TAZKIRAH RAMADHAN 3

untuk pagi ramadhan ke-5 ini mari kita renungkan salah satu fadhilat malam ke-6 ramadhan....

                                                                 Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.


bila melihat fadhilat diatas, terasa sejuk hati ini...fikiran dan hati kembali mengenangkan Baitullah..yang pernah aku kunjungi yang lalu (tahun 2009). tidak dinafikan sesiapa pun yang pernah menjejak kaki ke tanah suci Makkah, rasa rindu pasti akan hadir. Syukur kehadrat Illahi, dengan rezeki yang di beri...aku berkesempatan ke sana...insyak Allah satu hari nanti pasti aku akan ke sana juga dengan hubby tersayang pula...

hari ini seperti semalam juga...pagi hari dimulakan denga bacaan doa dan hadis dari rakan sekerja yang telah dipilih (insan terpilih itu k)
suasana akan ceria apabila tiba saat bersalam sesama teman..masa ini memang best sebab dapat sakat silatah(masnida), kalu tengok gaya latah dia macam2 itu mmg kelakor giler beb.
lepas itu sesi bertadarus pula bersama usz. Hamidah Sajat ( cc midah) bagus tau...
alhamdullilah dapat mempelajari dan memperbetulkan balik bacaan aku yang dah mmg tah ape2 itu...maklumlah dah lama sangat tinggalkan kalimah Allah ini. mula2 nak baca itu malulah jugak ialahkan aku bukan orang yang fasih membaca Al-Quran ini, setakat baca ayat2 lazim dalam sembahyang itu biasalah....tapi itulah kenalah buangkan rasa malu itu kalu nak belajar janganlah jadi orang yang bodoh + sombongkan, nanti rugi diri sendiri.
ini bila dah mula mengaji balik..terasa kuat pulak dalam diri untuk kembali belajar mengaji. ingat2 nak belajor balik dengan cik CClah...mcm Tie kata, malu rasanya dah tua2 tak tahu mengaji sedangkan dia pun dah kembali belajar mengaji....baguslah kau ini Tie TERBAEEK.