semlm. aku dan huby dengan rasa tak sabarnye dah buat perancangan untuk membeli komputer baru untuk mengantikan komputer sedia ada yang telah lama rosak, akibat kelasakan kegunaan anak2 aku yang bermain game + kerana usia kamputer itu dah pun tua ialah hampir 11 tahun pun dia bersama kami.
setelah 3 jam lebih melilau + menganalisis kegunaan handware & sofware untuk kegunaan anak2 kat umah itu, akhirnya aku dan huby pun bersetuju untuk membeli ajer 1 set komputer khas buat ari jadi wawan ari ini (07.11.2010-ahad), tapi tadi aku baru jer bagi amaran kat dia. esok aku dan huby nak p tengok report kad diorg...so, kalu keputusan wawan teruk dan dia kena turun kelas tahun depan dendanya tentulah basikal yang dijanjikan akan dibeli oleh huby akan diterik balik. tapi kalu keputusan dia ok dan tidak turun kelas dia cuma didenda tidak bermain game selama sebulan...hah dia tanya kenapa ? alasan aku, aku nak keputusan peksa dia mesti lebih bagus dan terbaik bukan ok jer, sekurang -kurangnye kedudukan nye 5 kebawah.
bagi akak anis, umi tak sabar nak tahu betul ke? anak umi ini dapat no. 1 dan dapat naik kelas 3A untuk tahun depan. anis walau pun dapat keputusan yang baik tak pulak demand macam wawan..dia cukup gembira bila aku cakap nak hadiahkan dia beg yang dia nak itu. syukur...alhamdulillah anak aku yang sorang ini jenis cepat bersyukur aku doakan dia kan terus dengan sikap nye begitu, aminnnn.....
oklah stop kat sini dulu, aku nak p hantar tomyam kat pengasuh sementara aku itu sambil ambik baby ain.....
daaa....