aku paling suka melihat beberapa artis ini....bagi aku diorg ini boleh dianggap sebagai wanita muslimah era 22...era terkini.
dari kita mengilai atau menyukai artis yang entah apa itu lebih baikler sentiasa tengok diorg ini. bukan tengok ape tengok cara berpakaian diorg...bagus2 belaka, tak perllu mendedahkan diri pun boleh jadi cantik, masih tetap nampak comel dan cutenye...
tak percaye ke ? mari kite tengok yeee....
kenal tak sape ini?..inilah Oki Setiana Dewi yang memegang watak sebagai Ana Althafu'nisak (KCB)
kali pertama melihat dia ini terus rasa jatuh hati, lihatlah penampilanya...sopan litup, tak perlu terlebih expose pun dah boleh lihat kecantikanya...ini menunjukan bahawa kecantikan seorg. wanita itu bkn hanya luaran sahaja ok..
a'ah yang ini pulak tentunye...semua org. kenalkan..sape lagi kalu bukan si Haliza cutekan...dia inilah mmg cute sangat kot. kalulah dapat tengok dia secara live tak tau ler camna. aku paling suka tengok mata dia itu cantik bulat jer, tapi apa2 pun walau macamana pun gaya yang dia peragakan, Heliza tetap pandai menghiasi dirinya sebagai wanita muslimah disamping menjaga aurat yg. sepatutnya.
ini pulak si pengantin baru Irma Hasmie...semenjak dah bertudung litup ini, dia nampak lebih cantik dari dulu. alhamdullilah perubahan yang berlaku padanya benar2 mengharukan, harap2 perubahan ye bukan sahaja dari segi pakaian biarlah akhlaknya jugak...Amin.
hah yang ini mmg. boleh menjadi idola ...tengoklah bagaiman dia telah mengubah corak industri artis kita di malaysia. dia artis pertama yg melakukan perubahan besar ini...dia yg membawa ciri wanita muslimah dalam dunia noda (kata org psal dunia artis), dan nyata perubahanya membawa banyak lagi artis lain yg menerima rahman Allah jua...Alhamdullilah
jadi aku fikirkan....aku juga perlu berubah...berubah camna?
insyak-Allah semoga Allah menetapkan hati aku utk berubah jugak