FEBRUARI YG SAKIT....

kenapa aku kata bulan ini bulan sakit..ieyalah...
dari awal bulan sampai nak ke akhir bulan dari anak2 sampai le ke aku dan hubby semuanya mengalami belbagai sakit. sakit yang berbagai....

aku tahu sakit itu satu penyucian..penyuci dosa-dosa kita
penyakit itu satu penawar...penawar kepada hati yang tidak bersih
penyakit itu satu dugaan yang perlu diharungi dengan penuh kesabaran...
walau apapon aku harus tanganinya dengan kesabaran betol tak?

deretan sakit yg mengundang....

bermula 05.02.2013 kakak tidak sihat dengan lelah yang tetiba datang menyerang....
mungkin jugak salah aku sebab membawa dia berkelah dan bermandi manda di sungai Gabai, Ulu langat pada 03.02.13, saja menghabiskan masa dengan mak dan geng biasa(kelut & maksu sefamly) di tempat berkelah.

pulang sahaja dari berkrusus selama 3 hari di Kuantan..
aku terus tak lena tidur dengan Ain yang mula demam dan lelah juga...haila adik ebrjangkit dengan kakak yeee...

dan si adik abang pon yang selalunya antibodi yang kuatlah jugak dibandingkan dengan adik beradiknya yang berdua itu...tetiba jer jatuh sakit jugak.
bermula dengan serangan resdungnya...terus teruk jadi semput pulak....
sampai semalam ayah dia ulang alik 2 kali bawak dia buat rawatan lelah di klinik.

aku pulak 12.02.13 itu tetiba pulak bole terjatuh dari tangga dan menyebabkan kaki terseliuh dan terimalah MC selama 2 hari...mujur jugak tak teruk tau. Alhamddullilahhhhh
sekarang demam Ain masih jugak tak kebah...masih demam tapi itulah demam malam...
aku risau jugak,
kalu Ain masih berterusan demam aku ingat nanti nak bawak Ain utk chek-up kat Dr. Ruzini jer. ialah takut jugakkan...kiranya lama jugak demam dia itu dah nak masuk 2 minggu...

apa2 pon aku berdoa dan berharap....semoga apa jua penyakit yang datang itu tidak memudaratkan aku, anak2 dan huby...AMIN