BANTING + KEROPOK + BERBUKA BERSAMA

sabtu lalu (4.8.2012) berbagai plan dah diatur, bermula dengan perjalanan ke Banting, Selangor bertujuan untuk membeli keropok2 sehingggalah merancang untuk majlis berbuka puasa dengan adik beradik dirumah la.

pagi itu, seawal pagi aku dah bersemangat bangun pagi bersiap untuk pergi ke Banting macam yang dah dijanjikan dengan Ina (ofismate). pada mulanya ingatkan Ina akan bertolak awal pagi, tapi disebabkan hampir tengahari Ina masih tidak bertolak dari rumah dia. aku yang tealah mula gelisah akhirnya ambil keputusan untuk pergi sendiri dengan myhuby, anak2 dan emak. lebih kurang pukul 11pagi, kami telah bertolak ke Banting, walaupun tidak tahu lagi dimana tempat keropok yang dikatakan Ina, tapi huby macam redah jerlah kesana walaupun sesat semasa pertengahan jalan. namun akhirnya kami sampai jua ke pekan / bandar Banting. bagi aku inilah kali pertama aku menjejak kaki ke sini...hm...oklah besar jugaklah bandar Banting ini. 
sampai disana, kami menunggu seketika Ina dan suaminya yang akan membawa kami ke kilang atau kedai keropok yang dikatakan. hampir setengah jam kemudia, Ina pun sampai dan kami terus di bawa ke satu kampung yang dikatakan pusat setempat memproses makanan tersebut. sampai di satu tempat mmg kelihatan banyak kenderaan yang berhenti dan ramai orang yang berpusu dengan tujuan yang sama seperti kami.
dari satu tempat Ina dan suaminya membawa kami meneroka ke tempat lain dan akhirnya sampai ke semua kedai yang agak kedalam dikawasan kampung (aku sendiri x tahu nama kampung itu pun). sampai sahaja disana aku begitu teruja untuk melihat dan membeli kerepak atau apa jua keropok yang ada untuk dibeli. melihat stok keropok dan kerepek yang ada, aku sedikit terkilan...sebenarnya indah kabar dari rupa, keadaaan disana tidak seperti yang aku sangkakan, walaupun banyak jenis keropok dan kerepek namun masih tidak memenuhi kehendaka aku dari segi jenis yang aku cari dan harga. sebenarnya harga keropok disana bagi aku mahal dan tidaklah semurah yang disangka pun. mungkin kerana kami hanya membeli secara retail bukannye borong jd harga yang ditawarkan seperti harga biasa di kuala lumpur sahaja.

setelah menghabiskan masa hampir 3 jam disana, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. malang pulak perjalan pulang huby tersesat jalan hingga ke Klang. perjalan yang kononya hampir 1 akhirnya memakan masa ke 2 jam...lamakan. akhirnya dengan badan yang penat, kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 4 petang. dengan rasa badan yang letih...pulang kerumah La, terasa beban pulak bila melihat tiada satu masakan pun yang dimasak. nampaknya adik sayang aku( la ) betul2 berat tulang bila dia malas nak memasak dan sanggup utk tggu kami balik.

namun mujurlah maksu ada datang, dan makan berbuka dapat disiapkan dengan lancar dan cepat apabila ramai yang membantu. dan aku telah menyumbangkan 2 jenis masakan ringkas aku iaitu sayur campur + telor burung puyuh bersambal, hidangan lain ada pageri nenas (maksu masak), ikan goreng (mak masak), kari ikan(kak. Ana masak), kuih2 + ayam golek(dari bazar ramadhan). 

tapi walau apapun hidangan berbuka puasa malam itu, yang istimewanya apabila kami adikberadik berkumpul sambil menikmati hidangan denga mak tercinta, alhamdulillah....riuh rendah sambil menikmati hidangan, the Best...