sakit di tumit kaki...kenapa ya...?
aku ader jugak sajer search2 kat tenet kenapa yer...sakit ini dan ada tak cara atasinyer???
ini fakta dari segi sains ( kepakaran doktor ler)
pelbagai faktor yang menyebabkan sakit tumit ini. Antara punca yang paling biasa adalah plantar fasciitis yang membabitkan kesakitan dan radang pada tisu yang dikenali plantar fascia.
plantar fascia merangkumi sejenis tisu panjang yang ada di bawah tapak kaki yang bermula dari ibu jari kaki sehinggalah ke tumit. Antara fungsi utama tisu ini adalah untuk menyerap hentakan pada kaki dan juga untuk mengekalkan bentuk gerbang atau arch di kaki.
Dalam kes-kes tertentu, tisu ini mengalami keradangan. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan keradangan ini tetapi ia mungkin berkait rapat dengan proses penuaan selain trauma mikro yang berlaku berulang kali.
Selalunya, masalah ini dirasai dengan tanda-tanda seperti sakit tumit terutama pada waktu pagi, khususnya sejurus turun dari katil dan menjejakkan kaki di lantai. Ia juga berlaku selepas lama berjalan terutama dalam pekerjaan yang memerlukan individu banyak berjalan seperti jururawat.
Golongan berisiko
* Disebabkan masalah ini berpunca daripada masalah penuaan, selalunya ia membabitkan pesakit di lingkungan pertengahan umur.
* Obesiti.
* Ahli sukan seperti pelari.
* Golongan pekerja yang memerlukan banyak pergerakan seperti jururawat n Kaki dengan bentuk gerbang tinggi.
* Tapak kaki yang leper.
* Mereka yang alami masalah otot betis yang tegang juga berisiko alami masalah ini.
Rawatan doktor
SEBELUM memulakan rawatan, doktor mungkin akan menasihati anda supaya menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X ke atas tumit untuk melihat tanda- tanda ketumbuhan tulang di tumit. Imbasan sinar-X boleh menunjukkan kesan klasifikasi tisu plantar itu.
Dalam kes-kes tertentu, doktor pakar mungkin juga mengambil keputusan membuat imbasan MRI yang dapat menunjukkan kesan inflamasi di tumit. Disebabkan tisu plantar fascia mengalami proses keradangan, doktor boleh memberi pesakit ubat antiradang selama beberapa hari untuk mengurangkan keradangan ini. Sesi fisioterapi dengan ultrasound juga dapat mengurangkan proses ini.
Selain daripada terapi ultrasound, satu lagi jenis terapi yang bukan invasif adalah penggunaan Extracorporeal shockwave therapy (ESWT). ESWT seakan ultrasound dan gelombang ditujukan kepada tisu plantar fascia untuk merangsang proses pemulihan.
Selain itu, untuk mempercepatkan proses mengurangkan keradangan ini, suntikan steroid mungkin juga dapat dilakukan di sekitar plantar fascia ini. Walaupun begitu, pesakit dinasihatkan supaya tidak mendapat suntikan ini terlalu kerap kerana ini mungkin menyebabkan komplikasi.
ini pulak kalu fakta dari lain2 sumber....
apa ada di tapak kaki dan tumit:....
dalam tapak kaki kita ini banyak urat2 yg mengerakkan jari2 kaki so...dlm tapak dan tumit jugak terdapat Plantar fascia iaitu...... sejenis urat yg nipis, kuat dan keras. warna dia keputihan dan bertindak sperti 'PEMBALUT PLASTIK' yg membalut urat2, salur darah dan saraf2. urat ini melekat di tumit dan merentasi sehingga ke jari2 kaki.
kenapa tapak kaki boleh jadi sakit?
ia sakit sebab...urat Plantar fascia ini menjadi radang disebabkan oleh kegunaan tapak kaki secara berlebihan dan membuatkan Plantar fascia menjadi tegang.
faktor menyumbang kepada Plantar fascia :
* senaman yg berlebihan
* radang sendi yg berdekatan dgn Plantar fascia
* kencing manis senang merosakan Plantar fascia
*memakai kasut yg tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. ia m'buatkan berat badan tidak tersebar dgn sama rata di bhg. kaki.
* bentuk kaki yg datar, tapak kaki terlampau melengkung atau gaya jalan yg tidak normal boleh m'buatkan Plantar fascia menjadi tegang.
* obesiti
* mengandung
rawatannyer pulak :
* rehatkan kaki sebanyak mungkin...ini maksudnyer takyah banyak sangat jalan...
* bila bangun tidur, sebelum jalan tegang tapak kaki 15 - 20 minit utk 3 atau 4 kali sehari, boleh jugak guna botol air dari peti sejuk.
* lebih baik berenang atau berbasikal dari berjoging utk gantikan senaman.
* gunakan penyokong tapak kaki.
* ubat anti radang.
wah panjang lebar aku punya penjelasan kan...apa2 pun inikan ilmu patut dikongsi jugak...
bila dah rasa sakit camni aku mula terfikir ini pon antara kasih sayang Allah utk aku...terapi sebagai pembasuh dosa2 yg tidak aku sedari dan aku sedari jugak...semoga Allah mengampuni dosa2ku...dengan kesakitan yg diberi...Amin.
so..niza jgn banyak merunggut OK...lalui sakit itu dgn senyuman..da3