg aku&anak2 tonton baru2 ini bagus untuk anak2 dan bagus jugak utk org dewasa mcm aku...peringatan bagi yg telah lupa sirah Nabi.'