TAHNIAH BUAT KAKAK & ANGAH

sebelum panjang lebar aku nak melalut dipetang ari ini, aku nak menzahirkan rasa gembira + bangga + seronok dan nak berikan ucapan tahniah pada anak2 umi. hari ini (08.11.2010-isnin) aku dan huby telah mencemar duli turun bersama-sama meninjau sekolah anak2, kerana hari ini hari menandatangi laporan pretasi anak2....rasa tak sabar yang mengunung dari minggu lepas akhirnya akan terlepas jugak ari ini. disebabkan huby demam dan telah mendapat mc, so.....pukul 9 lagi huby dah ajak aku ke sekolah anis + wawan, walaupun pada mulanye ikut perancanga nak p pukul 11pg.

sampai jer kat sekolah, aku terus jer ajak huby ke kelas wawan dulu, rasa tak sabar itu begitu memuncak nak tengok keputusan peksa anak lelaki aku yang sorang ini....maklumlah diakan hero aku. bila dah tengok keputusan wawan...aku bersyukur sangat2, sebab hero aku ini walaupun nakal + malas masih jugak menunjukan kelebihan dalam dirinya. alhamdulillah tahun depan wawan masih lagi duduk dalam kelas 2A kekal seperti sebelumnya, walaupun ada jugak markah yang menurun dan dia mempunyai pretasi yang tidak berapa elok dalam kelasnya, namun masih dikira ok....tapi macam yang dijanjikan semalam. walaupun dia masih kekal dilevel yang sama, aku akan tetap mendendanya...sebab kalu aku tak buat macam itu maka tiadalah pengajaran buat dia dikemudia ari. so...mulai esok....dia tidak dibenarkan bermain game selama sebulan berkuatkuasa esok. sorry ye abang...itu janji umikan.

bagi kakak pulak, umi nak ucapkan TAHNIAH sesangat...umi bangga dengan kakak, akhirnya kakak dapat tunjukan pretasi yang cemerlang tahun ini. hari sabtu ini rasa macam tak sabar jer nak tengok anak dara aku itu naik pentas terima hadiah sebab si dara aku ini dapat no.1 dalam kelas dia...BAGUS3 SO..GREAT dan dia akan naik ke kelas 3A tahun depan. dan bagi kakak umi akan belikan beg yang kakak suka itu nantinyeeee. tapi aku risau nampaknye tahun depan kakak kena lebihkan usaha untuk teruskan kekal dikelas yang menempatkan murid2 yang cerdik pandai itu...nampaknya aku kena hantar kakak + wawan ke kelas tuisyenlah lepas ini, dan aku dah berazam nak buatkan satu jadual belajar untuk diaorg tahun depan...chaiyok.

bila kenang saat2 cam ini, rasa nyesal pulak tak ader hp yang berkamera kan bagus kalau adakan....tentu aku dah rakamkan keputusan depa tadi...tak apa nanti bila rumah dah settle down ada duit lebih bole ler aku berjoli beli HP baru...ie ye ke?